Malam tadi, telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara negeri Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam. MisterBiawak Evans telah memuat naik status yang ‘angkuh’ di laman Facebooknya.
Katanya, sekiranya negeri Kelantan kalah dalam pertembungan dua
negeri itu, dia akan serta-merta berbogel di hadapan pusat beli-belah
terkenal negara, Pavilion, Kuala Lumpur.
“kalau kelantan menang..aku post gambar aku bogel depan pavi !!!!”
Dan ternyata, pertembungan semalam telah berpihak kepada negeri
Kelantan apabila mereka mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia
dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0
Persoalan sekarang ini, ke mana hilangnya MisteriBiawak Evans? Ramai pihak sekarang ini sudah pun mencari individu yang berniat untuk berbogel secara terang-terangan.
Hinggakan, ada pihak-pihak tertentu telah pun membuka akaun Facebook meminta si MisterBiawak Evans menunaikan janjinya. Mana nak cari dia ni?
p/s : Biawak oh biawak...
sumber : here