Kongsikan Entri Kami

Sunday, 22 July 2012

OMG : Datuk Ditahan Ponteng Puasa Di Melaka (Gambar)


BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar. Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa. 

“Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan ‘panas’ tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan. Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. – SinarHarian

p/s : Apa nak jadi la.. 

Sumber : here

Read More.. "OMG : Datuk Ditahan Ponteng Puasa Di Melaka (Gambar)"

Kreatif : Tangki Gas Gergasi Di Jepun Penuh Dengan Lukisan Comel (8 Gambar)

Tangki Gas Gergasi Di Jepun Penuh Dengan Lukisan Comel.
Sekali lagi Jepun telah menampilkan sesuatu yang menarik iaitu tangki gas gergasi mereka penuh dengan lukisan. Di tempat admin, tangki gas macam ini seringkali nampak pucat dan ada yang kotor. Tetapi apa yang Jepun buat telah mencantikkan lagi tangki gas ini.

Read More.. "Kreatif : Tangki Gas Gergasi Di Jepun Penuh Dengan Lukisan Comel (8 Gambar)"

Cool : The Golden Horn, Pantai Paling Unik Di Croatia Seperti 'Lidah' (7 Gambar)

The Golden Horn atau Zlatni Rat adalah pantai paling unik dan menarik di Croatia. Dengan pasirnya yang begitu cantik dan airnya yang jernir, pantai ini juga mempunyai 'lidah' yang sangat unik pada penghujung pantai. kadang-kadang ianya akan bergerak ke kiri, tengah atau kanan.Di sini, pelbagai aktiviti boleh dijalankan termasuk jet-ski,scuba diving, banana boats serta payung terjun. 

Read More.. "Cool : The Golden Horn, Pantai Paling Unik Di Croatia Seperti 'Lidah' (7 Gambar)"

Cool : Mari Melawat Perkampungan Olimpik 'Nazi's Games' Pada Tahun 1936

Kawasan ini telah menjadi tuan rumah untuk Sukan Olmpik pada tahun 1936. PAda masa itu, sukan ini masih dipanggil 'Nazi's Games' dan merupakan satu temasya yang kurang terkenal. Namun ramai atlit dari seluruh dunia tampil untuk mengharumkan nama mereka. Altit paling terkenal pada masa itu adalah dari Amerika Syarikat Jesse Owens yang memenangi empat pingat emas dalam acara olahraga. Di bawah adalah gambar sekitar kawasan temasya ini berlangsung termasuk untuk sukan renang dan ginastik.

Read More.. "Cool : Mari Melawat Perkampungan Olimpik 'Nazi's Games' Pada Tahun 1936"

WTF : Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber (3 Gambar)

Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber.
Justin Bieber membuat penampilan khas di NZ dan dia sempat bertemu peminat di luar hotelnya sekitar Auckland. Cuba tengok reaksi gadis remaja ini selepas berjaya mengambil gambar si Bibir ini. Mereka menangis... kenapa? mungkin mereka baru sedar JB adalah seorang perempuan juga? :-P

Read More.. "WTF : Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber (3 Gambar)"

Cool : Gambar Ini Akan Menipu Mata Anda #1 (Gambar)

Gambar Ini Akan Menipu Mata Anda #1. 






Read More.. "Cool : Gambar Ini Akan Menipu Mata Anda #1 (Gambar)"

Superb : Lamborghini Aventador J Yang Terbaru (11 Gambar)


Lamborghini Aventador LP700-4 salah satu kereta yang bagi aku layak dipanggil supercar. Lebar kereta tu besar hampir penuh satu ruang jalan.Tidak lama selepas keluar Aventador LP700-4, keluar lagi siri Aventador yang baru iaitu Aventador J. Siri Aventador J amat mengagumkan. Bodykit penuh dengan gentian karbon. Siri ini boleh dikategorikan sebagai model speedster. Aventador J juga menjadi tumpuan semasa di Geneva MotorShow 2012 sebelum ini. Setakat ini boleh aku katakan Ferrari agak ketinggalan dari segi design. Korangboleh bezakan dengan Ferrari F12 Berlinetta yang turut ada di Geneva MotorShow.

 

p/s : Ekzos mmg smart gler.. 

Sumber : Here




Read More.. "Superb : Lamborghini Aventador J Yang Terbaru (11 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...