Kongsikan Entri Kami

Thursday, 2 January 2014

Serius : Fesyen Pakaian Kerja McDonald Di Taiwan Yang Lain Daripada Lain (10 Gambar)

Fesyen Pakaian Kerja McDonald Di Taiwan Yang Lain Daripada Lain.
McDonald's di Taiwan bukan sahaja menarik perhatian orang ramai dengan makanannya tetapi juga dengan fesyen yang dipraktikkan di negara itu. 



Read More.. "Serius : Fesyen Pakaian Kerja McDonald Di Taiwan Yang Lain Daripada Lain (10 Gambar)"

Serius : Baobab Bar Di Dalam Pokok Yang Berusia 6,000 Tahun (8 Gambar)

Baobab Bar Di Dalam Pokok Yang Berusia 6,000 Tahun.
Apabila pokok ini semakin berusia, tengahnya akan menghasilkan satu ruangan yang semakin hari semakin kosong. Jadi, pokok Baobab yang berusia 6,000 tahun ini mempunyai ruangan yang cukup untuk menghasilkan satu bar pokok yang kini dimiliki oleh Doug dan Heather Van Heerden. Bar pokok ini mampu menampung sehingga 15 orang pada satu masa.  

Read More.. "Serius : Baobab Bar Di Dalam Pokok Yang Berusia 6,000 Tahun (8 Gambar)"

OMG : Atlit UFC, Anderson Silva Terpatah Kakinya Semasa Perlawanan (6 Gambar)

Atlit UFC, Anderson Silva Terpatah Kakinya Semasa Perlawanan.
Ini adalah gambar detik kakinya terpatah semasa menyepak lawannya dalam gelanggang. Memang kakinya sangat kecil dan ini mungkin salah satu sebabnya. Rasanya kecederaan ini bakal menutup kariernya sebagai atlit UFC.

Read More.. "OMG : Atlit UFC, Anderson Silva Terpatah Kakinya Semasa Perlawanan (6 Gambar)"

Tuesday, 31 December 2013

Cool : [Video] "Silic", T Shirt Kalis Air Dan Mampu Bersih Dengan Sendirinya


Pakaian unik ini merupakan projek yang diusahakan oleh KickStarter dan diberi nama sebagai 'Silic T-shirt'. Ia direka kerana pada setiap hari, pakaian yang sering dipakai sering terdedah kepada pelbagai keadaan yang mampu merosakkan fabrik. Ancaman terbesar sering datang dalam bentuk benda yang kita makan dan minum. Oleh itu, Silic mampu mengekalkan anda sentiasa bersih.

Pakaian ini juga diperbuat dari bahan istimewa iaitu Hydrophobic Nanotechnology yang memberikan ia kesan kalis air dan sentiasa bersih. Sekiranya anda berpeluh, ia akan menyejat dengan sendirinya ke udara dan tidak diserap oleh pakaian. Pakaian ini boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan hitam.



Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] "Silic", T Shirt Kalis Air Dan Mampu Bersih Dengan Sendirinya "

Seram : Pantai Kaupoa Di Hawaii Paling Berhantu Di AS (4 Gambar)


Kaupoa - Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang selalu mempesona mata . Tapi siapa sangka , kepulauan di AS juga punya pantai sepi , tak berpenghuni , dan ... berhantu .

Adalah Kaupoa di Pulau Molokai , nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii . Tidak seperti pantai lain di Hawaii , pantai ini sepi pengunjung . Hanya ombak , pasir dan semilir angin yang mengisi Kaupoa.

Dari Huffington Post , Jumaat ( 27/12/2013 ) bukan tanpa alasan tempat ini begitu sepi pengunjung . Cerita mistik berada di balik itu semua . Pada awalnya , Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung, ramai pelancong yang menghabiskan masa bercuti dengan berjemur di bawah sinar matahari .

Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak . Sebuah ayunan yang tak dinaiki bergoyang sendiri . Tak sekali , buaian tua ini bergoyang berkali - kali dan kencang seperti buaian yang diduduki orang .


Mereka mencari hidup di kampung ini melalui memancing ikan . Terdapat kuil dan bekas ladang di sana. Hingga pada akhirnya , kumpulan ini meninggal dan dikebumikan di situ.

Pada tahun 1800 , Pantai Kaupoa pun kosong sehinggalah pada tahun 1990an rumah penginapan dibina di sini untuk menarik pengunjung . Namun , dengan alasan yang sama , yakni berhantu , tak ada pengunjung yang betah berlama - lama di sana .

Suasana pantai juga cukup mencengkam . Banyak bangunan lama mengisi pantai . Deretan batang pokok kelapa tanpa daun di bahagian atas menambah kesan seram pantai .



Sumber : Here
Read More.. "Seram : Pantai Kaupoa Di Hawaii Paling Berhantu Di AS (4 Gambar)"

OMG : Lelaki Baru Kahwin Tak Sempat Merasa Malam Pertama (Gambar)


GAYO LUES (Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya.

Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng. Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa.

“Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,” kata Asrijul.

Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.

“Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu,” kata Asrijul.

Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental.

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Lelaki Baru Kahwin Tak Sempat Merasa Malam Pertama (Gambar)"

Monday, 30 December 2013

Kejam : [Video] Suami Jahanam Kerat Hidung Dan Bibir Isterinya


HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah. Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya. Beliau juga dibelasah dengan teruk sebelum dikerat hidung dan bibir.

"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.

Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.


Sumber : Here
Read More.. "Kejam : [Video] Suami Jahanam Kerat Hidung Dan Bibir Isterinya "

OMG : Lelaki Guna Jarum Bunuh Bayi Berusia 2 Bulan (2 Gambar)


BEIJING: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh anak perempuannya. Mahkamah di Heilongjiang mendapati Yin Zhihe bersalah atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya berusia dua bulan dengan mencucuk jarum jahit ke tubuh bayi itu, lapor agensi berita Xinhua.

Yin dipercayai cuba membunuh bayi itu kerana mengesyaki mangsa bukan anaknya. Yin mencucuk jarum ke sangkar rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu. Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan.


Bagaimanapun, Yin mencucuk tiga lagi jarum di dada, pusat dan perut bayi itu. Kesemua jarum berkenaan dicabut menerusi pembedahan tetapi menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan pada organ bayi malang itu. Mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Yin kerana dia menyerah diri kepada polis, manakala bayinya terselamat.

Sementara itu, ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung kepada bayi perempuan terbabit.

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Lelaki Guna Jarum Bunuh Bayi Berusia 2 Bulan (2 Gambar)"

WTF : Catarina Migliorini Lanjut Tempoh Lelong Dara (4 Gambar)


RIO DE JANEIRO: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.
Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com. Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya.

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Catarina Migliorini Lanjut Tempoh Lelong Dara (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...