Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 8 January 2013

OMG : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)


TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.

Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.

Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.



Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.

Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.



"Haiwan itu bersinar dan amat cantik," kata Kubodera.

Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. - AFP


p/s : Kraken!! 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)"

WTF : Video Klip Lucah Ditayangkan Semasa Berita Krisis Syria (Gambar)


Sweden – Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung.

Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria.

Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan.

Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut.

“Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton.

Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada computer syarikat

“Ketika itu tiada siapa yang menonton filem berkenaan. Kejadian berlaku ketika proses memuat naik dilakukan dan salah satu pelayar di bangunan berkenaan telah memainkan klip itu secara tidak sengaja.

“Sebaik menyedarinya, kami telah mematikan program itu. Ia tidak akan berulang lagi pada masa depan,’’ katanya.

p/s : Macam ni pun ada ker? 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Video Klip Lucah Ditayangkan Semasa Berita Krisis Syria (Gambar)"

OMG : Apa Dah Jadi Dengan Rupa Terkini Nicolas Cage? (2 Gambar)

Apa Dah Jadi Dengan Rupa Terkini Nicolas Cage?
Ini Nicolas Cage Dengan bininya seorang warganegara Korea, Alice Kim. Tengok rupa Nicolas yang memang tak seperti dalam filem. Memang tua giler ni. Kini umurnya dah mencecah 49 tahun.

Read More.. "OMG : Apa Dah Jadi Dengan Rupa Terkini Nicolas Cage? (2 Gambar) "

WTF : Lagi Gambar Kucing Diseksa Teruk Di Singapura (3 Gambar)

Lagi Gambar Kucing Diseksa Teruk Di Singapura.
Tak habis-habis lagi manusia nak menyeksa haiwan sehingga haiwan secomel kucing pun menjadi mangsa. Seekor kucing yang ditemui di Kallang Way berdekatan sebuah perhentian bas seolah-olah disepak pada mukanya. Seluruh tubuhnya elok seperti tak ada apa-apa tetapi mukanya penuh dengan darah. Kucing tersebut langsung tak bermaya untuk bergerak. Selepas beberapa ketika, kucing tersebut pun mati di situ.

Read More.. "WTF : Lagi Gambar Kucing Diseksa Teruk Di Singapura (3 Gambar) "

Monday, 7 January 2013

Serius : Ketua Pengedar Dadah Ditangkap Kerana Salah Teman Wanita Di China (10 Gambar)

Ketua sebuah geng pengedar dadah di China telah ditangkap polis kerana salah teman wanitanya yang bergambar dengan duitnya yang mana telah muat naik di laman sosial. Gadis tersebut adalah seorang pekerja di sebuah kelab malam sekitar Zhenjiang telah bergambar dengan duit sebanyak RM120,000 untuk ditunjukkan kepada rakannya. Polis mensyaki sesuatu yang tak kena dengan gadis tersebut sehingga membawa polis untuk mengesan yang duit tersebut milik Chen yang merupakan ketua pengedar dadah di Fujian serta Jiangsu. Polis berjaya menahan Chen selepas beberapa minggu dengan bukti yang kukuh.  



Read More.. "Serius : Ketua Pengedar Dadah Ditangkap Kerana Salah Teman Wanita Di China (10 Gambar)"

Cool : Cara Menghasilkan Unggun Api Yang Sebesar Alam (3 Gambar)

Cara Menghasilkan Unggun Api Yang Sebesar Alam.
Memang mantap kalau buat macam ni di kem pengakap.


Read More.. "Cool : Cara Menghasilkan Unggun Api Yang Sebesar Alam (3 Gambar)"

Serius : Gadis Menjadi Cun Selepas Pembedahan Plastik Dalam Photoshop (2 Gambar)

Gadis Menjadi Cun Selepas Pembedahan Plastik Dalam Photoshop.
Rupa-rupanya Photoshop merupakan Pembedahan Plastik yang lebih selamat dan berjaya.



Read More.. "Serius : Gadis Menjadi Cun Selepas Pembedahan Plastik Dalam Photoshop (2 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...