Kongsikan Entri Kami

Sunday, 8 April 2012

Kesian : Apakah Yang Terjadi Kepada Wanita Ini? (7 Gambar)


Jom kita baca suatu kisah menyedihkan yang berlaku ke atas seorang wanita Pakistan yang bernama Fakhra Younus. 

Seorang wanita Pakistan telah membunuh diri setelah 12 tahun hidup terseksa dengan keadaan wajah yang rosak teruk akibat di simbah asid oleh bekas suaminya. Bekas penari berumur 33 tahun itu dikatakan terjun daripada lantai enam sebuah gedung membeli-belah di Rom, Itali.

Bekas Suami Fakhra Younus
Akibat serangan asid pada Mei 2000 yang lalu, Fakhra Younus telah mengalami kerosakkan wajah yang amat mengerikan. Bahkan Younus sendiri telah menyebut dirinya kelihatan "tidak seperti manusia".

Peristiwa itu berlaku di depan mata anak lelaki Younus yang ketika itu masih berumur 5 tahun. Saat itu, bekas suaminya, Bilal Khar masuk ke rumah ibu kepada Younus dan menyimbah asid ke wajah wanita itu sewaktu dirinya sedang tidur. Punca yang menyebabkan Khar mengambil keputusan itu tidak dapat dipastikan.

Akibat serangan itu, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Kamis (29/3/2012), Younus mengalami keadaan yang sangat kritikal. Hidungnya kelihatan seperti mencair, manakala wajahnya pula kelihatan menghitam. Sejak kejadian itu, Younus telah 39 kali menjalani pembedahan secara berasingan untuk memperbaiki wajahnya yang rosak.


Serangan mengerikan itu juga telah membakar rambutnya, membuatkan nya buta sebelah matan, menghancurkan telinga kirinya dan bahkan mencairkan kedua payudaranya. Selepas kejadian, anak lelakinya menjadi sangat takut apabila melihat Younus dan berkata, "Ini bukan ibu saya".

Selepas peristiwa tersebut, Younus berpindah ke Itali dan tinggal di Rom bagi melanjutkan proses rawatannya. Namun pada 17 Mac yang lalu, ibu tunggal beranak satu itu akhirnya menamatkan riwayatnya. Dia meninggalkan pesan yang menyebut dia terpaksa membunuh diri kerana tiada pembelaan ke atas kekejaman yang dialaminya serta ke tidakadilan pemerintah Pakistan berhubung kesnya.

Penyerang asid tersebut, Bilal Khar ditangkap pada tahun 2002 dan di kenakan dakwaan atas cubaan pembunuhan. Namun setelah lima bulan, lelaki kejam itu dibebaskan dengan jaminan.

Khar yang merupakan bekas anggota parlimen dan anak lelaki kepada seorang gabenor kaya Pakistan itu, akhirnya diputuskan tidak bersalah ke atas serangan itu. Dia dikatakan telah  menggunakan pengaruh keluarganya untuk meloloskan diri daripada dakwaan tersebut.

Menurut organisasi HAM wanita, The Aurat Foundation, lebih dari 8,500 kes serangan asid, perkahwinan secara paksa dan bentuk-bentuk lain kekerasan terhadap kaum wanita dilaporkan telah berlaku di Pakistan sehingga tahun 2011.



p/s : Sedih btol..sampai anak sendiri pun tak kenal mak dia.. ish3.. 


Sumber : Here


10 comments:

Seseorang.. said... Best Blogger Tips

Dang! wtf tol..

Unknown said... Best Blogger Tips

apalah nasib...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/kisah-dulu-kala-permainan-tradisional.html

TheCarbineKing said... Best Blogger Tips

cian2
hmm
xtaw nk ckp pe

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

kesiannya...mmg patut dibunuh yg simbah asid tuh...

MIZZSEVEN said... Best Blogger Tips

dunia oh dunia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

the hell with the world today..fuck fuck fuck fuck

ben xii said... Best Blogger Tips

that's why money is everything ! come to me money , come come oyeahh

azu said... Best Blogger Tips

Sedih..berita tragis tapi kenapa bunuh diri?Dia tak tau ke yang Nabi s.a.w tak kan mengaku umat?? :(

Unknown said... Best Blogger Tips

aku benci lelaki pakistan, india, bangladesh and so whatever yg belah2 sane, nafsu kat perempuan mcm nafsu binatang, kjjadikan wanita hamba sex, suke2 wat hukuman sendiri. Dah banyak artikel aku bace pasal penganiyaan lelaki kepada kaum wanita kat sane.

Hirdayu Rahmat said... Best Blogger Tips

sokong adawiyah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...