KLANG – Seorang lelaki Orang Kelainan
Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh
Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa
saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan
dan 10 tahun, bulan lepas.
Hakim Siti Noraida Sulaiman
memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu
berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lepas.
Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan,
Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun
serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik
hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam
pada 23 Mac lepas.
Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak
diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang
merupakan seorang yang lembam telah memanggil bapa saudaranya masuk ke
dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam
bilik sama.
Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.
Tertuduh kemudian meminta bapa
saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum
bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula. – BERNAMA
p/s : Dunia dah nak kiamat..
Read More.. "WTF : Lelaki OKU Dipenjara Liwat Bapa Saudara & Adik"