Saturday, 21 April 2012

Cool : [Video] Skuter Domino's Pizza Yang Comel Di Holland


Ape yang comel pasal skuter ni? Dia dapat keluarkan bunyi beb.. Hehe.. Malu gler la kalau aku yang bawak skuter ni.. Suaran manusia telah dimasukkan di dalam skuter elektrik ni untuk menambahkan visibility skuter ni kepada orang awam. Jom layan video..


p/s ; Style gak.. Kalau la kat Malaysia ada jugak kan best..

Sumber : Here

Cun : [Video] Kan Cantik Kalau Semua Artis Bertudung Macam Ni..


Saje je nak share lagu nasyid lama ni.. Kan cantik kalau diorang ni memang btol-btol bertudung macam ni..


p/s : Sedap lagu ni.. sejuk hati mendengarnye.. 

Sumber : Here


Lawak : Apabila Isu PTPTN Di"Komik"kan (Gambar)

Jom baca komik pulak sekali-sekalaa..Layan~




p/s : Hehe.. Sekadar hiburan..

Sumber : Here



Info : Senarai Negara Yang Memberi Pendidikan Percuma


Banyak negara di dunia memberi free education. Jom kita tengok beberapa contoh negara di dunia yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.

1- Pendidikan Percuma di Brunei

2- Pendidikan Percuma di Argentina

3- Pendidikan percuma di Finland

4- Pendidikan Percuma di Norway

5- Pendidikan Percuma di Jerman


p/s : Fikir-fikirkan lah... Anyway.. suara operator negara Argentina memang sweet giler.. jatuh cinta beb.. Hehe

Sumber : Here

Insaf : [Video] Solat Terakhir Seorang Syuhada' Sebelum Ajal


Apabila menonton video ini, rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat. Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar. Semuga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.


p/s : Insaflah wahai teman.. 

Sumber : MA



OMG : [Video] Amaran Kepada Sesiapa Yang Suka Meletakkan Kepala Di Luar Tingkap Kenderaan


Jom kita tengok video akibat meletakkan kepala di luar tingkap bas.. Sila hati-hati bagi yang suka buat macam ni untuk mendapat udara segar terutamanya kanak-kanak. Malang tidak berbau..


p/s :pergh...

Sumber : Here



Friday, 20 April 2012

Cool : "Tentsile", Khemah Yang Tergantung Di Pokok (10 Gambar)

Tentsile ialah sebuah khemah yang menggabungkan khemah dan hammock. Khemah ini didirikan dengan menggantung khemah pada 3 batang pokok dan ia dapat menampung sehingga 12 orang penghuni. Hebat tak? 


p/s : Macam best je khemah ni..

Sumber : Here

Pelik : "Hawaii Kohana Cat", Spesis Kucing Yang Tiada Bulu (5 Gambar)

Kucing yang tiada bulu ini dikenali sebagai Hawaiian Hairless atau kucing Kohana adalah spesisi yang rare kerana kekurangan hair folicles. Spesis kucing ini dikatakan berasal dari genetik kucing spesis Canadian Sphynx.  Jom kita tengok gambar kucing ni. 






p/s : Kesian pulak tengok kat kucing ni.

Sumber : Here




WTF : Lagi Produk Palsu Dari China - Hard Disk Western Digital (4 Gambar)

Lagi Produk Palsu Dari China - Hard Disk Western Digita..
Cuba tengok apa di dalamnya..



WTF : Cara Pelik Untuk Menghalang Remote Control Daripada Habuk (3 Gambar)

Cara Pelik Untuk Menghalang Remote Control Daripada Habuk
Kenapa pelik? Kerana cara ini menggunakan kondom.




WTF : Akhirnya Kristen Stewart Menunjukkan Sedikit Perasaan (2 Gambar)

Akhirnya Kristen Stewart Menunjukkan Sedikit Perasaan
Gadis yang 'cun' dari Twilight ini terkenal bukan kerana lakonannya tetapi kerana mukanya yang tak mempunyai perasaan. Tetapi semalam akhirnya dia menunjukkan perasaan dengan menuding jari tengah kepada paparazi.
p/s: macam inilah kelakuan mereka apabila dah terkenal. 




OMG : Zara Shafruddin, Gadis Melayu P. Pinang Berkahwin Di Gereja Sydney

Zara Shafruddin, Gadis Melayu P. Pinang Berkahwin Di Gereja Sydney
Nicholas Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27. Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.
Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010. 
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
"Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah dan baik hati, saya tahu saya telah menemui pasangan jiwa saya kepadanya," kata Zara Shafruddin. 
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.
Siapa Zara Shafruddin Sebenarnya?
Gadis ini berasal dari Pulau Pinang (seperti yang dinyatakan dalam Facebooknya. 
Berikut adalah pendidikannya : (Memang sangat pandai)
Jerudong International School (Brunei)

2006: 
* Grand Finalist - GULS Junior Moot Competition
Activities and Societies: Griffith University Law Society
2007: 
*Semi-Finalist: GULS Junior Negotiations Competition
* Winner: Clayton Utz Senior Negotiations Competition
* Winner: Griffith PLT Senior Client-Interview Competition
2008: 
* Griffith University Award for Academic Excellence (placed in top 5% of Griffith University Students)
2009:
* National Quarter Finalist: AAT Moot Competition.
2010
Griffith University
Bachelor of Law (LLB, Hons) / Bachelor of Commerce (BCom),Banking & Finance
*Grade: Law GPA 6.01 (scale 1-7; 7 highest)
*Griffith University Award for Academic Excellence (placed in top 5% of Griffith University Students).
*Eighth Finalist in the Oral Arguments, Awarded an Honorable Mention in the Martin Domke Award Category and Placed 2nd (out of 253 teams) in Overall General Round Scores - 17th Willem C. Vis International Commercial Arbitration Moot, Vienna.
*Supported and Accompanied the Griffith University Team at the 7th Willem C. Vis International Commercial Arbitration Moot, Hong Kong.
2011
College of Law (NSW)
Graduate Diploma of Legal Practice
Kini, Zara adalah seorang peguam di Clayton Utz

Gambar Perkahwinan Nicholas Dan juga Zara di Gereja



Renungan : Kenapa Jasad Firaun Masih Terpelihara Hingga Kini?


Mari baca kisah seorang saintis Perancis memeluk Islam setelah mengkaji penemuan mayat Firaun pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sumber : Here

Cool : Ciptaan Terbaru, Gitar Boleh Lipat (8 Gambar)

This is cool. Masalah utama bila membawa guitar kemana-mana ialah ianya terlalu panjang. Gutar dibawah ini mempunyai neck yang boleh dilpat kedalam badan dan seterusnya memudahkan ianya dibawa kemana-mana. Cool stuff. Ianya direka oleh Shlomi Daniel dan Uri Nir






OMG : Majlis Perkahwinan Katak Di Assam, India (5 Gambar)

Majlis perkahwinan antara katak ini telah dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka, apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan) akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das kepada suratkhabar 'The Hindu'.


Perkahwinan antara katak tersebut iaitu - katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali (bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada "pengantin".
Pasangan "pengantin" tersebut telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".


Seorang jurucakap tempatan berkata, "Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".





p/s : lain tempat lain adatnya... 
Sumber : Here




Thursday, 19 April 2012

WTF : [Video] Melayu Mengaku Makan Babi Di Pulau Pinang?


Tengah layan video kat Youtube, tetibe aku terbukak satu video ni. Ape kene dengan pakcik ni? Apakah agenda disebalik ceramah pakcik ni? Jom kita sama-sama tengok dan bincangkan di ruangan komen.


Sumber : Here



WTF : Lelaki OKU Dipenjara Liwat Bapa Saudara & Adik


KLANG – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan dan 10 tahun, bulan lepas.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lepas.

Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 23 Mac lepas.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan seorang yang lembam telah memanggil bapa saudaranya masuk ke dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam bilik sama.

Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.

Tertuduh kemudian meminta bapa saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula. – BERNAMA

p/s : Dunia dah nak kiamat.. 

Sumber : Here

WTF : Suami Malaysia Akan 'Lemas' Kalau Isteri Guna Produk Ini (Gambar)

Suami Malaysia Akan 'Lemas' Kalau Isteri Guna Produk Ini..
Apakah prosuk dan iklan macam ini? Selain itu, ayat yang digunakan pun terlampau kurang sesuai. 
Ini patut disiasat dan  segera diambil tindakan. Kalau tak, makin banyak pula iklan macam ini di dalam majalah.


Cool : Bagaimana Filem 'Titanic' Patut Diakhiri Untuk Jack Dan Rose? (5 Gambar)

Bagaimana Filem 'Titanic' Patut Diakhiri Untuk Jack Dan Rose?
Kalau macam ini, mereka dua dapat hidup sampai tua.