Kongsikan Entri Kami

Sunday, 14 October 2012

Cool : Chicken Bus, Bas Penuh Warna-Warni Di Guatemala (7 Gambar)

Chicken Bus, Bas Penuh Warna-Warni Di Guatemala.
Bus ini sebenarnya adalah bas sekolah yang telah tidak digunakan dari negara Amerika Syarikat. Selepas bas sekolah tersebut dijual, ianya telah dipandu ke Mexico dan masuk ke Guatemala untuk menjadi 'Chicken Bus' Pengangkutan ini kini menjadi satu sumber pengangkutan yang sangat penting di negara ini untuk membawa penduduk sekitar ke kawasan sekitarnya. 

Read More.. "Cool : Chicken Bus, Bas Penuh Warna-Warni Di Guatemala (7 Gambar)"

Cool : Tapak Arkeologi Pra-Islam Madain Saleh, Arab Saudi (9 Gambar)

Madain Saleh adalah tapak arkeologi pra-Islam yang terletak dalam sektor Al-Ula, dalam Wilayah Al Madinah Arab Saudi, kira-kira 400 km utara-barat Madinah. Dulu, tapak ini dikenali sebagai Hegra dan ianya adalah tapak terbesar dipelihara tamadun selatan Nabatea Petra di Jordan. Tapak ini mempunyai 131 makam batu besar yang dihiasi dengan corak epigraphs Nabatean sepanjang 13.4 km sejak dari Abad ke-1 SM. 

Read More.. "Cool : Tapak Arkeologi Pra-Islam Madain Saleh, Arab Saudi (9 Gambar)"

OMG : Tiga Pengembara Masuk Ke Dalam Gunung Berapi Di Vanuatu (8 Gambar)

Tiga Pengembara Masuk Ke Dalam Gunung Berapi Di Vanuatu.
Tiga orang yang bernama Geoff McLay, Bradley Ambrose dan Nathan Berg telah masuk ke dalam sebuah gunung berapi di pulau Ambrym Marum. Mereka memang berani kerana kepanasan dalam gunung berapi tersebut mencecah 1150 Celcius. 

Read More.. "OMG : Tiga Pengembara Masuk Ke Dalam Gunung Berapi Di Vanuatu (8 Gambar)"

Serius : Tarikh & Masa Lahir Bayi Yang Cantik (2 Gambar)


Buat pertama kali dalam sejarah, seorang bayi telah dilahirkan dengan mengikut turutan nombor yang cantik. Apa tidaknya, Laila Fitzgerald yang dilahirkan di hospital di Des Moines, mempunyai kaitan rapat dengan nombor 8-9-10-11-12-13-14.

Laila, lahir dengan berat 8 paun, 9 auns dan dilahirkan pada tarikh 10/11/12 pada pukul 13.14 petang.
Abangya, Jackson pula lahir pada 10 September 2011 dan dibaca sebagai 9/10/11. Pada mulanya, ibu Laila, Katie Deremiah, 26, dimaklumkan tarikh dia dijangka bersalin adalah pada 19 oktober. Namun, Selasa lalu, dia mula berasa sakit.

“Saya dapat rasakan bayi ini akan lahir dengan lebih awal namun semua selamat selepas Laila lahir secara normal,’’ katanya.

Tahun lepas, seorang lagi bayi, Dane Edwards yang lahir di Hospital Sarasota Memorial juga mempunyai nombor yang menarik. Dane lahir pada 11 Januari 2011, pada pukul 11.11 malam di bilik bersalin bernombor 11. Ia menjadikan nombor kelahirannya adalah 1-11-11-11-11-11. Sama seperti Laila, Dane juga dijadualkan dilahirkan lebih lambat. Dia sepatutnya lahir pada 18 Januari.


Sumber : Here
Read More.. "Serius : Tarikh & Masa Lahir Bayi Yang Cantik (2 Gambar)"

Cool : LEGO Perkenal Set Super Heroes Terbaru, Spiderman & Batman (5 Gambar)


LEGO baru sahaja memperkenalkan dua set LEGO Super Heroes Line terbaru mereka iaitu Spider-Man: Daily Bugle Showdown yang mempunyai 476 keping lego dan juga The Bat v. Bane: Tumbler Chase yang mengandungi 368 keping lego.

Berikut merupakan spesifikasi LEGO terbaru ni,

LEGO Marvel Super Heroes 76005

  Spider-Man: Daily Bugle Showdown
  Minifigures: Spider-Man, Doctor Doom, Jonah Jameson, Nova, Beetle
  Piece Count: 476
  $49.99

LEGO DC Super Heroes 76001

  The Bat v. Bane: Tumbler Chase
  Minifigures: Batman, Bane, Commissioner Gordon
  Piece Count: 368
  $39.99






p/s : Pergh... cool gler beb.. 

Sumber : Here
Read More.. "Cool : LEGO Perkenal Set Super Heroes Terbaru, Spiderman & Batman (5 Gambar)"

Serius : Jeans Levi's Ini Boleh Bertahan Sehingga 1000 Tahun (4 Gambar)


Berapa lama jeans anda sudah tidak dibasuh?dah sejak tahun berapa lagi anda mengumpul jeans? Jika anda seorang pengumpul teras keras (hardcore) sehelai jeans, maka anda bolehlah mendapatkan sculpture jeans hasil buatan tangan Chris Riggs iaitu seorang pelukis dan seorang pembuat sculpture yang terkenal di USA. 

Beliau menghasilkan sebuah sculpture yang diperbuat dari jeans jenama Levi's keluaran tahun 50’s sehingga tahun 60’s dan direka khas untuk mampu bertahan sehingga 1000 tahun. Ia sekarang sudah dijual dgn nilai harga USD 999,998.00 dimana jika convert kepada Rupiah Malaysia boleh dijangkau sehingga RM 3,059,491.04. Sehingga kini beliau sudah menerima sebanyak 4 tawaran untuk sculpture yang sungguh tahi suci ini.


Sungguh dashyat penangan hobi dan nilai estetika sebuah jeans. Maka dinasihatkan kepada anon-anon semua supaya menyelongkar gerobok lama kepunyaan datuk atau ayah anda. Mana tau boleh terjumpa edisi lama seluar levis kepunyaan mereka, bolehlah dijual di laman ebay kerana masih ramai lagi si polan durjana yang meminati seluar jeans lama Levi’s, lebih afdal jika ia tidak dibasuh atau terdapat kesan tercirit dibahagian celah kangkang tersebut.



p/s : Sila beruangkan ke dalam kepala korang bahawa ini adalah sculpture.. 

Sumber : Abdul Wahab & Here
Read More.. "Serius : Jeans Levi's Ini Boleh Bertahan Sehingga 1000 Tahun (4 Gambar)"

Cool : "Water Wig", Rambut Palsu Menggunakan Percikan Air (5 Gambar)


Jurugambar pengiklanan, Tim Tadder telah menghasilkan beberapa siri gambar "Water Wig" yang menggunakan percikan air sebagai rambut palsu. Belon air dilepaskan di atas model perempuan botak dan gambr diambil menggunakan kamera berlkelajuan tinggi. Cool seyh~





p/s : Manusia ni memang kreatif.. 

Sumber : Here
Read More.. "Cool : "Water Wig", Rambut Palsu Menggunakan Percikan Air (5 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...