Sebuah projek SGL Projekt yang dipanggil Stork Nest Farm adalah satu sarang burung gergasi tetapi berfungsi sebagai tempat latihan sukan equestrian di Prague. Tinggi arena ini adalah 12.5 dan diameter berukuran dalam 34 meter. Selain itu, di tepi arena ini juga terdapat tanah lapang berpasir yang sesuai untuk peminat sukan berkuda ini.
Kongsikan Entri Kami
Saturday, 4 February 2012
Cool : Stork Nest, Sarang Burung Gergasi Untuk Arena Sukan Equestrian Prague (11 Gambar)
Labels:
stress cool
OMG : Laluan Zebra di Shaanxi Yang Tidak Bersambung dan Mengelirukan (4 Gambar)
Laluan Zebra di Shaanxi Yang Tidak Bersambung dan mengelirukan pejalan kaki. Apa perasaan anda apabila anda menyedari laluan zebra terputus di tengah jalan?
via : china
Labels:
stress OMG
Genius : Lelaki Ini Telah Menjadi 'Hero' Dalam Majlis Perkahwinan (4 Gambar)
Lelaki Ini Telah Menjadi 'Hero' Dalam Majlis Perkahwinan
Lelaki ini telah membuat ramai gadis sama-sama #foreveralone.
Labels:
stress genius
WTF : [Video] Beromen Di Tempat Terbuka Ketika Menyaksikan Lumba Kuda
Inilah yang terjadi pada akhir zaman dimana manusia menjadi semakin tidak bermoral. Jangan ditiru aksi ini. Memang WTF!!
Sumber : Here
Labels:
stress WTF
Horror : Lelaki Bunuh Dan Makan Otak Mangsanya (4 Gambar)
Dengan tangan digari, Tyree Lincoln Smith berdiri dengan tenang ketika dirinya didakwa dengan kes pembunuhan di mahkamah Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Smith membunuh Angel Gonzalez dan lebih kejam lagi, lelaki berumur 35 tahun itu memakan otak dan mata mangsa.
Seperti dilaporkan oleh Telegraph, Khamis (2/2/2012), pendakwa raya Donald Collimore mendesak hakim untuk memberikan hukuman seberat-beratnya kepada Smith atas kekejaman yang dilakukannya.
Talitcha Frazier, adik ipar mangsa, mengatakan dirinya bertemu dengan Smith di jalan. "Saya fikir ketika itu saya cakap padanya untuk mencari pekerjaan. Saya tidak tahu kalau dia telah membunuh ipar saya," kata Frasier setelah selesai perbicaraan.
Smith menarik perhatian pihak berkuasa setelah sepupunya menghubungi polis tentang pembunuhan Gonzales. Menurut sepupu Smith, pesalah datang ke rumahnya pada tarikh 15 Disember 2011 dan mengatakan dirinya ingin melumuri tangannya dengan darah. Setelah itu dia pergi ke rumah kosong yang dulu pernah didudukinya..
Menurut dokumen mahkamah, keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah memenuhi tangan, seluar dan kapaknya.
Talitcha Frazier, adik ipar mangsa, mengatakan dirinya bertemu dengan Smith di jalan. "Saya fikir ketika itu saya cakap padanya untuk mencari pekerjaan. Saya tidak tahu kalau dia telah membunuh ipar saya," kata Frasier setelah selesai perbicaraan.
Smith menarik perhatian pihak berkuasa setelah sepupunya menghubungi polis tentang pembunuhan Gonzales. Menurut sepupu Smith, pesalah datang ke rumahnya pada tarikh 15 Disember 2011 dan mengatakan dirinya ingin melumuri tangannya dengan darah. Setelah itu dia pergi ke rumah kosong yang dulu pernah didudukinya..
Menurut dokumen mahkamah, keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah memenuhi tangan, seluar dan kapaknya.
Sepupunya mengatakan bahawa Smith menceritakan bahawa dia sedang tidur di beranda rumah kosong tersebut ketika dirinya dibangunkan oleh seorang lelaki. Smith pun mengaku memukul wajah dan kepala lelaki itu dengan kapak. Dia juga mengaku mengambil satu mata mangsa dan sebahagian otaknya lalu memakannya di tempat kejadian
Sepupu Smith kemudian menelefon ibu Smith yang menyarankan polis untuk memeriksa rumah kosong tersebut. Ibu Smith pun mengesahkan bahawa anaknya itu mempunyai masalah psikologi.
Labels:
Stress Horror
Panas : Gosip Terbaru Apex Ialah Satu Fitnah?
KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama
penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya
Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan
kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama
Leuniey.
Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali
pertunangan mereka putus sekaligus menafikan dakwaan pemilik laman
Twitter yang dikenali dengan nama akaun @MahSiH2 yang disiarkan semalam.
Dengan pengakuan tersebut, bekas tunangan Leuniey yang enggan
disiarkan namanya itu merayu agar isu tersebut dihentikan dan tidak
diperbesar-besarkan lagi.
“Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu
rakan dan harap ia tidak diperbesarkan,” katanya yang dipetik dari
Harian Metro, hari ini.
Selain itu, bekas tunang Leuniey itu juga menafikan dirinya mempunyai
sebarang kaitan dengan pemilik akaun Twitter, @MahSiH2, yang dikatakan
bertanggungjawab sepenuhnya menyebarkan berita fitnah tersebut.
“Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar
sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga
terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya
tidak menyimpannya sebaik putus tunang,” katanya lagi.
Pemilik akaun Twitter @MahSiH2 semalam menghuru-harakan dunia
internet negara apabila mendakwa Apex menjadi punca putus tunang Leuniey
dan ikon bola sepak negara yang diminati ramai itu telah putus hubungan
‘istimewa’nya dengan Dahlia Teck.
Selain itu, @MahSiH2 juga mendakwa Apex kini berpacaran dengan
Leuniey, seorang gadis yang dikatakan lebih jelita dan sopan berbanding
Dahlia.
Sehingga kini, Mynewshub.my yang cuba menghubungi penjaga gol skuad
kebangsaan itu sejak semalam masih belum dapat menembusi talian telefon
bimbit Apex, dipercayai ditutup dan enggan diganggu dengan kontroversi
tentang hal peribadinya itu.
Sumber : MyNewsHub
Labels:
stress panas
Gila : Cara Seludup Manusia Masuk Ke US (5 Gambar)
Memang bermacam cara dibuat semata-mata untuk memasuki negara US secara haram. Kadang-kadang cara itu boleh membahayakan nyawa mereka. Tapi apa boleh buat, peluang untuk mencari duit di US lebih tinggi. Oleh itu, mereka sanggup menyeludup masuk dengan apa cara sekalipun. Jom kita tengok manusia yang kantoi.
Sumber : Here
Labels:
stress gila
Panas : Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Kawan Dahlia Teck?
Panas!! MEmang tak habis gosip yang melanda penjaga gol kebangsaan ni. Kalah artis beb. Kini Khairul Fahmi di fahamkan sudah tidak berkawan dengan Dahlia Teck. Menariknya, dia kini sedang hangat bercinta dengan rakan kepada Dahlia Teck bernama Leuniey.
Lebih menarik, Leuniey difahamkan pernah bertunang dan kini sudah kembali available buat Khairul Fahmi. Belum pasti sama ada pasangan tunang tersebut putus disebabkan jejaka malaya yang menjadi rebutan ribuan gadis ini.
p/s : Benda ni gosip je. Tak tahu pun kebenarannya. Kami hanya share. Peace..
Sumber : Khalis & Mediamalaya
Labels:
stress gosip
OMG : Kerana Boyfriend, Sanggup Hina Allah
Ish3.. Apa nak jadi la dengan budak-budak sekarang. Menurut sumber, budak perempuan ni baru berumur 14 tahun. Sekolah baru tingkatan 2, dah main rebut-rebut boyfriend. Belajar dulu la adik. Jangan mudah terjebak dengan cinta ni. Nanti binasa diri. Jom la sama-sama kita nasihat budak ni dengan cara yang baik. Bukan mengutuk, tapi menasihat. Kami harap semua benda ni adalah tidak benar.
Sumber : Khalis
Labels:
stress OMG
PElik : [Video] Apa Kumpulan Lelaki Jepun Ini Buat? #ORaOra
Apa Kumpulan Lelaki Jepun Ini Buat? #ORaOra
Adakah ini satu permainan yang dipanggil Ora Ora Ora Ora?
Labels:
Stress Pelik
Serius : Vanessa Hudgen VS Mila Kunis -Adakah Mereka Adik Beradik? (8 Gambar)
Vanessa Hudgen VS Mila Kunis -Adakah Mereka Adik Beradik?
Makin lama admin tengok gambar mereka, makin keliru adakah mereka ini mempunyai pertalian darah. Bagi korang adakah mereka hampir seiras?
Vanessa Hudgen
Mila Kunis
Labels:
stress serius
WTF : Burka dan Bikini, Cara Anak Ahli Politik Belgium Protes Islam (4 Gambar)
Seorang ahli politik Belgium telah menaikkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia selepas dia melancarkan kempen 'Women Against Islamization' dengan poster anaknya, An-Sofie Dewinter memakai burka dengan bikini. Pada poster tersebut, tercatat perkataan 'Freedom or Islam?' pada tubuh An-Sofie. Ahli politik tersebut, Vlaams Belang menyatakan dia ingin menyakinkan wanita untuk menentang Islam.
Ini kata An-Sofie mengenai gambarnya :
'I've suggested (the poster) myself, I have learned to live with
it but I have had everything up to death threats made at me.' 'What is the greatest contrast with a
niqab? Nude. 'The campaign fits in perfectly
with how I feel about the whole issue . As women, we must choose:
freedom or Islam.'
An-Sofie
Yang ini berlaku di Perancis :
Labels:
stress WTF
Serius : Sekitar London Apabila Masjid Tidak Muat Waktu Sembahyang Jumaat (2 Gambar)
Sekitar London Apabila Masjid Tidak Muat Waktu Sembahyang Jumaat
Ratusan umat Islam kelihatan sembahyang Jumaat di atas lorong sekitar Square Mile London kerana masjid tersebut tidak mampu menampung seluruh populasi umat Islam sekitar sana. Bilangan yang hadir adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada kapasiti masjid tersebut. Ini sepatutnya berlaku di negara kita juga, jangan tidak sembahyang Jumaat dengan pelbagai alasan (kecuali terdesak).
via : dailymail
Labels:
stress cool
Friday, 3 February 2012
Genius : [Video] Gitar - Cara Meng'Order' Makanan Terbaik di Drive Thru
Gitar - Cara Meng'Order' Makanan Terbaik di Drive Thru
Memang kreatif giler lelaki ini, tetapi hanya boleh dilakukan pada waktu tak ada orang.
Sumber : Youtube
Labels:
stress genius
Serius : Kissenger, Alat Untuk Latih Bercium Atau Untuk #ForeverAlone (10 Gambar)
Anda ingin latih bercium atau anda tengah #foreveralone dan perlukan orang untuk cium? Memperkenalkan 'Kissenger' yang mampu melakukan semua itu. Alat yang dicipta di Singapura adalah untuk mencipta suasana bercium menggunakan dua bibir artifikal yang bergerak. Alat ini telah dicipta oleh Hooman Samani. Admin rasa #foreveralone pun boleh guna ini.
Labels:
stress serius
Subscribe to:
Posts (Atom)