Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 9 January 2013

OMG : [Video] Aksi Rempit Terlampau Berhampiran Restoran Hayaki, Kota Bharu


Kejadian aneh ini berlaku di lampu isyarat berdekatan Restoran Hayaki, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu. Orang Kelantan mesti familiar dengan tempat ni. Seorang penunggang motosikal kapcai telah melakukan aksi menganjing tahap gaban terhadap seorang penunggang superbike. Jom kita saksikan...


p/s : Menganjing baekkk punyer beb... LOL

Sumber : Here
Read More.. "OMG : [Video] Aksi Rempit Terlampau Berhampiran Restoran Hayaki, Kota Bharu"

OMG : Perpustakaan Kongres US Jadi Arkib 170 Billion Mesej Twitter (3 Gambar)


WASHINGTON - Perpustakaan Kongres kini sedang berusaha untuk menyimpan mesej Twitter yang terkumpul - lebih 170 bilion tweet bagi tujuan penyelidikan.

Dibina pada tahun 1800, Perpustakaan Kongres berfungsi sebagai perpustakaan tidak rasmi Amerika Syarikat (AS) dan menjadi perpustakaan penyelidikan rasmi Kongres.

Pada April 2010, perpustakaan ini telah menandatangani perjanjian dengan Twitter untuk mendapat akses kepada semua tweet awam sejak penubuhannya pada tahun 2006.

"Twitter kini menjadi koleksi baru bagi Perpustakaan Kongres tetapi mempunyai satu misi penting. Sebaik masyarakat beralih kepada media sosial sebagai kaedah utama komunikasi dan mengungkap ucapan kreatif, media sosial menambah nilai.

“Dalam beberapa kes berkaitan, surat, jurnal, terbitan bersiri dan sumber-sumber lain turut dikumpulkan oleh perpustakaan penyelidikan," kata Pengarah Perpustakaan Komunikasi, Gayle Osterberg dalam blognya.



Osterberg turut berkata, perpustakaan telah siap mengarkib secara digital semua tweet yang dihantar dan kini pihaknya sedang memikirkan cara terbaik untuk menyediakan kepada orang awam.

Perpustakaan telah pun menerima sekurang-kurangnya 400 permintaan dari penyelidik seluruh dunia yang ingin mengkaji topik terutamanya berkaitan kebangkitan kewartawanan sehinggalah untuk mengesan kadar vaksin dan meramalkan aktiviti pasaran saham.

Arkib perpustakaan turut berjanji untuk memastikan proses itu berkembang pesat. Pada masa ini, perpustakaan memproses lebih kurang 500 juta tweet sehari, meningkat daripada kira-kira 140 juta mesej sehari pada tahun 2011, menurut blog tersebut.

Antara perkara yang dibuat termasuklah membuat pangkalan data umum yang meluas bagi membuktikan untuk menjadi satu cabaran kepada dirinya.

p/s : Semuanya diorang simpan... 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Perpustakaan Kongres US Jadi Arkib 170 Billion Mesej Twitter (3 Gambar)"

Serius : RM29,000 Dihabiskan Untuk Menyelamatkan Seekor Tupai (4 Gambar)


London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).

Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.





Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.

“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Kaunselor daerah Herts, Steven Giles-Medhurst berkata: “Mereka biasanya menghantar tiga jentera bomba untuk kes melibatkan kemalangan jiwa.

“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.

“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.

Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai hampir RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.

Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati.



p/s : pastu tupai tu pun lompat balik... melayang lagi duit.. hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : RM29,000 Dihabiskan Untuk Menyelamatkan Seekor Tupai (4 Gambar)"

Serius : Gara-Gara Gambar Bogel, Lelaki Diugut Wanita Gila Seks (Gambar)


Kampar – Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial.

Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet.

“Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok.

“Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya.

“Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu.

Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet.

“Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya.

“Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya

p/s : Alahai... cari nahas... dunia dah terbalik... hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Gara-Gara Gambar Bogel, Lelaki Diugut Wanita Gila Seks (Gambar)"

Tuesday, 8 January 2013

Info : [Video] Proses Pembuatan Kokain Di Tengah Hutan Amazon


Video di bawah ni menunjukkan proses pembuatan kokain di tengah hutan Amazon di dalam rancangan yang disiarkan oleh BBC. Rancangan ini dihoskan oleh seorang ahli dokumentari yang juga bekas komando marine England. Jom kita tengok bagaimana kokain dihasilkan.


p/s : Siap boleh try lagi solution yg dh campur kerosin, asid hidroklorik dan mcm2 lagi...gile babeng,,

Sumber : Here
Read More.. "Info : [Video] Proses Pembuatan Kokain Di Tengah Hutan Amazon "

Cool : Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran (3 Gambar)


Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.

Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.




Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.


p/s : Hope lebih byk pemimpin negara yang menghafal Quran. Secara tak langsung dapat memberi inspirasi kepada penduduk negaranya..

Sumber : Here
Read More.. "Cool : Dua Pemimpin Dunia Yang Menghafal Al-Quran (3 Gambar)"

OMG : "Made Snana", Ritual Berguling Atas Sisa Makanan Di India (5 Gambar)


Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Ritual ini disebut sebagai 'Made Snana' bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai  sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.




Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahman.

Sementara, di sisi lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan.

Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Beberapa pihak yakin bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.





p/s : Setiap kepercayaan ada amalannya yang tersendiri.. 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : "Made Snana", Ritual Berguling Atas Sisa Makanan Di India (5 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...