Kongsikan Entri Kami

Saturday, 11 August 2012

Insaf : [Video] Apabila Punk Rocker Berhijrah Memeluk Islam


Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).

Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.

Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.

Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.

Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?

10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat.


Sumber : here
Read More.. "Insaf : [Video] Apabila Punk Rocker Berhijrah Memeluk Islam"

WTF : Aksi Julia Perez Selepas Balik Dari Umrah (Gambar)


Selebriti terkenal dari Indonesia, Julia Perez ataupun Jupe, baru pulang dari menunaikan umrah bulan lepas. Mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi Jupe, melakukan perkara yang pelik bukan lagi satu masalah baginya.

Terbaru dia telah menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan.
Menurut laporan detikoto, perkara ini dilakukan oleh Jupe kerana dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini.

Jupe dalam kenyataannya sebelum ini berkata, “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah.”

Dan 7 Ogos menjadi saksi apabila pengikut Jupe di laman Twitter-nya telahpun mencapai 1 juta. Aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai pengguna lalulintas, namun tiada kemalangan dilaporkan.

Walaubagaimanapun, Jupe turut memberitahu dia merasa malu untuk melakukan perkara itu namun dia harus mengotakan janjinya agak tidak dianggap penipu oleh peminatnya.

“Saya nggak mau dibilang bohong. Takut saya dibilang sarap.”


p/s : Apa nak jadi la... ish3.. 

Sumber : here
Read More.. "WTF : Aksi Julia Perez Selepas Balik Dari Umrah (Gambar)"

Serius : KL Monorel Terkandas, Penumpang Diselamatkan Menggunakan Skylift (4 Gambar)


Berikut merupakan gambar-gambar ketika penumpang diselamatkan dari sebuah monorel yang terkands di Brickfields. 

Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift. Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah.

Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil. Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.




Sumber : here
Read More.. "Serius : KL Monorel Terkandas, Penumpang Diselamatkan Menggunakan Skylift (4 Gambar)"

Superb : [Video] Persembahan "Horizontal Bar" Terhebat Di Olimpik London


Aku rasa ni lah persembahan Horizontal Bar yang paling superb yang aku pernah tengok. No wonder la atlit Dutch ni menang emas. Salute to Epke Zonlander!!


Sumber : Here
Read More.. "Superb : [Video] Persembahan "Horizontal Bar" Terhebat Di Olimpik London"

Lawak : Iklan Jawatan Kosong Yang Sangat #Shit (Gambar)

Iklan Jawatan Kosong Yang Sangat #Shit.
Bila anda #Shit, anda akan dibayar..


Read More.. "Lawak : Iklan Jawatan Kosong Yang Sangat #Shit (Gambar)"

Cool : Infographic Menarik Menggunakan "Olympic Rings" (13 Gambar)

Berikut merupakan infographic rekaan Gustavo Sousa yang menggunakan gelung pada logo Olimpik sebagai statistik data. Warna gelung yang berlainan mewakili setiap benua di dunia ini. (Biru : Oceania, Hitam : Eropah, Merah : Amerika, Kuning : Afrika, Hijau : Asia)















Sumber : here
Read More.. "Cool : Infographic Menarik Menggunakan "Olympic Rings" (13 Gambar)"

Serius : Masjid Yang Dibina Oleh Makhluk Ghaib (5 Gambar)


Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.





p/s : Wallahualam.. 

Sumber : here
Read More.. "Serius : Masjid Yang Dibina Oleh Makhluk Ghaib (5 Gambar)"

Cool : Kelantan Cipta Sejarah, 6000 Rakyat Qiamullai Bersama Sultan


Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin.Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama rakyat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada program tersebut juga Tuanku perkenan menyampaikan zakat RM200 seorang kepada 1,433 asnaf seluruh negeri ini dan pada jam 11 malam, tazkirah diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.Pegawai MBOR, Zuhairi Mohammad Zain berkata, pengiktirafan itu diberikan kerana program itu mencapai jumlah sasaran dan syarat minimum yang ditetapkan MBOR iaitu minimum 5,000 peserta.

“Program seperti ini pertama kali dianjurkan di negara ini dan Kelantan satu-satunya negeri yang melakukan Qiamulai secara besar-besaran yang membabitkan penyertaan yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Zuhairi berkata, penganjuran program seumpama itu dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan di negara ini sekali gus menghidupkan semangat untuk berqiamulai.
“Pelbagai rekod bersifat keagamaan dicatat sebelum ini iaitu membaca al-Quran dalam tempoh yang lama iaitu 100 jam, begitu juga agama lain kita akan bagi pengiktirafan sekiranya ingin melakukan aktiviti untuk mencipta rekod,” katanya.

Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Feissal berkata, program tersebut anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, bersama Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.Beliau berkata, anjuran seperti program sedemikian merupakan satu langkah baik untuk mengeratkan silaturahim antara Kerabat Di Raja Kelantan dengan rakyat setempat.

p/s : berita pasal ni kompem tak masuk dalam TV3 atau berita harian atau Utusan.. ke dah ade? hehe.. aku tak tau sebab aku mmg tak tgk berita lgsg dh now.. buang masa je..

Sumber : here
Read More.. "Cool : Kelantan Cipta Sejarah, 6000 Rakyat Qiamullai Bersama Sultan"

Serius : Kapal Terbang Rosak Tetapi Tetap Terbang Di Alaska (3 Gambar)

Kapal Terbang Rosak Tetapi Tetap Terbang Di Alaska.
Apa perasan anda kalau penumpang itu adalah anda.
Seorang penumpang kapal terbang Alaska airlines terlihat keluar dari tingkap dan ternampak salah satu sayap kapal terbang rosak. Yang peliknya, bahagian rosak itu ditulis pula 'We Know About it' oleh pengurusan syarikat itu. Mereka tahu mengenai kerosakkan ini dan kapal ini tetap diterbangkan dari Alaska ke Seattle. 

Read More.. "Serius : Kapal Terbang Rosak Tetapi Tetap Terbang Di Alaska (3 Gambar)"

WTF : Shiba Inu Plump Booty Curry - Hidangan Pelik Di Jepun (5 Gambar)

Shiba Inu Plump Booty Curry - Hidangan Pelik Di Jepun.
Yang pelik pun apa yang terkandung tetapi cara penyampaian makanan ini. Lepas tengok pun tak selera nak makan. Lawak ada juga la. 





Read More.. "WTF : Shiba Inu Plump Booty Curry - Hidangan Pelik Di Jepun (5 Gambar)"

Cool : Filem Kill Bill - Behind The Scene Adegan Pertarungan (10 Gambar)

Filem Kill Bill - Behind The Scene Adegan Pertengkaran.
Ingat tak filem ini? Dalam satu adegan di mana kill bill ini masuk dan membunuh hampir semua orang dan darah terpercik ke sini sana seperti filem Jepun. Macam mana mereka rakamkan adegan filem ini? Cuba tengok apa mereka lakukan..

Read More.. "Cool : Filem Kill Bill - Behind The Scene Adegan Pertarungan (10 Gambar)"

Friday, 10 August 2012

Sedih : [Video] Iklan Raya Yang Menitiskan Air Mata


Bagi aku, inilah antara iklan raya yang terbaik penah aku tengok.. Memang sedih.. salute to Bernas yang telah menghasilkan iklan yang sangat-sangat berkualiti macam ni.. Sila sediakan tisu yer..


p/s : Budak-budak sekarang nangis sebab takde baju raya. Diorang ni tetap tabah even dah takde mak ayah.. Sapa yang menitik air mata tu sila komen..

Sumber : here
Read More.. "Sedih : [Video] Iklan Raya Yang Menitiskan Air Mata"

Horror : Sila Berhati-Hati Ketika Minum Di Kedai (5 Gambar)

Sila berhati-hati jika korang suka lepak minum2 kat kedai makan terutama di Thailand.. Silap-silap kene bunuh macam mamat kat bawah ni.Samseng tidak mengenal tempat dan waktu.. 






p/s : Benda-benda macam ni memang selalu berlaku kat Thailand..  

Sumber : Here

Read More.. "Horror : Sila Berhati-Hati Ketika Minum Di Kedai (5 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...