Kongsikan Entri Kami

Saturday, 6 August 2011

Cool : Kamera DSLR Terkecil Di Dunia!!


Direka dengan bentuk seperti kamera DSLR profesional mini, kamera kecil yang dihasilkan oleh Gadget Brando ini merupakan kamera terkecil di dunia yang berfungsi seperti kamera biasa dengan saiznya hanya 2.5 x 2.3 x 2.5 cm (1 x 0.9 x 1 cm).

Walaupun bersaiz kecil, kamera masih mampu mengambil gambar pada resolusi 1600 x 1200 pixel (2.0 Megapixel) dan rakaman video pada 640 x 480 pixels pada 30 bingkai sesaat. Gambar dalam format (JPEG) dan video (AVI) disimpan pada memory card (TF / Micro SD) dan dengan mudah boleh dipindahkan ke komputer melalui USB.

Kamera video ini boleh didapati di Brando gadget dengan harga $39.




Read More.. "Cool : Kamera DSLR Terkecil Di Dunia!!"

OMG : Fenomena Luar Biasa Yang Jarang Berlaku!


Inilah yang dinamakan kekuasaan Tuhan... Pemangsa dan mangsa pun boleh berbaik-baik.. Tapi manusia yang mempunyai akal fikiran ni berbunuhan sesama keluarga... ish3...

Jurugambar Michel Denis-Huot, yang menangkap gambar-gambar yang menakjubkan di safari Masai Mara, Kenya pada bulan Oktober tahun lepas, berkata beliau terkejut dengan apa yang beliau lihat:

"Ketiga-tiga saudara (cheetah) telah tinggal bersama sejak mereka meninggalkan ibu mereka ketika berusia kira-kira 18 bulan," katanya. Pada waktu pagi kami melihat mereka (cheetah), mereka seolah-olah tidak lapar, berjalan dengan cepat tetapi berhenti kadang-kadang untuk bermain bersama-sama. 'Pada satu ketika, mereka bertemu sekumpulan impala yang melarikan diri..Tetapi seekor impala yang muda tidak cukup pantas dan ditangkap oleh 3 saudara cheetah dengan mudah. "




















Read More.. "OMG : Fenomena Luar Biasa Yang Jarang Berlaku!"

Gosip : Kenyataan Rasmi dari SimplySiti Mengenai Berus Babi


KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut

BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin

Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011
Read More.. "Gosip : Kenyataan Rasmi dari SimplySiti Mengenai Berus Babi"

6 Jenis Wanita Yang Harus Lelaki Jauhi Untuk Kahwin


Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :

1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.
Sumber: Merah
 
Read More.. "6 Jenis Wanita Yang Harus Lelaki Jauhi Untuk Kahwin"

Funny : "Total Blackout" - Game Show Yang Paling Teruk!!


Jom sama-sama layan game show kat Norway nih... Lawak siot.. Hahaha..


Korang sanggup tak masuk game show nih??? Haha..

Sumber: Blog
Read More.. "Funny : "Total Blackout" - Game Show Yang Paling Teruk!!"

Fakta : Sejarah Pendek Logo-Logo Famous Di Dunia!


Logo-logo yang korang tengok sekarang ni telah melalui perubahan sejak dari dulu lagi.. Ade jugak logo yang mengalami perubahan yang drastik.. 


Sumber: Town



Read More.. "Fakta : Sejarah Pendek Logo-Logo Famous Di Dunia!"

Lawak : Sekiranya Tandas Lelaki dan Wanita terlalu Dekat (6 Photos)

Pernah terfikir apa akan terjadi sekiranya tandas lelaki dan tandas wanita terlalu dekat? 







kaskus
Read More.. "Lawak : Sekiranya Tandas Lelaki dan Wanita terlalu Dekat (6 Photos)"

Gosip : Dahlia Teck berpegang tangan dengan Khairul Fahmi?


Ini gambar oleh ohbulan:

Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya.

Tegap & sasa orangnya. Kasih sayang seorang abang terhadap adik, mungkin? Iya’lah, takut juga adik sesat dalam Universal Studio Singapura yang seluas 20 hektar tu kan. Susah nak cari nanti.

Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.

Rupa-rupanya jejaka itu adalah ..APEX


p/s : Tiba-tiba femes pula Dahlia ini ye ? 
Read More.. "Gosip : Dahlia Teck berpegang tangan dengan Khairul Fahmi?"

Cool : Kenapa Ramai Orang nak Kerja di Syarikat Google?

Google merupakan sebuah syarikat yang sangat berjaya masa pada kini. Syarikat Google ini menerima anggaran 1 resume setiap 25 saat dan ramai yang ingin bekerja dengan Syarikat Google bukan sahaja kerana duit tetapi : 

1. Google menyediakan tempat untuk senaman percuma seperti gym, dua kolam renang, tempat untuk mengekalkan berat badan dan sebagainya. Semua pekerja boleh lakukan apa saja mereka nak buat 

2. Google sediakan servis gunting rambut, dry cleaning, tempat asuhan anak, tempat servis kereta dan klink untuk semua pekerja secara percuma di dalam bangunan, Mereka juga boleh bawa haiwan perliharaan mereka semasa bekerja.

3. Google sediakan teknologi moden seperti Kapsul untuk kurangkan stress dan gelongsor untuk turun dari tingkat atas . Selain itu google juga sediakan tempat sauna untuk semua pekerja secara percuma.

4. Google sediakan kafeteria dengan chef yang terbaik dan semua jenis makanan adalah percuma. Pekerja boleh makan apa saja mereka nak .

5. Google sediakan setiap pekerja dengan dua skrin satu meja dan dalam satu pejabat hanya aa 4 -6 orang sahaja. 

6. Google sediakan tempat untuk rekreasi atau rehat seperti pool, tempat tidur depan akuarium, dan macam-macam lagi.

Jadi anda nak kerja kat sini juga?
Read More.. "Cool : Kenapa Ramai Orang nak Kerja di Syarikat Google?"

Info : 5 Masalah Utama Komuter Tanah Melayu (KTM)


KTMB adalah pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia dan telah beroperasi sejak dari tahun 1948. Namun, pelbagai masalah masalah tidak dapat diatasi atau pembaharuan jarang dilakukan pada sistem kereta api ini. KTMB ini sepatutnya lebih peka dengan masalah yang dihadapi oleh penumpang-penumpang mereka yang memilih KTMB kerana kereta api ini membawa mereka ke destinasi yang ingin dicapai. Pengalaman waktu pertama naik KTM memang begitu seronok tetapi semakin hari semakin tak tahan dan tak faham sistem KTMB ini. Kalau ada alternatif lain, memang akan pilih alternatif tersebut. Baru-baru ini dalam bulan Ramadhan ini, semestinya semua orang ingin pulang dan berbuka bersama keluarga tercinta. Ramai yang tidak tahan dengan keadaan jalan raya di bandar yang begitu sesak, berpendapat dapat balik lebih cepat dan senang menggunakan kenderaan awam, tetapi sebaliknya. Tepat jam lima di stesen KL sentral atau mana-mana stesen semestinya dah dipenuhi manusia yang berbaris nak balik dan di sini bermulanya masalah besar KTM: 

1. Ketepatan Masa : Tertera pada papan digital KTM akan sampai di KL Sentral sebagai contoh jam 5.05 petang dan juga disahkan oleh pegawai yang membuat pengumunan jam 5.05 petang. Selepas jam 5.05 pm, KTM tidak lagi kelihatan, pengumunan akan menyatakan tren sampai dalam masa 7 minit pula? Kenapa tiba-tiba berubah ke 7 minit sedangkan sebelum ini nyatakan sampai 5.05 pm, jadi bila tunggu sampai 5.12 pm, satu lagi pengumunan "tren akan sampai sebentar lagi". Hujung-hujung tren datang pada 5.15 pm iaitu lewat sepuluh minit. Jadi apabila tren ini dah lewat 10 minit, tren yang seterusnya semestinya akan semakin lewat lebih dari 10 minit. Jadi ini masalah yang paling ketara KTMB iaitu ketepatan masa. Pernah tunggu sampai 50 minit sehingga 1 jam tren tetapi naik tren pun tak dapat. Kenapa tren lain boleh sampai setiap 10 minit tepat seperti dijadualkan tetapi KTMB tak boleh?

2. Kekurangan gerabak untuk penumpang : Pernah tak tengok KTM bila sampai depan anda, penuh dengan manusia dan langsung tak boleh bergerak. Dah la ini bulan Ramadhan, mesti ramai orang, kenapa KTM tak terfikir perkara ini sebab dah berlaku berpuluh tahun yang lepas. Contohnya tren yang sampai ke KL Sentral penuh dengan manusia, daripada 500 orang tunggu tren nak ke Seremban, hanya 30 orang yang mampu menaikinya kerana yang keluar ke stesen ini hanya 30 orang. Selebihnya 470 orang terpaksa tunggu tren seterusnya yang akan datang dalam masa 30 minit - 1 jam (kalau sampai la!!) Bila tunggu tren seterusnya, bilangan orang yang menunggu dan mencecah dua kali ganda tetapi yang masuk juga hanya 30 -50 kerana itu je bilangan yang turun di Stesen ini. Yang selebihnya itu buat apa la? Kesian tengok yang mencuba tiga kali tetap tidak dapat naik. Tiga tren = 1 jam 30 minit - 3 jam :-) KTMB paling banyak pun 6 gerabak tetapi tren yang jarang penuh tu ada 8 gerabak pula.

3. Kepakaran KTMB : Setiap kali naik tren, ada pengumunan untuk berdiri di belakang garisan kuning, jadi semua orang ikut arahan dan semua orang berdiri jauh dari tempat laluan orang keluar dari tren, Bila tren sampai, pintu tren pula berhenti bukan di atas laluan untuk orang keluar tetapi di tempat orang ramai berbaris. Mana tak orang semua serbu masuk sebab pintu depan mereka. Sebab kalau naik tren lain berhenti tepat pada tanda dan memang jarang berlaku tolak menolak. Kesian orang tua dan budak kecil ditolak. 

4. Bekalan elektrik sering terputus : Pernah perasan tak bekalan elektrik di atas landasan KTM selalu terputus. Tiba-tiba je lampu tertutup dan penghawa dingin tertutup dan tren tidak berjalan. Contohnya perjalanan dari UKM ke KL Sentral rasanya kalau tren tak berjalan untuk tiga kali memang tak sah la. Mesti akan berhenti. Bukan itu sahaja semalam di semua stesen pada jam 6.50 pm tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Semua orang yang menunggu untuk naik tren dalam lingkungan 3000 orang terpaksa duduk atas lantai untuk menunggu tren dari jam 6.50 pm sampai jam 8 pun belum ada tren datang. Ramai yang terpaksa berbuka puasa dengan roti dan air kosong di tepi tangga, laluan pejalan kaki dan tepi landasan. Kesian dengan semua orang. Kenapa masalah ini selalu berlaku pada KTM? Rasanya jarang berlaku pada tren lain.
5. Pembaharuan/Upgrading tidak diutamakan : Perkara yang dinyatakan di atas telah berlaku lebih dari sedekad yang lalu. Tetapi di mana pembaharuan atau perubahan yang dijanjikan? Semua janji kosong dan menyusahkan semua rakyat. Kalau ada alternatif lain rasanya 100 peratus orang akan tinggalkan KTMB ini. Kenapa KTMB hanya akan tambah tren pada tahun 2014? Bukankah sepatutnya perkara beli tren baru patut dibuat tahun sebelumnya. Walaupun banyak kawasan baru dibuka tetapi sekiranya tidak ada pembaharuan, semuanya akan menjadi semakin parah kerana semakin ramai akan naik tren. Orang ramai nak buka puasa dan terawih juga tergendala. Memang patutlah kesatuan KTMB tidak ingin Presiden kini untuk teruskan pemerintahannya kerana tiada pembaharuan yang berlaku : Kesatuan KTMB protes kontrak Presiden KTMB disambung .

Rasanya banyak lagi KTMB perlu belajar dari syarikat tren yang lain agar semua akan berubah dan bertambah baik. Kalau terus begini, sampai bila nak maju?

p/s : Kami kemukakan perkara ini kerana KTmB nampaknya tidak berubah walaupun dah berpuluh tahun. Kita semua dalam misi mencapai misi visi wawasan 2020 dengan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan. 
Read More.. "Info : 5 Masalah Utama Komuter Tanah Melayu (KTM)"

Kreatif : Seni menggunakan Makanan dan Dawai (10 Photos)

Siapa kata makanan tidak boleh mencipta satu personaliti? cuba tengok seni yang menarik ini menggunakan makanan dan juga dawai.

 thx
Read More.. "Kreatif : Seni menggunakan Makanan dan Dawai (10 Photos)"

Cool : Sekitar Sambutan Ramadhan di Seluruh Dunia [2] (15 Photos)

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri oleh sabah

 thx
Read More.. "Cool : Sekitar Sambutan Ramadhan di Seluruh Dunia [2] (15 Photos)"

Cool : Sekitar Sambutan Ramadhan di Seluruh Dunia [1] (15 Photos)

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela. sabah

Mari kita tengok sekitar sambutan Bulan Ramadhan di seluruh dunia Bahagian Satu : 

thx
Read More.. "Cool : Sekitar Sambutan Ramadhan di Seluruh Dunia [1] (15 Photos)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...