Kongsikan Entri Kami

Sunday, 7 October 2012

Kreatif : Tempat Sama, Hari Dan Permandangan Berbeza (12 Gambar)

Tempat Sama, Hari Dan Permandangan Berbeza.
Memang menarik dan unik..Satu tempat boleh berlaku pelbagai aktiviti...



Read More.. "Kreatif : Tempat Sama, Hari Dan Permandangan Berbeza (12 Gambar)"

OMG : Ini Adalah Rupa Model "Plus Size" (Gemuk) Robyn Lawley (5 Gambar)

Ini Adalah Rupa Model "Plus Size" (Gemuk) Robyn Lawley.
#Sarcastic Memang gemuk giler model Plus Size Ni...
Apa komen anda?


p/s : Gemuk ker? ceh..

Read More.. "OMG : Ini Adalah Rupa Model "Plus Size" (Gemuk) Robyn Lawley (5 Gambar)"

Cool : Patung Kuda Daripada 18,000 Butang Keyboard Komputer (3 Gambar)

Patung Kuda Daripada 18,000 Butang Keyboard Komputer.
Entah macam mana dia lekat semua tetapi memang kreatif ah.




Read More.. "Cool : Patung Kuda Daripada 18,000 Butang Keyboard Komputer (3 Gambar)"

Cool : Beberapa Imej Dengan Visual Yang Mengelirukan Otak (8 Gambar)

Gambar-gambar di bawah ini diambil menggunakan posisi dan sudut khas yang membuatkan korang tidak dapat mengelak daripada merasakan 'kesan ruang 3D' ketika pertama kali memandangnya. Korang mungkin keliru, yang mana satu langit, mana satu tanah, adakah ia imej sebenar atau sekadar pantulan? Lu pk la sendiri.... 
 



p/s : Yang mana satu feveret korang? 


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Beberapa Imej Dengan Visual Yang Mengelirukan Otak (8 Gambar)"

Cute : [Video] Kucing Nakal Ganggu Wartawan Ketika Siaran Langsung


Seorang wartawan FOX-17 bernama Nicole DiDonato tiba-tiba menjadi popular setelah seekor kucing liar yang nakal memanjat tubuhnya ketika sedang bersiaran langsung di kaca televisyen.

Kejadian ini berlangsung ketika DiDonato melaporkan segmen mengenai microbrewery (mesin pembuat bir) ketika tiba-tiba seekor kucing liar datang dan memanjat ke punggungnya.

Matanya terbeliak ketika kucing itu terumemanjat ke bahunya. Namun, sebagai seorang profesional, DiDonato meneruskan laporannya meskipun dia kelihatan terkejut.




p/s : Comel kucing tu.. buat muka tak bersalah.. hehe

Sumber : Here

Read More.. "Cute : [Video] Kucing Nakal Ganggu Wartawan Ketika Siaran Langsung "

OMG : Taj Arabia, Replika Taj Mahal 4 Kali Lebih Besar Akan Dibina Di Dubai (7 Gambar)


Satu replika bangunan tersohor dunia, Taj Mahal, yang saiznya empat kali ganda daripada bangunan asal akan dibina di Dubai sebagai tempat mengadakan perkahwinan terbesar dan berprestij dunia.

Pembinaan bangunan marmar Taj Mahal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan oleh Maharaja Mughal sebagai hadiah istimewa kepada permaisurinya, 360 tahun lalu tetapi replikanya yang akan dikenali sebagai Taj Arabia, di Dubai hanya mengambil masa dua tahun untuk siap.

Projek bernilai 767 juta Euro itu akan menjadi mercu tanda kepada dataran seluas 41 juta meter persegi di Falcon City of Wonders di Emirates Road, kata Pengerusi Link Global Group, Arun Mehra, syarikat pemaju replika berkenaan.

“Perkahwinan adalah satu keraian. Ia perlu diumumkan dan disambut meriah.

"Ketika ini Dubai tidak mempunyai destinasi untuk meraikan perkahwinan. Orang ramai ke Bali dan tempat esotik lain untuk berkahwin dan tidak lama lagi mereka boleh datang ke Taj Arabia," kata Mehra kepada agensi berika Gulf News.

Taj Arabia juga akan mempunyai hotel lima bintang dengan 300 bilik penginapan serta 200 pangsapuri berlokasi di pusat bandar baru Falcon City yang turut menempatkan beberapa ikon dunia lain seperti menara condong Pisa dan Pyramid Mesir.



Sumber : Here
Read More.. "OMG : Taj Arabia, Replika Taj Mahal 4 Kali Lebih Besar Akan Dibina Di Dubai (7 Gambar)"

Serius : Budak 11 Tahun Temui Fossil Berusia 30,000 Tahun (4 Gambar)


Seorang kanak-kanak di utara Rusia menemui fosil gajah berusia 30,000 tahun di daerah Taymyr. Yevgeny Salinder, 11, menemui fosil seberat 500 kilogram itu ketika menggali di belakang rumahnya. 

Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu. Jurucakap saintis berkata, ketika ditemui fosil itu tidak rosak.

“Gading, tulang rusuk dan mulutnya dapat dilihat jelas," katanya.

Fosil gajah itu kini dinamakan sebagai Zhenya mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis.




p/s : Steady la budak ni.. mesti dpt byk duit.. 

sumber : here
Read More.. "Serius : Budak 11 Tahun Temui Fossil Berusia 30,000 Tahun (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...