Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 25 October 2011

Cool : Cinta Selamatkan Seorang Model Dari Mati Kerana Anorexia (12 Photos)

Kate Puncher,  31 tahun adalah bekas model dari Glasgow. Pada usia 18 tahun, Kate mula terjebak dengan gangguan makan yang tidak seimbang. Ini kerana dia disuruh diet oleh teman lelakinya kerana mengugut untuk menamatkan hubungan mereka sekiranya berat badannya naik. Jadi Kate berhenti makan makanan rutin harian dan hanya makan gula-gula mint. Dia mula kebuluran tetapi ini tidak hentikan Kate daripada terus mengambil ubat untuk kuruskan badan. Akhirnya pada tahun 1999, Kate rebah dan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Dia kekurangan nutrisi yang penting dalam badannya dan kini dia tidak mampu untuk memegang sudu untuk makan. Teman lelakinya yang Kate sanggupkan apa saja tiba-tiba putus hubungan dengan Kate. Kate begitu tertekan dengan keputusan teman lelaki tersebut dan dia teruskan dietnya kerana tidak dapat menerima kenyataan. Segalanya berubah pada tahun 2005 apabila dia dan Barry berjumpa untuk kali pertama. Mereka berdua jatuh cinta dan selepas dua tahun Barry bercadang untuk berkahwin dengan Kate  dengan syarat dia mesti tingkatkan berat badan sehingga 20 kg. Untuk memberi dorongan kepada Kate, Barry telah membeli gaun perkahwinan Kate yang dua kali ganda lebih dari saiz badannya sekarang dan Barry memberi tarikh luput cadangan perkahwinan. Akhirnya Kate berjaya naikkan berat badannya dan mereka berkahwin pada tahun 2009.
p/s : Anorexia mampu membawa maut, jadi sebagai peringatan tolong jangan seksa tubuh anda. Jangan dengar cakap teman lelaki aau wanita yang seringkali menyuruuh anda diet sebab mereka itu bodoh dan cuba hancurkan hidup anda. Bagus suruh mereka yang diet sendiri.

Sebelum tahun 2005, Kate dan anorexia :

 Selepas 2005 : Kate dan Barry :

 
 izismile

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

lelaki punca & lelaki jua lah penyelamat. pompuan terus dengan kebodohan sendiri.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian,akibatnya muka dia nampak tua la...tp ok lah drpd tlampau kurus..

Anonymous said... Best Blogger Tips

wanita itu lahir dari tulang rusuk yang bengkok..kalau yang memimpin itu sendiri bengkok masakan dapat luruskan tulang yang bengkok.....peace no war ^_^

Unknown said... Best Blogger Tips

model blogwalking......

Asyikin said... Best Blogger Tips

kite lagi nak berisi, ape yg cantiknya kurussss -_-

minoari89 said... Best Blogger Tips

dah mcm tengkorak aku tgk..tembun skt bru comel..

duan said... Best Blogger Tips

ada jugak orang camni..nasib baik jumpa laki 2, selamat dia..ade anak comel lg..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...