Kongsikan Entri Kami

Tuesday 1 November 2011

OMG : [Video] Pemain Bola Sepak Dipukul Penyokong Di Tengah Padang Sekitar Romania


Semalam, seorang pertahanan kelab Steaua Bucharest telah diserang oleh seorang penyokong yang tiba-tiba masuk ke dalam padang. Penyokong tersebut, Dragos Petrut Enache memukul tulang pipi pertahanan tersebut menyebabkan kecederaan yang terpaksa merehatkan pertahanan tersebut untuk sekurang-kurangnya 45 hari.  Ramai orang tidak pasti kenapa kecederaan pemain tersebut begitu serius sehingga polis menyatakan yang penyokong memakai objek keras untuk memukul pemain tersebut. Kini, penyokong tersebut telah ditahan untuk 24 jam dan polis cuba menentukan samada dia patut dihadapkan ke mahkamah atau tidak kerana positif dadah semasa memukul pemain tersebut. Pengadil kemudian melayangkan 2 kad merah kepada dua pemain yang memukul penyokong tersebut dan teruskan permainan. Menurut EuroSport, tidak lama kemudian, penjaga gol pihak pelawat pula terkena mercun yang dilepaskan oleh seorang penyokong dan permainan terpaksa dihentikan. Penjaga gol tersebut juga dilaporkan cedera kerana terkena mercun.

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

sial punya penyokong!!!!bagus lagi ko kena saman juta2 baru ko tau....yg security plak x kejar penonton tu dari masuk padang....bagusla pemain yg lain belasah org tu...tp kena kad merah plak 2 pemain tu,,,,harap2 la penonton tu di belasah oleh penyokong kelab steau bucharest!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...