Kongsikan Entri Kami

Sunday, 20 March 2011

Angry Birds Cake



Stress gler aku tgk cake ni.. haha.. rase sayang la pulak nk makan.. kepada kipas ssh mati game Angy Birds, boleh la order kek ni utk arijadi korang..siap boleh main lagi.. haha.. Stress by MaxJinx..

credits to
Read More.. "Angry Birds Cake"

Nama tempat yang sungguh STRESS!!!

Di negara kita, ada juga la nama kawasan yang agak pelik dan STRESS... yang paling kami ingat ialah Menggatal yang berada di Sabah... Tetapi Tetapi Tetapi, sebenarnya di luar sana ada lagi banyak tempat yang diberi nama yang pelik dan sungguh STRESS gilerr...

First in Canada, di Newfoundland, tempat ini mmg famous untuk meluncur hiking. 
Nama : Blow Me Down, Newfoundland Canada
 
2. Kali ini kita terbang ke bawah sedikit dari peta dunia, negara AS bertempat di Washington..
nama : Humptulips, Washington

 3. Masih STRESS di negara AS, ada lagi nama tempat yang pelik berada di Arkansas
nama : Toad Suck Park, Arkansas
 4. Kemudian kita pergi ke Eropah pula ni....di Perancis...nama tempat ini mmg sukar diterima tetapi nama tempat ini telah di gunakan dalam pelbagai sambutan antarabangsa seperti festival Musik dan Catur Antarabangsa
nama : Condom, France (stress!! mcm x da nama lain)
5. Oh saya terlupa, ada lagi tempat yang nama pelik di negara AS, Satu di Washington juga dan satu lagi di Kentucky..
nama: Whiskey Dick Mountain, Washington
 nama: Monkeys Eyebrow, Kentucky

6. Baiklah, skrg kita STRESS di New Zealand...yang ini mesti suma orang akan STRESS bila membacanya...percayalah...dan dan dan janganlah tanya mcm mana nak baca tempat ini...
nama : Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaunga horonukupokaiwhenuakitanatahu, New Zealand (STRESS x??)

 7. Tadi nama terlalu panjang...mmg STRESS. Yang ini pula...nama tempat ini diberi mungkin sbb orang itu sgt STRESS bila nak fikirkan nama tempat ini.. Kenapa? tengok la nama tempat ini sendiri ..
nama : No Name, Colorado (Bole...sampai x da nama )

8. Yang ini lagi la STRESS...namanya pendek je..tetapi mmg x patut dijadikan nama tempat..
nama : Fucking , Austria

p/s : nasib baik ini nama tempat...lain kali kalo ada anak cucu tu jangan la bagi nama yang pelik macm ni!! nanti STRESS giler!!!

credit to akorra
Read More.. "Nama tempat yang sungguh STRESS!!!"

Genius Fingerpicking Guitarist - Igor Presnyakov

Ok.. now MaxJinx wants to introduce to all of you one of the most genius guitarists i have ever heard from Youtube. Mamat yg bernama Igor Presnyakov ini memang seorang guitarist yg sgt stress!! korang sebut je genre ape yg korang nak Bruno Mars? Lady Gaga? Metallica? Beethoven? AC/DC? Micheal Jackson? sume ade beb..confirm si Igor ni boleh bawak dalam versi Acoustic yang super amazing!! Yang buatkan aku amaze gler ng mamat ni adalah sebab die xperlu nyanyi pon..his guitar actually SINGS!!.. don't believe it?? listen on your own..

Cube korang dgr lagu Grenade versi acoustic from Igor.. CEKIDAUT! 


amacam?? dh meleleh air liur korang dgr?? ade byk lagi beb.. korang serch je sendiri kt Youtube.. aku pon dh subscribe channel mamat ni kt Youtube under the name Iggypres..   

These are some of my favourite covers from him..  




ape lagi..jom kita ramai2 subscribe.. STRESS!!
 credits to  Iggypres

Read More.. "Genius Fingerpicking Guitarist - Igor Presnyakov"

Misteri kota Atlantis yang men-stress-kan

Posted by Me-X


Biar betik dan banana .....Yes, itulah yg Me-X rasa bila 1st baca tajuk ni...B4 Me-X story-telling pasal info yg STRESS ni, why not kita buat revision dulu, pasal Sejarah Kota femes ni...



Menurut Plato, seorang ahli falsafah Yunani, Kota Altantis merupakan kota yang canggih dan moden pada zamannya. Namun ia tenggelam ke dasar laut hanya pada kejadian satu hari dan satu malam. Plato juga menyatakan kedudukan Altantis berada bertentangan dengan Selat Gibraltar dan mempunyai kerajaan seluas Asia dan Libya yang digabungkan. Kota itu dipercayai wujud pada 9000 BC sebelum ia hilang tanpa ditemui sehingga kini.

Betul ke Kota Atlantis tu semakin hampir untuk ditemui? Korang baca artikel dari Utusan Online bertarikh 13 Mac ini.


(Dipetik dari Utusan Online, 13 Mac 2011)
 [Kawasan tanah paya di Taman Dona Ana, selatan Sepanyol dipercayai merupakan lokasi tertimbusnya Atlantis selepas ia dilanda tsunami beribu-ribu tahun lalu. - Agensi ]
NORTHAMPTON, Massachusetts 13 Mac - Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.


Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.


"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.
Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.


Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.
Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut. Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.
Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.


Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negaran Sepanyol. - REUTERS


 Pastu, Plato pulak ber"story-telling":

Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.


Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!


Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.


Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.


Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.


Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.


Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.


Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.


Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.


Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.


Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.


Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.


Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.


Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.


Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.


Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.


Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!


Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!


Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?


Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!


Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.


Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.


Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.


Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.


Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.


Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.


Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.


Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.


Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.


Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut dengan penduduknya menjadi ikan duyung.


Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis.
Tamat...


Korang rasa, wujud ke tak Kota Atlantis yang hebat lagi stylo ni? Kalau betul pernah wujud dan terdapat tinggalan teknologi yang canggih cam Dewata Raya, Me-X tumpang gembira yo! dapat la buat power2 mcm Wunan dan Topeng Perak..LOL





Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/03/betul-ke-kota-atlantis-tertimbus-akibat.html


Read More.. "Misteri kota Atlantis yang men-stress-kan"

Awesome... Mereka kelihatan sangat besar!!! STRESS...

BESAR!!! Ini yang dapat kami katakan tentang mereka ini....Memang x sukar nak percaya..Agak STRESS bila tengok mereka ni sebab terlalu BESAR...:-)) Mereka = Binatang.








credit to topten
Read More.. "Awesome... Mereka kelihatan sangat besar!!! STRESS..."

Unbelievable!! Tandas Awam yang STRESS!!

Di Malaysia, untuk ke tandas awam Free 20 sen akan dikenakan..tetapi itu sudah cukup berbaloi...
Namun di sstengah tempat di dunia, suma ini adalah percuma (mesti suma org sukakan kalo percuma) tetapi kalo difikirkan rekabentuknya, kami rela 20 sen untuk Tandas Awam di Malaysia..Kalo x mesti sumua org akan STRESS gilerrr!! bila nak membuang hemhemmm..:-))





 STRESS x??? Macam mana kalo perempuan pula?? Renung2kanlah


credit to Mr MaLao's
Read More.. "Unbelievable!! Tandas Awam yang STRESS!!"

Lagu "Stress" menyambut Pelancong ke Malaysia

STRESS gilerrrr!!! baru beberapa hari yang lepas, kami mendengar lagu Rebecca White Black yang sangat men"stress"kan ..
(ni video dia bagi yg x tengok lagi).

 

Belum habis kami stress dengan RB ni, datang pula lagu untuk Welcome 'ore' ke Malaysia oleh Rosalinda..STRESS giler!!! kami mendengar lagu ini sampai x faham apa lirik lagu die (Rosalinda) ni...syukur la ada orang walaupun STRESS giler mendengar lagu ini pergi menghasilkan balik lirik lagu ini "Welcome to Malaysia". Takut2 kalo lagu ini disebarkan 3128391823123908 orang pelancong STRESS giler!! dan x jadi datang Malaysia..

(Lirik "Welcome to Malaysia - Rosalinda)
chorus
how are you, welcome to malaysia,
lady gentlemen , lady gentlemen,
how do you do, i am very glad and happy to see you,
welcome welcome to you,
what cant i do for you
welcome to malaysia, welcome to malaysia,

Verse:

my lay lay ous my malays stars my ma lay
happy is in ur hands , happy is in ur hand
women and men say oh darling
ma lay lay come come or darling got everything
lets go lets go choping lets go lets go choping
you eat or drink drink easy
dance in asio clitoris in asio oh oh oh oh oh oh oh
i duno many many
i duno you go to sleep...

"i land i don't know who gamma go orly orly,
i land know jo jo happy,
i land no jo jo happy,
you come and see you and the food,
lucky see on my tan,
welcome welcome it chu,
i hope you bad fortune, i help you bad fortune~,
thank you fortune, good bye good bye,
thank you for good bye bye bye bye~~~"

 Here some more videos by her....
http://www.youtube.com/watch?v=DwVKH6WgNGs&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=5I3WY-WTJ8c&feature=related
mmg STRESS giler!!!

Read More.. "Lagu "Stress" menyambut Pelancong ke Malaysia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...