Berikut merupakan video dimana rekrut TLDM menjalani latihan dalam hutan. Mereka telah diganggu oleh anggota-anggota TLDM dengan pelbagai cara. Jom kita tengok bagaimana gelagat sesetengah rekrut apabila diganggu.
Kongsikan Entri Kami
Saturday, 5 October 2013
Seram : [Video] Gelagat Rekrut TLDM Apabila Diganggu "Hantu"
Labels:
stress seram
Serius : Pelukis Argentina Gunakan Mata Untuk Melukis (3 Gambar)
Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.
Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.
Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.
Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu. Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.
Sumber : Here
Labels:
stress serius
WTF : Bangga Upload Gambar Lepas "Beromen" Di Facebook (Gambar)
Apa nak jadi la dengan budak-budak zaman sekarang. Semakin hari semakin teruk. Memang takde rasa malu langsung sampai upload gambar bersama di atas katil. Ish3...
Sumber : Here
Labels:
stress WTF
Friday, 4 October 2013
Serius : Respon Sentap Razak Manap Terhadap Kenyataan Wardina Safiyyah Di Twitter (3 Gambar)
Semua neh gara2 luahan ahti Wardina Safiyah berhubung dengan satu laporan audit negara bagi tahun 2012. Dalam laporan berkaitan didedahkan penyelewengan demi penyelewengan, salahguna dana awam dan kerugian demi kerugian serta pembaziran demi pembaziran yang menjadi amalan sektor awam sehingga menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa memasuki frasa berjimat cermat bagi memulihkan kembali ekonomi negara untuk berada di landasan yang betul.
Akan tetap ahti rakyat mana yang tak sedih apabila rakyat diseru untuk berjimat cermat dan bersama2 membantu kerajaan untuk pulihkan ekonomi negara kembali, dengan memaksa rakyat menerima bahawa kerajaan ada rasionalnya kenapa mereka memotong subsidi demi subsidi untuk rakyat, alih2 rupanya kerajaan sendiri gagal menerapkan apa yang dia sering perkatakan kepada rakyat marhaen.
Sumber : Here
Labels:
stress serius
Amazing : Sebatang Pokok Epal Yang Menghasilkan 250 Jenis Epal Yang Berlainan (6 Gambar)
Seorang lelaki di Amerika Syarikat mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal yang menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya.
Bagi melakukannya, Paul Barnett telah mencantumkan 250 jenis tunas pokok epal berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk. Melalui teknik itu, dia kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan dijadikan cuka.
Barnett turut melabelkan setiap dahan epal untuk memudahkan dirinya mengingati dahan bagi jenis epal yang dicantumkan pada pokok berkenaan. "Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi 90 jenis pokok epal pada setiap batas," kata lelaki berusia 40 tahun itu.
"Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, namun saya tidak memiliki kawasan untuk melakukannya. Oleh itu saya menggunakan kaedah pencantuman tunas untuk tujuan tersebut," tambahnya.
Sumber : Here
Labels:
Stress Pelik
OMG : [Video] Kucing Sebut "Go Away" Apabila Dihalau Keluar
Seekor kucing telah mengiau dan seolah-oleh menyebut Go Away setelah dihalau orang tuan rumah. Kucing tersebut dipercayai telah menceroboh rumah terbabit dan mencuri makan di dapur kerana lapar. Apabila tuan rumah menyuruhnya keluar dan menyebut Go Away, kucing tersebut mengajuk percakapan tersebut. Jom kita saksikan..
Sumber : Here
Labels:
stress OMG
Thursday, 3 October 2013
Review : "ZS Cotton Collections", Kain Cotton Design Terkini Idaman Para Wanita (20 Gambar)
Kali ni kami nak review kedai online menjual kain cotton corak terkini yang rare. Lately aku perasan ramai wanita di luar sana yang suka pakai kain cotton ni. Even bini aku sendiri. Dan aku lebih suka bini aku pakai kurung cotton sebab nampak lebih ayu. Hehe.. Berbalik kepada ZS Cotton Collections, kain cotton yang dijual memang laku giler dan stok adalah limited. Sebab apa? Sebab kain cotton yang dijual ni adalah bercorak rare dan fully imported. Tapi jangan risau, banyak lagi corak-corak yang menarik untuk korang pilih.. Jom layan gambar dlu,,,
Amacam? Ada yang berkenan dihati? Ni baru sikit, Ada banyak lagi pilihan dekat FB. Kalau lelaki tu, boleh la beli kat mak, adik, kakak, awek, skandal mahupun nenek korang.. Kain ni adalah universal, semua golongan boleh pakai kecuali pondan. So apa tunggu lagi?
Korang boleh PM dekat FB Link kat bawah ni untuk membuat tempahan dan cara pembayaran.. Jangan risau, ramai yang dah beli dengan ZS Cotton Collections ni.. Jom pilih...Make sure bukak FB Profile yang betul macam dalam gambar kat bawah yer..
Labels:
stress review
Wednesday, 2 October 2013
Cool : "Energica Ego", Superbike Berkuasa Elektrik Pertama Di Dunia (7 Gambar)
Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.
Sumber : Here
Labels:
stress cool
Serius : Misteri Potret Yang Muncul Pada Lantai Dapur Di Belmez (3 Gambar)
Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos 1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai dapurnya.
Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.*
Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan sesuatu menifestasi dari dunia roh.*
Maria berasa terganggu dengan potret misteri tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.

Sangkaan Maria yang kehidupannya akan kembali tenang setelah menghapuskan gambar berkenaan ternyata meleset setelah seminggu selepas itu, muncul lagi gambar misteri yg baru, tepat di mana gambar misteri yg pertama muncul dahulu. Bezanya cuma wajah yg baru muncul itu tidak sama dengan wajah yg terdahulu. Sekali lagi rumah Maria dipenuhi oleh penduduk yg taasub dengan potret misteri berkenaan dan ketua desa mereka menyarankan potret misteri berkenaan diangkat dari lantai dapur Maria untuk dibingkaikan dan menjadi tatapan umum.*
Setelah potret misteri tersebut dipotong dari lantai dapur Maria, lantai rumah maria terus digali pada kedalaman hampir tiga meter dan mereka menemui pelbagai tulang belulang manusia. Penemuan tersebut membuatkan penduduk yakin bahawa kemunculan potret misteri berkenaan berkaitan dengan roh-roh yg tidak tenteram apatahlagi tapak rumah Maria dipercayai kawasan bekas tanah perkuburan.
Maria menyangka bahawa semuanya akan berakhir setelah penemuan tulang-tulang berkenaan, tetapi tidak kerana dua minggu selepas itu kehidupannya sekali lagi diganggu oleh potert misteri berkenaan. *Kali ini bukan hanya satu wajah misteri yang muncul, tetapi dua! Misteri tersebut tidak berhenti hanya di situ, kerana dari hari ke hari muncul garis-garis baru yg kemudiannya membentuk potret misteri yg keempat dan kelima, menjadikan lantai dapur Maria semakin dipenuhi oleh wajah misteri berkenaan.
Akhirnya Maria letih dan membiarkan sahaja wajah-wajah misteri berkenaan. Semakin lama, wajah misteri tersebut makin banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yg bertaburan di lantai dapurnya. Ada wajah perempuan dan juga lelaki, ada yg muda ada yg tua.Yang pastinya semua wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yg sayu.
Ramai pengkaji yang datang membuat penyelidikan, dan banyak teori-teori serta andaian yang dibuat. Tidak kurang juga ada yang menuduh Maria yang melukis sendiri gambar berkenaan. Namun begitu, merka gagal membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana Maria dapat melakukannya walaupun mengkaji di makmal dengan peralatan yang serba canggih. Persoalan tentang kewujudan wajah-wajah berkenaan masih misteri dan belum dapat dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal pada Februari 2004.*
Semasa hayatnya, Maria telah hidup bersma-sama dengan wajah-wajah misteri berkenaan hampir 30 tahun. Namun apa yang lebih mengejutkan, setelah wanita tersebut meninggal dunia, wajah Maria turut muncul bergabung pada lantai rumahnya bersemadi bersama dengan wajah misteri lainnya nun di desa Belmez.

Stress Misteri
OMG : Kereta Polis Paling Murah Di Dunia (4 Gambar)
KAMI tidak tahu apa signifikannya penggunaan kereta paling murah di dunia, Tata Nano sebagai kereta polis di New Delhi.
Satu-satunya alasan yang boleh difikirkan ialah saiznya yang kecil dapat mengelakkan ia daripada tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Kereta polis ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan kecemasan mobil dan digunakan untuk pencegahan jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak.

Subscribe to:
Posts (Atom)