Kongsikan Entri Kami

Thursday, 6 October 2011

Kesian : Xu Yuehua, Ibu Tanpa Kaki Menjaga 130 Anak YAtim di China (7 Photos)

Xu Yuehua sememangnya seorang ibu yang cekal kerana cacat tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menjaga 130 orang anak yatim sendiri. Xu yang tidak mempunyai kedua-dua selepas dilanggar oleh kereta semasa dia mengutip batu di tepi jalan pada usia 12 tahun  Kini dia hanya mampu jalan menggunakan pertolongan bangku kecil dan dalam sepanjang 37 tahun, Xu telah menggunakan sebanyak 40 bangku kecil untuk membantunya jalan. Xu yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak kecil lagi telah dibesarkan di Pusat Asuhan Xiangtan, kini dia yang masih tinggal di sana menjadi ibu kepada kesemua anak yatim yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. Mereka mengelar Xu sebagai "Ibu Besar" di sini kerana Xu mencuci pakaian mereka, memberi mereka makan, menukar pakaian mereka dan sebagainya. Pada tahun 1987, Xu telah berkahwin dengan Lai Ziyuan seorang petani di Pusat Asuhan tersebut dan tiga tahun kemudian Xu melahirkan anak pertamanya. Namun, Xu tetap menjaga anak yatim ini dan juga anak mereka di Pusat tersebut kerana kasih sayang dia kepada anak yatim ini tidak pernah pudar.
osserem

1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

die tade kaki tp die ade hati yg mulia~
#kagum

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...