Kongsikan Entri Kami

Saturday, 17 September 2011

WTF : [Video NSFW] Kenapa Gadis Cantik Boleh Terpikat dengan Lelaki ini?

Cerita mengenai kisah seorang gadis cantik ini dengan seorang lelaki yang kurang dari segi rupanya telah menggegarkan forum utama di China. Semua orang tanya kenapa gadis cantik ini boleh terpikat dengan lelaki yang mereka gelar "Beast" kerana saiznya yang agak besar. Mereka panggil pasangan ini "Beauty and the Beast" Mungkin dia kaya? hatinya baik? Apa pendapat anda? Jawapannya dalam video selepas semua gambar ini. 



Cantik tak gadis ini? Apa yang buat dia suka dengan lelaki "Beast" ini? Jawapannya..


Read More.. "WTF : [Video NSFW] Kenapa Gadis Cantik Boleh Terpikat dengan Lelaki ini?"

Cool: Bawang terbesar dunia di England [6 photos]

HARROGATE, ENGLAND - SEPTEMBER 16: Petani Peter Glazebrook memecah rekod duni dengan bawang gergasinya yang seberat 8.120kg.
news.yahoo.com
Read More.. "Cool: Bawang terbesar dunia di England [6 photos]"

Cool: Seni menggunakan habuk kereta

Read More.. "Cool: Seni menggunakan habuk kereta"

Lawak: Kata-kata Seorang Wanita

9gag.com

As a girl, i agree on just half of it. :D
Read More.. "Lawak: Kata-kata Seorang Wanita"

Lawak: Untuk pemilik Kucing

9gag.com
Read More.. "Lawak: Untuk pemilik Kucing"

OMG: [video] Kapal terbang terhempas di USA, Nevada.

Semalam, 16th September 2011, sebuah kapal terbang terhempas ketika membuat pertunjukan udara. 2 maut dan 54 pula dihantar ke hospital berikutan kecederaan. Kapal terbang model P51 Mustang yang di pandu oleh Jimmy Leeward terhempas di kawasan tempat duduk penonton. 


Read More.. "OMG: [video] Kapal terbang terhempas di USA, Nevada."

Cool : [Video] Apabila David Beckham Menjadi Ejen "Undercover" Rancangan TV


Kenal David Beckham? Dia terkenal dalam dunia bola sepak dan juga seorang model. Tetapi bagaimana pula sekiranya dia menjadi ejen undercover untuk sebuah rancangan terkenal di USA, The Ellen Show.. Dia akan undercover sebagai seorang Jurujual Minyak Wangi.

Read More.. "Cool : [Video] Apabila David Beckham Menjadi Ejen "Undercover" Rancangan TV"

Info : 10 Perkara Yang Membuat Wanita Benci kepada Lelaki


Kenapa seorang gadis yang mencintai pasangan nak marah pasangannya sekiranya dia tak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Ini adalah beberapa perkara utama yang sering menyebabkan seorang gadis mulai membenci si dia. Bagi kaum lelaki, tolong sesekali buat begini sekiranya anda sayang pasangan anda. 
1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. 

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.


2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.


3. Ego


Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.


4. Suka “cuci mata”


Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.


5. Main kayu tiga


Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.


6. Tidak sensitif perasaan wanita


Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.


Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.


7. Pentingkan kawan-kawan


Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Read More.. "Info : 10 Perkara Yang Membuat Wanita Benci kepada Lelaki"

LAwak : Sekiranya Justin Bieber Menjadi Perempuan Cantik (7 Photos NSFW)

Apa akan terjadi kepada Selebriti sensasi remaja perempuan, Justin Bieber sekiranya dia menjadi perempuan cantik?


asiantown
Read More.. "LAwak : Sekiranya Justin Bieber Menjadi Perempuan Cantik (7 Photos NSFW)"

WTF : Cara Penyeludupan Burung Kelicap yang Pelik (5 Photos NSFW)

Sekumpulan pemuda ditahan di lapangan terbang kerana disyaki menyeludup burung kelicap tetapi caranya memang unik. Rasanya kali pertama perkara ini terjadi pada penyeludupan burung. Tengoklah sendiri. 



izismile
Read More.. "WTF : Cara Penyeludupan Burung Kelicap yang Pelik (5 Photos NSFW)"

OMG : [Video] Perkahwinan yang sangat FAIL


PErkahwinan berjalan dengan lancar sehingga sesuatu terjadi...


Read More.. "OMG : [Video] Perkahwinan yang sangat FAIL"

Genius : "Mogok Seks" Untuk Hentikan Perbalahan Setempat di Mindanao


MANILA: Wanita di sebuah perkampungan di selatan Filipina berjaya mewujudkan keamanan selepas mengancam melakukan ‘mogok seks’ jika pasangan mereka terus berperang, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Amaran mengenai ‘mogok seks’ itu dibuat wanita di Kampung Dado, Mindanao, yang sering menyaksikan berlaku pertikaian di kalangan penduduk setempat.

Pegawai serantau Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Rico Salcedo, berkata tindakan itu akhirnya membolehkan 102 keluarga yang mendiami kampung berkenaan hidup aman dan membangun.
“Kawasan ini sering berlaku konflik membabitkan pertikaian di antara keluarga atau isu tanah,” katanya.

Menurut Salcedo, idea ‘mogok seks’ itu datang daripada sekumpulan wanita tempatan yang menubuhkan perniagaan jahitan.

Bisnes mereka terjejas apabila produk siap dijahit tidak dapat diserahkan kepada pelanggan kerana laluan di kampung itu sering ditutup untuk mengelak keganasan.
Menurut Salcedo, kejadian tembak-menembak sering berlaku di kalangan lelaki tempatan, terutama di kawasan berhampiran jalan.

Pemimpin kumpulan wanita itu, Hasna Kandatu, berkata mereka bersepakat enggan melayan suami masing-masing jika terus mencetuskan masalah.
“Jika mereka keluar rumah untuk berkelahi, mereka tidak dibenarkan pulang dan kami enggan melayan mereka,” katanya. Pertikaian suku membabitkan masalah tanah, wang atau politik sering berlaku di selatan Filipina. - AFP

Read More.. "Genius : "Mogok Seks" Untuk Hentikan Perbalahan Setempat di Mindanao"

WTF : [Video] Van Sekolah Membawa 66 pelajar dalam satu perjalanan di China


Rasanya pemandu ini telah memecah rekod dunia dengan membawa 66 orang pelajar di dalam satu van. Polis di utara China sendiri pun tak menyangka dengan penemuan mereka. Di dalam van tersebut terdapat 66 orang pelajar tadika umur empat hingga lima tahun namun mengikut peraturan hanya dibenarkan 8 orang maksimun. Pemandu ini menanggalkan bangku dibelakang van dan diganti dengan bangku panjang.  
p/s: jangan cuba ini di Malaysia, ingatlah keselamatan semua budak-budak ini yang masih muda. Mereka tak bersalah dan bagaimana sekiranya berlaku kemalangan. Kasihan 66 orang pelajar tersebut.


Read More.. "WTF : [Video] Van Sekolah Membawa 66 pelajar dalam satu perjalanan di China"

Berita : Mahasiswa/i IPT Awam dan Swasta Ditahan Semasa Parti Dadah dan Seks di Melaka

p/s : inilah gejala mahasiswa/i sekarang, nama je beljar tinggi tetapi nak amalkan sangat gejala orang barat. Lepas ditahan baru menyesal dan rasa bersalah selepas itu buat balik.

ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.
Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.
Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.
Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah.

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

mymetro 
Read More.. "Berita : Mahasiswa/i IPT Awam dan Swasta Ditahan Semasa Parti Dadah dan Seks di Melaka"

Friday, 16 September 2011

Cool: Tikus Vs. Kucing [video]

Biasanya kalau tikus berdepan dengan kucing, tikus lari lintang pukang (tak termasuk Jerry la, dari Tom and Jerry). Tapi tikus nih berani giler (stress koot).

paxarcana.wordpress.com


Read More.. "Cool: Tikus Vs. Kucing [video]"

Cool: Rekaan Cupcakes Kreatif [27 photos]



























Read More.. "Cool: Rekaan Cupcakes Kreatif [27 photos]"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...