
Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang
diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam
tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua
minggu lagi.
“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam,
masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini,
masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak
tadi.”
Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini
menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam
ini.
Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau
selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid
atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang
berlaku itu.
AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan
untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta
meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang
berlaku secara tiba-tiba ini.
Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat
tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang
akan datang.
p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.
Read More.. "Gempar : Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Semalam"