Kongsikan Entri Kami

Saturday, 24 December 2011

OMG : Mati Selepas Kemaluan Digigit Tikus di India


NEW DELHI – Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

enaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

“Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus,” kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Sabtu lepas, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Dis lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.




Sumber : Here
Read More.. "OMG : Mati Selepas Kemaluan Digigit Tikus di India"

WTF : Sosej Kering Ular Sawa Dijual Di China (3 Gambar)

Sosej Kering Ular Sawa Dijual Di China




source
Read More.. "WTF : Sosej Kering Ular Sawa Dijual Di China (3 Gambar)"

OMG : Pelajar Lepasan SPM Menjadi GRO Sementara Menunggu Keputusan


SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jayakelmarin.

PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.



source
Read More.. "OMG : Pelajar Lepasan SPM Menjadi GRO Sementara Menunggu Keputusan"

Info : Pengguna Malaysia Ditipu, Tiada TV LED di Malaysia


Nampaknya ramai tertipu dengan pembelian TV LED sebenar yang sebenarnya  adalah LCD, kerana TV LED hanyalah daripada Sony dan ia hanya ada di Negara pengeluar, iaitu Jepun.

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya banyak dijual di Malaysia. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. "Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun."

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya," katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

"Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED." Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. "Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED," katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

p/s : Betul ke ni.. TV dkt rumah aku pun Sony LED.. adeh..takkan kena tipu kot..  Hm..Ntahla.. Tak kesahla..asalkan jelas time tgk bola.. hehe




Sumber : Here
Read More.. "Info : Pengguna Malaysia Ditipu, Tiada TV LED di Malaysia"

OMG : Rekod Baru Dunia Kelajuan Internet Mencecah 186 Gbps


Para saintis dan pengkaji di California University of Technology (Caltech) telah berjaya membuat rekod baru dunia, apabila kelajuan menghantar data yang mereka peroleh mencapai purata sehingga 186Gbps di dalam liputan rangkaian. 

Kelajuan 186Gbps ini bergerak kira-kira 2 000 000 GBs setiap hari, tentu sahaja ianya sangat laju dan mampu menghantar 100 000 keping CD Blu-ray yang penuh hanya dalam 1 hari.

Pencapaian tersebut akan membantu dan memudahkan menghantar data dengan jumlah yang amat besar dengan cepat melalui rangkaian global. Kemungkinan purata kelajuan teknologi baru ini menghantar data dalam 40 hingga 100 Gbps, dan ianya dijangkakan akan hadir dalam waktu terdekat. Namun untuk penggunaan komersial pula kemungkinan masih lama lagi. 

Negara orang lain dah sampai 186Gbps, kat Malaysia agak-agaknya bila la dapat speed macam nie kan?
Sumber : Here 


Read More.. "OMG : Rekod Baru Dunia Kelajuan Internet Mencecah 186 Gbps"

Info : Cara-Cara Berdoa


Cara-cara Berdoa:
  1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa.
     
  2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
     
  3. Hendaklah menjaga makanan, minuman, pakaian dan sebagainya daripada harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
     
  4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
     
  5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar serta selawat ke atas Rasulullah saw & para sahabat.
     
  6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

Doa-doa Yang Makbul:
  •     Orang yang terdesak.
  •     Orang yang teraniaya/dizalimi.
  •     Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  •     Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
  •     Terasa sesuatu yang menakutkan.
  •     Menangis tatkala berdoa.
  •     Terasa menggeletar.
InsyaAllah.. Sama-samalah kita amalkan.. Sila sebarkan artikel ini.. 




    Sumber : Here
    Read More.. "Info : Cara-Cara Berdoa"

    Kreatif : Lukisan Yang Dihasilkan Dari Darah Dan Air Kencing Manusia (11 Gambar)


    Vinicius Quesada ialah seorang pelukias jalanan dari Brazil yang terkenal dengan elemen mengejutkan dalam lukisan beliau. Siri lukisan terbaru beliau dinamakan Blood Piss Blues yang menggunakan Darah dan Air Kencing manusia.  Jom kita lihat hasil seni beliau.








    Sumber : Here
    Read More.. "Kreatif : Lukisan Yang Dihasilkan Dari Darah Dan Air Kencing Manusia (11 Gambar)"
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...