Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 8 May 2013

WTF : Cuba Teka Apakah Sebenarnya Maskot "Mr Balls" Ini? (8 Gambar)


Mr. Balls merupakan maskot yang direka oleh organisasi non-profit di Brazil AAPEC yang menyediakan bantuan untuk penghidap kanser. Organisasi itu mendapat idea untuk menhasilkan maskot tersebut bagi menyedarkan orang ramai mengenai kanser testicular.


p/s : Buruk bebenor ghupenye... LOL.. 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Cuba Teka Apakah Sebenarnya Maskot "Mr Balls" Ini? (8 Gambar)"

Info : Penempatan 40,000 Sami Buddha Di Akademi Buddha Larung Gar, Tibet (13 Gambar)


Larung Gar Buddhist Academy yang juga dikenali sebagai Serthar Buddhist Institute yang terletak di Lembah Larung merupakan salah sebuah akademi Buddha terbesar di dunia. Akademi ini dibina pada tahun 1980 yang terletak setinggi 4000 meter dan sejauh 15km dari bandar Sertae, Tibet. Kawasan tersebut merupakan kawasan terpencil yang tiada orang diami pada awalnya. Namun setelah akademi itu dibuka, kini ia telah menjadi salah sebuah daripada akademi yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia. Pada masa sekarang, ia didiami oleh lebih 40,000 orang sami Buddha, rahib dan pelajar. 


Sumber : Here
Read More.. "Info : Penempatan 40,000 Sami Buddha Di Akademi Buddha Larung Gar, Tibet (13 Gambar)"

Info : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan? (4 Gambar)


Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnya didedahkan.

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.

Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.



Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.

Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata

    "This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,"


Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?

    "We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick," Dietl said. "We put in motion sensors also CCTV that's hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you'll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that's what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it."

Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.

Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.


p/s : Kelantan Fried Chicken lagi sodap.... 

Sumber : Here
Read More.. "Info : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan? (4 Gambar)"

Serius : "Bima Satria Garuda", Satria Baja Hitam Versi Indonesia


Bima Satria Garuda merupakan satu watak superhero Indonesia yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat Jepun. Bima Satria Garuda ini seolah-olah watak superhero terkenal Jepun satu masa dahulu iaitu Satria Baja Hitam. Syarikat permainan terkenal Jepun, Bandai juga telah bersetuju untuk menghasilkan patung mainan Bima Satria Garuda untuk pasaran antarabangsa. 


p/s : Kita ada jugak dulu.. Chempiang... budak2 80an mesti tau... hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : "Bima Satria Garuda", Satria Baja Hitam Versi Indonesia"

Serius : [Video] Kenapa Wanita Ini Menangis?


Sukar untuk menerima kekalahan seorang pemimpin yang berjasa kepada rakyatnya. Namun itulah yang harus ditempuhi. Kalah menang adat perlawanan, tak semestinya kita akan berada di atas selama-lamanya, pemikiran rakyat akan sentiasa silih berganti. Walauapapun, luahan hati adik ni kepada ketua menterinya memang sedih, bagi kami kalau sayang sangat kat Pak Ali, doakanlah agar beliau dan keluarganya sentiasa dirahmati Allah SWT. aminnn.

Sori ayat skema.. nak kutuk, tapi tak sampai hati.. 


p/s : hingus beb.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : [Video] Kenapa Wanita Ini Menangis? "

Tuesday, 7 May 2013

Cool : [Video] Justin Bieber Diserang Ketika Konsert Di Dubai


Jom tengok Justin Bieber kena 'serang' ketika konsert di Dubai. Hoho.. Diharap piano tu selamat. Kesian tengok piano tu jatuh.. Hmmm... 


p/s : lip sync... fail... 

Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] Justin Bieber Diserang Ketika Konsert Di Dubai "

Amazing : [Video] NeverWet, Spray Untuk Membuatkan Permukaan Kalis Air


Satu spray yang dihasilkan dari silikon telah dicipta untuk menghasilkan permukaan yang kalis air. NeverWet atau dikenali sebagai Superhydrophobic bertindak menghalang air dan cecair lain dari membasahi permukaannya. Spray ini juga dapat digunakan pada kasut dan telefon bimbit untuk membuatkannya kalis air.


p/s : Spray kat badan, boleh jalan atas air..  LOL.. 

Sumber : Here
Read More.. "Amazing : [Video] NeverWet, Spray Untuk Membuatkan Permukaan Kalis Air "

Cool : Biarkan "Punggung" Anda Bernyala Ketika Menunggang Basikal (7 Gambar)


Light Skin LED ialah suatu ciptaan yang dapat menambahkan keselamtan penunggang basikal terutama pada waktu malam. Lampu LED ini dipasang pada batang tempat duduk dan mampu bertahan selama 50 jam dengan hanya menggunakan 2 biji bateri AA. 


p/s : Cool.. 

Sumber : Here


Read More.. "Cool : Biarkan "Punggung" Anda Bernyala Ketika Menunggang Basikal (7 Gambar)"

Sedih : Keadaan Masjid Umayyad Yang Dimusnahkan Tentera Bashar Al-Assad (6 Gambar)


ALEPPO - Menara Masjid Umayyad dibina pada kurun ke-8 dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco di Aleppo musnah teruk selepas terkena bedilan mortar ketika pertempuran Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan Syria.

Media tempatan melaporkan, masjid itu adalah sasaran tentera rejim Bashar Al-Assad selepas mendakwa, tentera pembebasan menjadikan kawasan itu sebagai markas dan kubu kuat mereka.

"Bedilan itu dipercayai dilakukan tentera sayap FSA dari puak Jabhat al-Nusra. Namun, kumpulan itu menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa tentera rejim sengaja mahu memusnahkan masjid yang menjadi kawasan tumpuan penduduk Syria," menurut laporan itu.


p/s : Bila la rejim Basyar ni nak hancur.. 

Sumber : Here
Read More.. "Sedih : Keadaan Masjid Umayyad Yang Dimusnahkan Tentera Bashar Al-Assad (6 Gambar)"

Review : "Kisah Cinta Nasi Lemak 2013", Blog Terbaik Untuk Kaki Baca Blog (6 Gambar)



Kali ni pihak ASG nak review sebuah blog mantap, lawak, terbaik dan berdaya maju (ayat skema) untuk korang.. Blog ni dinamakan Kisah Cinta Nasi Lemak 2013. Boleh klik link kat atas kalau korang malas baca review ni. Boleh trus pegi je dekat blog tu. 

Apa yang best sangat blog ni??? 

1. Lawak beb.. 

2. Penuh informasi hangat, auta, fakta, kata-kata keras dan idea luar jangkaan.. 

3. Cerita- cerita panas lagi menggelegak

4. Cerita pengalaman penulis sendiri (tak dapat dari blog lain beb) 

5. Aku sendiri baca pun terhibur beb... tak caye? Leh singgah sendiri.. 


Jom tengok skit luahan penulis blog mengenai blog beliau... 


Antara entri-entri hangat yang korang mesti baca.. 


 

Tajuk pun dah gempak beb... Tu yang penting... tapi isi dia pun terbaik bro... 

Ni ada lagi yang hangat-hangat taik ayam... eh.. HANGAT!! 


Mungkin ada antara korang yang tak suka baca blog macam ni. Ada yang suka baca blog ASG semata-mata... hehe... tapi apa salahnya jika try kan? Singgah ler kejap kat blog Kisah Cinta Nasi Lemak 2013 ni... 

Ni bukan blog baru beb.. dah lama actually... Follower pun dah beribu beb... So, terbukti ramai orang suka baca... 


Aku puji blog ni bukan sebab dia bayar je... Tapi memang betul.. Korang bleh layan la blog ni.. Letak bookmark sebelah ASG kat toolbar korang tu.. hehe.. 

So, kata-kata terakhir, banyak blog-blog yang menarik dalam internet ni. Disebabkan terlalu banyak la kita jarang jumpa blog yang betul-betul sesuai dengan citarasa kita. Mungkin blog ni sesuai dengan citarasa korang.. Penuh kontroversi... 

So apa tunggu lagi??? Klik link blog kat bawah ni.... TERBAEK!!! 

Read More.. "Review : "Kisah Cinta Nasi Lemak 2013", Blog Terbaik Untuk Kaki Baca Blog (6 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...