Laurent Aigon begitu Obses dengan dunia penerbangan sehingga dia juga membawa minat itu sehingga ke rumahnya. Dia telah membelanjakan puluhan ribu sepanjgan lima tahun demi mengumpulkan pelbagai bahagian dalam kapal terbang untuk menghasilkan suasana Boeing 737 dalam rumahnya sendiri. Kerja dia ini juga mendapat pengiktirafan dari The Institute of Aircraft Maintenance at Bordeaux-Merignac
Airport dan mereka menyuruhnya untuk memberi ceramah di institut itu.
Seramai Tiga Juta Remaja Seluruh Dunia Menyambut Hari Belia Catholic Di Rio.
Pope Francis telah membawa seramai tiga juta orang belia untuk menyambut Hari Belia Sedunia 2013 untuk penganut Roman Catholic di Pantai paling terkenal Rio, Copacabana. Presiden dari Brazil, Argentina, Bolivia dan Suriname juga hadir untuk upacara terakhir Hari Belia Sedunia yang berlangsung sepanjang tiga hari di Rio. Jutaan peserta itu telah dikhabarkan berkhemah di pantai itu demi untuk berdoa untuk semua belia di dunia ini.
Keadaan Sekitar Bandar Homs Di Syria Selepas Peperangan Di Negara Itu.
Suatu ketika dulu, Homs adalah sebuah bandar utama di Syria dan ialah adalah lokasi untuk orang ramai membeli belah, bercuti dan membawa anak-anak bersiar. Kini semua telah berubah dan apa yang kedengaran hanyalah bunyi jet pejuang, tembakan serta letupan.
Seorang lelaki dengan niat mencuri sebuah kedai pajak gadai di Arkansas terbantut niatnya selepas dia tersangkut di corong asap kedai itu selama 10 jam tanpa makanan dan air. Pasukan bomba terpaksa memotong corong asap itu untuk membawanya keluar.
Suspek Michael Wayne Case Jr ditemui terperangkap dalam serombong asap yang hanya berdiamter 10.5 inci (26.6cm) oleh pemilik kedai pajak gadai itu Ernest Raney. Walaupun dah tersepit di serombong selama 10 jam, Michael tetap ganas dan marah apabila ditemui “kantoi” oleh pemilik kedai berkenaan.
“Saya sangkakan binatang ataupun burung yang tersangkut dan saya naik ke atas dan memeriksa serombong itu. Tidak sangka saya menemui seorang lelaki yang merenung pada saya dari dalam serombong itu,” katanya.
“Saya bertanya, kenapa dia berada di dalam serombong dan apa motifnya menceroboh masuk kedai saya, dia terus bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat pada saya,” katanya.
Menurut Ernest, jika suspek itu berjaya sampai ke bawah serombong itu pun, dia akan tersangkut kerana ia sudah pun ditutup bertahun lamanya.
Lelaki itu sebaik dibebaskan oleh anggota penyelamat bertindak ganas dan cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas meskipun berlaku pergelutan. Dia memberitahu polis, dia terjatuh ke dalam serombog itu ketika sedang bersiar-siar.
Ura-ura bahawa Apple akan melancarakan 2 iPhone serentak pada bulan September ini, iaitu iPhone 5S dan iPhone ‘mampu milik’ sudah diketahui umum. Pada artikel sebelum ini, kami ada kongsikan kepada anda gambar yang dikatakan sebagai iPhone Bajet dan tarikh perlancaran kedua-dua iPhone tersebut.
Dan hari ini, sebuah gambar yang menunjukan bungkusan yang mempunyai logo Apple beserta tulisan ‘iPhone 5C’ dimuat naik ke internet. iPhone 5C ini dikatakan akan hadir dengan beberapa pilihan warna. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai nama iPhone Bajet ini, antaranya adalah iPhone Lite, iPhone Mini dan kini mungkin ianya dikenali sebagai iPhone 5C.
Sudah lama kita mendengar desas-desus mengenai kemungkinan pengeluaran sebuah model terbaharu dalam kategori sedan kompak dari Perodua, tetapi setakat ini pihak Perodua masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kebenarannya. Adakah anda percaya bahawa Perodua benar-benar serius untuk melancarkan sebuah model sedan untuk pasaran Malaysia?
Terkini, berita yang agak menggemparkan namun masih belum dapat disahkan ialah Perodua akan melancarkan sebuah model sedan dalam tempoh terdekat ini, buktinya ialah ‘brochure’ model berkenaan telah pun bocor melalui laman blog Theophilus Chin. Nama model berkenaan iaitu Perodua Jaguh sememangnya agak unik, ia mengingatkan kita kepada sebuah motosikal ‘chopper’ tempatan keluaran Modenas.
Perodua Jaguh? Sukar dipercayai, tetapi mungkin ada kebenarannya. Melihat kepada gambar di atas, model yang dimaksudkan itu merupakan salinan daripada model Toyota Etios yang ketika ini sudah berada di beberapa pasaran negara luar seperti India. Jadi, adakah anda dapat menerima hakikat bahawa Perodua akan melancarkan sebuah model sedan kompak bernama Jaguh?
Bag Backpack Ini Hanya Boleh Digunakan Oleh Orang Dewasa. Nampak biasa tetapi tunggu sampai anda lihat apa yang ada di dalamnya. Adakah ini seni atau bodoh?