KEJAM…inilah perkataan terbaik boleh kita beri kepada penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan paling hina seperti ini.
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun
sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan
menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, Semporna,
Sabah kelmarin.
Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam
tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput,
kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang
melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember
lalu.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali,
kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya
apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.
Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli
keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia
ditemui dalam tong dram tersebut.
Apa dosa Nureffa Sahira…apa yang kanak-kanak enam tahun ini mampu lakukan hingga dia diperlakukan sebegini rupa?
Semoga polis dapat segera mengheret pelakunya ke muka pengadilan,
kalau ia boleh berlaku pada Nureffa Sahira, ia juga boleh berlaku pada
anak kita semua, Nauzubillah.
p/s : Apa nk jd dgn dunia sekarang..
Read More.. "Kejam : Mayat Nureffa Sahira Ditemui Dalam Tong Dram (Gambar)"