Kalkulator unik ini membolehkan korang customize sendiri nombor pada kalkulator mengikut kehendak korang. Akan tetapi, nombor-nombor tu haruslah berada pada tempat asalnya. Hanya luaran je yang korang boleh design. Kalau lukisan buruk tu, better tak payah beli. Makin hodoh jadinye.. Hoho.. Harganya ialah £6.99.
Chillax Axe Shaped Ice Lollipops ialah bekas lollipop ais yang berbentuk kapak. Terdapat dua jenis Chillax yang mempunyai pemegang seperti kapak. Saiznya ialah 14 cm x 17 cm x 2.5 cm dan dijual dengan harga $10.39 dari Amazon.com dan $9.95 di kedai NeatoShop.
p/s : Mahal kot benda ni kalau convert kepada RM..
Ni gambar ketika konsert Wonder Girls semalam.. cute pulak diorang ni pakai kurung & kebaya.. Artis kita? "Ala..bukan saya berbogel pun..." wadehell.. Layan je la gambar-gambar ni..
p/s : Diorang ni sekejap je pakai baju sopan.. lepas tu tuka tros pakai mini skirt, short dan macam2 lagi...
Baru-baru ni gempar dengan sebuah video yang menjadi viral di Internet yang menunjukkan seorang lelaki kanibal menyerang dan mengigit seorang penumpang di dalam subway di Guangzhou, China.
Menurut sumber, pada awalnya, lelaki tua yang berusia 67 tahun yang dikenali sebagai Chen menaiki tren tersebut. Lelaki tua itu lalu menyuruh seorang lelaki yang dikenali sebagai Wu yang juga seorang guru supaya memberi tempat duduk kepadanya. Namun Wu berkeras dan tidak mahu bangun lalu berlaku pergaduhan.
Pada mulanya ianya hanya pergaduhan biasa, namun menjadi semakin teruk apabila lelaki tua itu mula menggigit guru tersebut.Orang ramai yang mulanya cuba menghentikan pergaduhan berasa takut apabila melihat darah.
p/s : Macam-macam la di China ni... Banyak lagi tempat duduk kosong kot.. Anyway, bukan kanibal yer.. saje je nak kasi gempak.. hehe
Seorang pembaca 9to5mac, Ken Hovanes menceritakan kisah beliau apabila iPhone miliknya terjatuh ke dalam Tasik Smith kira-kira 6 bulan yang lalu. Telefonnya itu terjatuh daripada jeti ke dalam air tasik yang mempunyai kedalaman enam kaki atau sekitar 1.82 meter. Menyangka yang iPhone itu mungkin telah rosak, dia membatalkan hasratnya untuk mengutip semula telefon tersebut dan membeli iPhone yang baru.
Menyangka semua harapan nya untuk menemui telefon itu telah hilang, Hovanes terkejut apabila menjumpai semula iPhone nya yang hilang itu saat paras air tasik sudah menurun dan dasar tasik dapat dilihat dengan jelas.
Apa yang lebih mengejutkan, dia mendapati iPhone tersebut masih lagi beroperasi. Seperti yang anda boleh lihat pada gambar dibawah, iPhone tersebut dapat dihidupkan apabila sumber kuasa dimasukkan.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kerosakan akibat air (termasuk WiFi, isu-isu skrin, dan gelembung) dia mampu membersihkan kawasan penyesuai 30-pin dan mula melakukan pengisian data.
Setidaknya, Hovanes mampu menyelamatkan data-data penting yang terdapat di dalam telefon tersebut.
p/s : Nokia 3310 rasanya 10 tahun tenggelam pun still dapat pakai..
Siapa xkenal confirm dia jilat ketiak Justin Dubur.(sila google)
Ok berbalik pada cerita sebenar. Ex-Vokalist Oasis Liam Gallagher sekarang yang dah femes dgn band baru beliau Beady Eyes dahpun melancarkan label pakaian beliau sendiri iaitu Pretty Green, butiknya ada di Carnaby Street,UK. Seperti yang diketahui, beliau mmg cerewet dgn fesyen dan kebanyakan fesyen beliau adalah lebih kepada konsep Sekolah Lama (Old skool..lol). Sesiapa yang perasan nak jadi mcm Liam Gallagher bolehlah beli sendiri di laman web ini dengan menggunakan kad kredit mak ayah anda.
Confirm perempuan akan melekat kepada anda walaupun gigi anda jongang ataupun muka pecah rumah
Motorsikal Manusia Yang Menakjubkan Dan Fleksibel. Mula-mula tengok macam motor biasa je tetapi bila tengok betul-betul motorsikal itu adalah manusia sebenarnya..