Kongsikan Entri Kami

Saturday, 24 March 2012

OMG : [Video] Penjual Emas Dipukul Dan Diikat Oleh Polis Di Penang


Penjual tersebut menyatakan polis telah melarikan wang dan emas kepunyaannya di kawasan kedai sekitar Jalan Dato Keramat, Penang






Read More.. "OMG : [Video] Penjual Emas Dipukul Dan Diikat Oleh Polis Di Penang"

Review #2 : Norefal Vitamin E Softgel, Produk Kecantikan Kulit Terhangat 2012 (17 Gambar)



Kali ni admin nak review pasal satu produk kecantikan kulit terhangat tahun ni iaitu dari syarikat NOREFAL CELL THERAPY

First sekali, produk ni di import dari Switzerland. Jangan risau, produk ni halal.. Ada sijil lagi.. Bagi wanita atau lelaki yang suka membeli produk kecantikan ni, paling penting korang mesti tau ialah status halal suatu produk tu. Jangan nampak berkesan, main beli jer.. Tak pasal-pasal dapat dosa.


Apa kegunaan produk ni? 

Okay, produk ni sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berikut; 

Kering
Banyak blackhead
Kusam @ tidak berseri
Jerawat & parut
Tona kulit tak sekata
Kulit berkedut @ nampak lebih tua daripada umur
Pigmentasi


Produk ni diperbuat dari apa ek?

NOREFAL PLACENTA + VITAMIN E OIL adalah produk yang dihasilkan di swiss dan merupakan hasil kajian dan salah satu keajaiban ALLAH swt.. dimana plancenta biri biri digunakan dalam kajian mencipta produk ini.. dan terbukti ianya sangat serasi untuk membaik pulih keadaan kulit mereka yang bermasalah..
Ingredients : 

Ovine placenta oil atau lebih dikenali sebagai placenta biri-biri, tocopherol (class of chemical compounds of which many have vitamin E activity), air dan juga pewangi yang dibenarkan.

Takut?? jangan risau... biri biri kan makhluk Allah juga sedangkan belut pun orang makan buat ubat.. bisa ular orang guna untuk sembuhkan orang yang dipatuk ular berbisa itu sendiri kan??




Takpe ke guna plasenta biri-biri? Geli la.. Betul ke halal ni? 

Korang baca la sendiri kenyataan dari JAKIM ni.. 


Macam mana nak guna produk ni? 

Senang jer.. meh sini nak ajar.. 
  • gunting sedikit atau cucuk hujung capsule dengan jarum.. dan picit keluar perlahan lahan gel tu..
  • sapu pada keseluruhan muka macam pakai krim tu selepas mandi! TIDAK PERLU TONER untuk penyerapan yang lebih baik OK!!
  • sapu pada kesuluruhan muka sampai rasa macam gel tu dah menyerap sepenuhnya dalam kulit.. fokuskan sapuan dan urutan yang lebih pada area muka anda yang ada pigmentasi.. jeragat.. jerawat.. atau bintik bintik hitam yang degil..
  • jangan simpan capsule ditempat yang panas.. seelok eloknye suhu kering ataupun suhu bilik digalakkan yer..
Senang jer kan?


Dah tu, apa la kelebihan produk ni berbanding produk lain kat pasaran?? 
  • Menjana semula tisu kulit dan mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
  • Melembabkan kulit kering dan kusam..
  • Mempercepatkan penjanaan semula sel-sel kulit baru, menjadikan kulit lembut lembut dengan yang bersinar semula jadi sekali lagi..
  • menghasilkan kulit yang sihat dan flawless tanpa sebarang cela..
  • Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan segala parut, pigmentasi, jeragat dan jerawat..

Macam best jer.. Dah ada orang beli ke produk ni? Nak tengok bukti leh? 

Boleh.. Tengok la testimoni pengguna kat bawah ni.. Ni betul punye..bukan auta yer.. 



Mesti mahal kan produk ni.. Import dari Swiss tu.. 

Mana ada beb.. Harga memang munasabah dengan kualiti..

Nak tau? Sila deal dengan orang yang jual ni yer.. pegi je dkt blog die.. 



Siap dengan pos laju tu.. Sehari dua je mesti sampai lah.. Tak caye? Tengok ni..




Apa tunggu lagi beb... Kalau berminat, korang pegi la dekat blog kat bawah ni yer.. Kontek la tuan tanah dia.. baik orangnye.. comey plak tu.. hehe..



(FACEBOOK OWNER)
SMS : 0175517701 
EMEL: yuyu_shoppe@hotmail.com
 







Read More.. "Review #2 : Norefal Vitamin E Softgel, Produk Kecantikan Kulit Terhangat 2012 (17 Gambar)"

OMG : Jangan Tertipu Dengan Nokia N8 Versi China (4 Gambar)

Jangan Tertipu Dengan Nokia N8 Versi China
Ada slot untuk HDMI cable,  tetapi bila bukak sebenarnya takde apa2 pun..





Read More.. "OMG : Jangan Tertipu Dengan Nokia N8 Versi China (4 Gambar)"

Genius : [Video] Cara Untuk Balas Dendam Semasa Bermain Bola Keranjang

Cara Untuk Balas Dendam Semasa Bermain Bola Keranjang
Memang genius dan ada unsur lawak. Cuba tengok apa pemain tu buat ke atas lawannya.



Read More.. "Genius : [Video] Cara Untuk Balas Dendam Semasa Bermain Bola Keranjang"

Serius : Siapa Yang Belajar Dalam Kelas Ini? (Gambar)

Siapa Yang Belajar Dalam Kelas Ini?
you see what i see?


Read More.. "Serius : Siapa Yang Belajar Dalam Kelas Ini? (Gambar)"

Cool : Kim Kardashian Bermandi Tepung Di Red Carpet (5 Gambar)


Kim Kardashian telah dilempar tepung oleh seorang individu yang tidak dikenali semasa majlis amal di West Hollywood. Penyerang itu yang merupakan seorang wanita telah ditahan dan motif sebenar penyerang masih tidak dapat dikenal pasti. Walaubagaimana pun, TMZ melaporkan bahawa penyerang itu menjerit "fur hag" selepas mencurah tepung di atas kepala Kim Kardashian. 







p/s : Best jugak sekali sekala kene mandi tepung kan..

Sumber : Here




Read More.. "Cool : Kim Kardashian Bermandi Tepung Di Red Carpet (5 Gambar)"

OMG : [Video] Perlawanan Muay Thai Yang Hilang Kawalan


Perlawanan Muay Thai Yang Hilang Kawalan
Read More.. "OMG : [Video] Perlawanan Muay Thai Yang Hilang Kawalan"

OMG : "Euthanasia Coaster", Roller Coaster Yang Direka Untuk Membunuh (2 Gambar)


Seorang jurutera dari Lithuania, Julijonas Urbonas telah mencipta satu prototype Roller Coaster yang paling extreme di dunia yang akan membunuh sesiapa yang menaikinya. Pelik kan? Sape la yang nak naik roller coaster ni. 

Konsep roller coaster ni ialah unutk memberi thrill yang maximum sehingga membawa kepada kematian. Keseluruhan perjalanan roller coaster  ni mengambil masa 3 minit. 2 minit pertama ialah pendakian perlahan ke puncak dan seminit berikutnya pula ialah perjalanan yang membawa maut. Kelajuan maksimum dan 7 pusingan bulatan akan membuatkan darah korang mengalir dari otak dan menyebabkan kekurangan oksigen yang akan akhirnya, membawa maut.

Walaubagaimanapun, kematian dapat dielakkan jika korang memakai sut anti-g. So, siapa yang nak try roller coaster ni boleh la pegi Lithuania bile dah siap bina nanti. Hehe



Sumber : Here




Read More.. "OMG : "Euthanasia Coaster", Roller Coaster Yang Direka Untuk Membunuh (2 Gambar)"

Genius : Perut Kenyang Dengan Hanya Menghidu Cupcake (3 Gambar)


Pernah tak korang terfikir  korang nak makan semua benda yang sedap tapi taknak gemuk? Sekarang korang boleh berbuat begitu. Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Vaportrim telah mencipta sejenis inhaler yang mengandungi bau-bauan cupcake. 

Teknologi ini ialah sama seperti rokok elektronik. Korang hanya perlu hidu perisa cupcake kegemaran korang dan korang akan berasa kenyang dan tidak akan gemuk. Bagaimana benda ni boleh buat kenyang? Ok, menurut kajian, 70% hingga 75% benda yang korang rasa ialah sebenarnya bau. Bila korang hidu bau yang sedap, reseptor rasa akan menghantar mesej ke otak dan akan melepaskan hormon yang memberitahu badan korang yang korang sudah kenyang.

Kajian juga menunjukkan yang sedikit bau yang sedap akan menghasilkan perasaan kenyang sebelum perut merasakannya. Jadi, dengan penggunaan Vaportrim inhaler ni dapat membuatkan korang berasa kenyang dengan cepat dan korang akan makan sedikit dan menjadi lebih kurus. Hebat tak? 



Inhaler Vaportrim ini mempunyai 14 perasa dan dijual dengan harga $9.95. Tapi belom ada kat Malaysia la. Sesuai la dengan rakyat kita yang suka makan banyak ni.


Sumber : Here

Read More.. "Genius : Perut Kenyang Dengan Hanya Menghidu Cupcake (3 Gambar)"

Berita : Kakitangan Perubatan Lakukan Seks Oral Terhadap Pesakit


PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – SINAR HARIAN

 p/s : sangap kot..

Sumber : Here

Read More.. "Berita : Kakitangan Perubatan Lakukan Seks Oral Terhadap Pesakit"

Cute : [Video] Kucing Lompat Setinggi 7 Kaki Untuk Tutup Lampu


Kucing korang boleh tutup lampu? Jom tengok video kucing ni. Cute je dia lompat nak tutup lampu..tinggi kot dia lompat.. hebat.. 




Sumber : Here






Read More.. "Cute : [Video] Kucing Lompat Setinggi 7 Kaki Untuk Tutup Lampu"

Cute : Suzy Bersama Ulat Gergasi Peliharaannya (8 Gambar)

Sape Suzy ni? Ntahla..aku pun tak tau. Jumpa cerita pasal dia n ulat kesayangan dia ni dekat forum CariGold. So, aku share la. Comel gak ulat dia ni..


p/s : Femes ko Suzy dpt masuk blog ASG.. haha.. 

Sumber : Here






Read More.. "Cute : Suzy Bersama Ulat Gergasi Peliharaannya (8 Gambar)"

Friday, 23 March 2012

OMG : Harddisk Dengan Kapasiti 1 Yottabytes = 1 Trillion Gigabytes


Hardisk dengan kapasiti 1 Yottabytes (1 Trillion GB) - kini sedang dibangunkan oleh syarikat NSA di sebuah ruangan seluas 92,903 m2 sebagai tempat penyimpanan hardisk dengan kos keseluruhan sekitar 2 billon dollar (RM 6 billion).

Mengikut perancangan, tempat ini mampu menyimpan data sebesar 1 Yottabytes yang dijangkai akan siap pada tahun 2015. Pasti korang tertanya-tanya apa itu Yottabytes kan?? Berapa besar kah 1 Yottabytes? Jangan risau, di bawah ini ada beberapa data untuk korang fahami.

1000 Gigabytes (GB) = 1 Terabytes (TB)
1000 Terabytes (TB) = 1 Petabytes (PB)
1000 Petabytes (PB) = 1 exabytes
1000 Exabytes = 1 Zettabyte
1000 Zettabytes = 1 Yottabytes

p/s : Pergh.. Agak-agak berapa movie format BluRay dapat muat dalam harddisk ni? Juta2 kot.. hohoho..

Sumber : Here


Read More.. "OMG : Harddisk Dengan Kapasiti 1 Yottabytes = 1 Trillion Gigabytes"

Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri (4 Gambar)


Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!


Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.



Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

p/s : Genius... 

Sumber : Here




Read More.. "Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri (4 Gambar)"

Info : Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM Dan Menteri



So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni..

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

p/s : Bestnye jadi diorang ni. Kami hanya share.. Bukan nak pertikai. Kebenaran tidak dapat disahkan.. Tapi dah byk blog yang post pasal benda ni..so, baca je la.. Bukan kami yang tulis ni. Boleh rujuk sumber di bawah.

Sumber : Here




Read More.. "Info : Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM Dan Menteri"

Cool : "Sajjadah 1426", Sejadah Elektronik Pertama Di Dunia (3 Gambar)


Dikenali dengan nama Sajjadah 1426, produk inovatif ini dikatakan dapat menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menjurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat. Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel.



Sumber : Here


Read More.. "Cool : "Sajjadah 1426", Sejadah Elektronik Pertama Di Dunia (3 Gambar)"

Cool : Nokia Cipta Paten "Tattoo" Dan Sticker Vibrate (2 Gambar)


AMERIKA SYARIKAT – Syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia telah mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat (sticker) di tubuh manusia yang akan bergetar apabila pemiliknya menerima panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (sms).

Menurut laman web unwiredview.com, paten yang dimaksudkan itu mengandungi dengan dakwat ferromagnetik yang ditanam pada tatoo atau pelekat tersebut yang kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari model telefon Nokia yang terpilih.

“Apa yang Nokia mahu lakukan ialah memohon kebenaran agar dakwat ferromagnetik dibenarkan untuk dibuat tatoo, yang akan bergetar berdasarkan getaran pada telefon bimbit anda,” kata laman tersebut baru-baru ini.


Memberi pilihan kepada pengguna yang tidak bersedia atau dilarang untuk mengukir tatoo pada tubuh mereka, Nokia turut mencipta sejenis pelekat di tubuh yang mampu bergetar dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, laman itu juga menjelaskan bahawa pemilik tatoo itu bebas untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya sebagaimana telefon bimbit biasa.

Malah dilaporkan juga bahawa tatoo atau pelekat tersebut turut bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.

Nokia merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang berpengkalan di Helsinki, Finland, dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. 
 Sumber : MNH


Read More.. "Cool : Nokia Cipta Paten "Tattoo" Dan Sticker Vibrate (2 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...