"Bunga Bangkai" Bunga Tertinggi Dan Terbesar Ketika Mekar Dijumpai Di Sarawak.
Baru-baru ini, sekumpulan pendaki di Gunung Singai yang terletak di daerah Bau (lebih kurang sejam perjalanan dari Kuching) telah menemui sejenis bunga yang tidak asing lagi di Indonesia iaitu "Bunga Bangkai" atau "The Corpse Flower". Memang agak sukar dipercayai bunga ini tiba-tiba muncul tetapi semoga bunga ini dapat memberi tuah kepada negara dan negeri kita seperti mana berlaku pada negara lain. Borneo
Bunga Bangkai ini dijumpai untuk kali pertama pada tahun 1889 di Royal Botanic Gardens, Kew. Di Indonesia, Bunga Bangkai ini dijadikan satu tarikan dalam industri perlancongan seperti dinyatakan dalam sumber. Selain itu, sumber yang sama juga menyatakan bunga yang sama menjadi tarikan puluhan ribu pelancong di Kota Chofu, Japan pada tahun 2015 dan perkara yang sama berlaku di Swiss pada tahun 2012. Yang menariknya di Swiss, bunga ini mekar untuk kali terakhir pada tahun 1936.
Pada tahun 2008, The Guinness Book of Records telah menyenaraikan Bunga Bangkai sebagai "world's largest flower' ketika bunga ini mekar pada rekod ketinggiannya mencecah 3.06 meter dan diameter bunga mencecah sehingga 1.5 meter. sumber juga menyatakan yang bunga ini memerlukan 7 hingga 10 tahun untuk mekar buat kali pertama. Kemudian untuk kali keduanya, bunga ini hanya akan mekar sekitar 4 tahun.