Siapa yang
tak kenal dengan penyanyi ber-imej pelik, Lady Gaga ni kan..Kalau dah
pelik tu, sampai nak cipta produk pun jadi yang pelik-pelik..Aku tak
kisah sangat dengan idea penyanyi nak cipta produk perfume sendiri, tapi
aroma perfume tu pun dah semacam ja..Agak-agak korang la, macam mana
perfume bau sperma ni ekk? Apa pun, meh terjah cerita kat bawah ni
dulu..
Mungkin ada
sesetengah orang yang tertunggu-tunggu akan perfume terbaru Lady Gaga
yang dikatakan mempunyai aroma sperma dan darah. Setelah aroma perfume
yang aneh tersebut dibocorkan, baru-baru ini penyanyi yang terkenal
dengan lagu 'You and I' itu mendedahkan botol perfume jenamanya.
Penyanyi tersebut
mem-posting botol perfume terbarunya di Twitter. Penyanyi 26 tahun itu
terpaksa mendedahkan rekaan perfumenya, setelah majalah Flare
membocorkan maklumat mengenai reka bentuk botol perfume bernama 'Fame'
itu.
"Looks like
photos of my perfume are being leaked. Oh you fashion editors, I could
just crinkle my hands at you!" tulis Lady Gaga di Twitter miliknya
sambil mem-posting jenama perfumenya.
Gaga berasa
terkilan dengan sikap editor dari majalah tersebut yang telah
membocorkan maklumat mengenai perfumenya itu. Perbuatan 'jahil' si
wartawan tersebut telah membuat Gaga mengambil tindakan dengan
mendedahkan produk perfumenya ke seluruh dunia melalui Twitter.
Kemasan botol
perfume yang telah lama di tunggu-tunggu itu di dominasi dengan warna
ungu dan emas. Warna emas terdapat pada penutup botolnya yang berbentuk
seperti prisma.
Gaga juga telah
mendedahkan beberapa perkara tentang perfumenya. Penyanyi yang mendapat
jolokan 'Mother Monster' oleh para peminatnya itu menjelaskan bahawa
perfume pertamanya itu khusus untuk golongan wanita.
"My perfume was designed for women, but a lot of my gay friends wear it," tulis Gaga lagi.
Walaupun Gaga
menyebut perfumenya beraroma seperti sperma dan darah, sebenarnya
perfume tersebut tidak diperbuat dengan bahan-bahan yang menjijikkan
itu.
Jika dilihat dari
kandungan yang ada di belakang kotak botol perfumenya, ia hanya
diperbuat daripada bahan-bahan dengan nama yang cukup aneh seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea with a black veil of incense, pulverized apricot dan the combinative essences of saffron and honey drops.
p\s : Pakai one drop sudah..
Read More.. "OMG : Perfume Lady Gaga Mempunyai Bau Seperti Sperma? (3 Gambar)"