Rakaman dashboard cam ini menunjukkan sebuah kereta persona yang memasuki lorong sehala. Pemandu kereta yang merakam ini baru sahaja reverse keretanya dan dihalang oleh kereta Persona tersebut. Namun pemandu kereta Persona tersebut tidak mahu mengundurkan keretanya malah memarahi pemandu yang merakam aksi ini. Jom kita saksikan.
p/s : Bangang.. lain kali ready kayu besbol kasi hantam saja manusia bangang macam dalam video kat atas ni.
Pembaca berita Radio-Canada ICI, Alexis De Lancer telah mengalami pendarahan hidung ketika sedang membaca berita secara live di TV. Ketika itu beliau sedang bersedia untuk menamatkan berita dan secara tiba-tiba hidungnya berdarah.
p/s : Mungkin nampak pompuan seksi lalu kat depan kot.. LOL.. tapi kesian gak la..
Pony merupakan seekor Orang Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada badannya. Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut.
Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam. Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk kampung tersebut.
Selama setahun pihak Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony.
Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan Pony. Akhitnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.
p/s : gila... kejam.. nafsu binatang.. Sumber : Here
Scarlett Gurr merupakan seorang budak perempuan yang sangat beruntung apabila bapanya, Stuart telah membina sebuah replika kereta Ferrari 250 GTO yang lengkap dengan enjin 49cc yang mampu bergerak sehinggan 15 mph.
Scarlett yang merupakan ahli British Women Racing Drivers Club berharap agar dapat menyetai perlumbaan Little Big Man yang diadakan di Le Mans tahun hadapan. Bapanya akan membina sebuah kereta Mercedes Uhlenhaut Gullwing coupe 300SLR untuk perlumbaan tersebut.
p/s : Aku dulu dapat kereta mainan dalam Tora & Ding Dang pun dah bersorak kegembiraan..
Sophie Yates, 24 tahun merupakan seorang gadis yang sentiasa berasa risau dengan penampilan dan wajahnya. Dia yang mempunyai penyakit underbite sentiasa dibuli ketika kecil dan dia juga berasa pelik setiap kali menutup mulutnya. Namun semuanya telah berakhir apabila dia telah menjalani pembedahan kosmetik bagi memperbaiki wajahnya.
Ketika berusia 18 tahun, gadis ini telah membuang 4 batang giginya dan telah mematahkan rahangnya sebagai prosedur untuk pembedahan yang dinamakan orthognathic. Pembedahan ini telah menelan belanja sehingga $7726. Jom lihat perubahan gadis ini sebelum dan selepas pembedahan,
Negara China sedang membina ferris wheel tanpa spoke yang terbesar di dunia yang bakal mengatasi spokeless ferris wheel yang terbesar di dunia sekarang iaitu The Big O di Tokyo. Ferris wheel ini dinamakan Turn Of Fortune yang dijangkakan akan dibuka pada Oktober tahun ini. Ia mempunyai 24 gerabak yang dapat memuatkan 5 orang pada setiap gerabak. Satu pusingan penuh yang berdiameter 276 kaki ini hanya akan mengambil masa 22 minit. Kos pembinaan ferris wheel ini ialah $23.8 Juta Dolar..
p/s : Cool beb... macam cincin besar.. Sumber : Here
Suami : Allahu Akbarr.!... Abang Baru nak tegur dia.
Isteri : Astaghfirullahal'azim...
Suami : Astaghfirullahal'azim...
Kematian tidak kenal Umur. Ingatlah kematian boleh dtng bila2 wahai manusia! Bila-bila masa sahaja Tuhan boleh ambil. Klau Tuhan berkehendak, maka terjadilah ia. Marilah sama2 kita perbaiki diri.
Sebuah rakaman video daripada daripada sebuah pesawat drone yang hilang kawalan yang hampir merempuh sebuah pesawat penumpang milik Afghanistan yang membawa lebih 100 orang penumpang telah menimbulkan kemarahan orang ramai di Jerman.
Video tersebut yang dirakam dari sebuah pesawat tanpa pemandu jenis Luna milik Jerman yang ketika itu sedang berada di ruang udara Afghanistan, menunjukkan bahawa ia hampir merempuh kapal terbang tersebut dengan jarak untuk pelanggaran kira-kira dua meter. Ia telah menyebabkan kemarahan di Jerman dalam perbahasan mengenai perintah baru kerajaan untuk pesawat tanpa pemandu.
Menurut Menteri Pertahanan Jerman, Thomas de Maiziere, hal ini kerana pesawat drone berkenaan tidak dilengkapi dengan sistem amaran awal anti-perlanggaran berikutan kosnya yang terlalu tinggi.
Walaubagaimana pun, rakaman sulit tersebut tetap menerima kecaman hebat orang ramai di seluruh Jerman walaupun ia telah berusia 9 tahun lamanya.
Pesawat drone yang mempunyai berat sebanyak 88lbs itu walaubagaimana pun telah terperangkap dalam gelora udara pesawat penumpang tersebut sebelum kehilangan kawalan dan terhempas di Kabul, Afghanistan.
Jurucakap kerajaan Jerman juga berkata kepada AFP, "Kami berharap untuk memilik 16 buah sistem amaran awal anti-perlanggaran untuk dilengkapkan pada pesawat drone model tersebut pada 2016 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang".
Memperkenalkan D4NNY, penyanyi berbakat besar yang akan menjadi pencabar kepada pop idol remaja masa kini iaitu Justin Bieber. D4NNY dijangka akan mengegarkan industri nyanyian di seluruh dunia setelah MV yang mendapat lebih 500juta views di Youtube. Sama-sama kita saksikan..
p/s : Amacam? lagi bagus dari justin bieber kan? LOL Sumber : Here
CHUKAI – Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah sewa mereka diserbu polis, dengan salah seorang daripadanya yang berstatus janda dicekup bersama pelanggannya dalam keadaan berbogel.
Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.
Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.
Berdasarkan rekod, polis mendapati suspek berusia 20 tahun itu baru sahaja keluar dari pusat pemulihan akhlak wanita di Negeri Sembilan.
Apabila masuk ke sebuah lagi bilik tidur, didapati janda terbabit dan pelanggannya sedang melakukan hubungan terlarang dan dalam kedua-dua bilik tidur itu turut berselerakan alat-alat yang digunakan untuk menghisap dadah.
Dipercayai kedua-dua wanita itu menetapkan syarat mana-mana lelaki yang mahu meniduri mereka perlu memberi dadah sebagai upah.
Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, selepas ujian air kencing dilakukan didapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine selain kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Suspek berusia 28 tahun dan lelaki yang berusia 37 tahun juga dipercayai pengedar dadah serta masing-masing mempunyai dua dan enam rekod kesalahan berkaitan dadah, manakala wanita yang berusia 20 tahun mempunyai tiga rekod lampu termasuk turut memiliki satu waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes terdahulu,” katanya.
Sehubungan itu, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan janda terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah. Kesemua mereka dituduh di mahkamah semalam.
Pasangan itu juga turut diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman dan akan didakwa mengikut undang-undang syariah kerana bersekedudukan.
Berkayak di antara lelehan lava pastinya tidak akan pernah anda bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.
Namun, itu saja dianggap tidak cukup kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.
Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu, air laut boleh membakar kedua tangan mereka.
Sekolah ini dibangunkan oleh syarikat NLE, yang diketuai oleh Adeyemi Kunle, seorang arkitek di Nigeria. Ia adalah sebuah sekolah baru bertingkat dibina di atas air di Makoko, sebuah kawasan bandar dengan penduduk paling ramai di Lagos, Nigeria.
Projek ini bertujuan untuk mewujudkan bangunan terapung yang direka untuk dijadikan sebagai kelas pendidikan untuk kanak-kanak kejiranan yang tiada peluang untuk menimba ilmu kerana kemiskinan.
SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal
dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin
meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.
Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.
Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem
Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang
Lapok dan Penyamun Tarbus.
p/s : Al-Fatihah kepada legend.. Bujang Lapok forever.."tompok-tompok taik unta~~" Sumber : here
Pereka fesyen yang berasal dari China, Chris Lu telah mempamerkan kasut tinggi bersalut emas yang diselaputi berlian rekaannya untuk dijual kepada umum. Kasut tersebut menyerupai bentuk sebuah Rolls-Royce Phantom iaitu sebuah jenama kenderaan kelas mewah milik British. Sebagai pereka, ciptaan kasut rekaan beliau merupakan satu penghormatan kepada syarikat kereta lagenda itu.