Kongsikan Entri Kami

Saturday, 18 August 2012

Cool : Promosi Spiderman, The Amazing Hero & Peluang Menang TV Internet Sony 46 Inci Dari Senheng!!


Berminat nak menang TV Internet Sony 46 Inci atau barangan premium The Amazing Spider-man? Senang saja... Jom baca kat bawah nih.. 

Beli & Menang!! 

Dengan setiap pembelian RM999 dan keatas, korang berpeluang untuk memenangi 1 daripada 50 buah Sony Internet TV 46 Inci!! 

* 3 kali peluang untuk memang jika korang beli produk SONY atau melakukan pembelian dengan menggunakan Hong Leong @ kredit kad EON Bank / skim pembayaran ansuran mudah AEON

Bagaimana nak menang?? 

1. Beli apa-apa produk minimum RM999 dalam satu resit dari kedai Senheng @ senQ yang mengambil bahagian

2. Isi borang peraduan & jawab soalan dibawah ini. 

SENHENG® and senQ® Digital Station are the official sponsor for The Amazing Spider-man. (True) (False)

3. Isi maklumat dibawah ni.
  • Nama
  • Nombor PlusOne
  • No S/O (penting, mesti isi - contoh SON atau SCS)
  • Nombor telefon bimbit
  • Alamat Email
  • Tandatangan
4. Para pelanggan haruslah mengisi borang peraduan dengan LENGKAP. Borang yang tidak lengkap akan dibatalkan permohonannya. 


Berikut merupakan Hadiah Premium The Amazing Spider-man!! 





p/s : apa tunggu lagi? Promosi sah sehingga 31 Ogos 2012. Jom pegi serbu Senheng!!! 



Read More.. "Cool : Promosi Spiderman, The Amazing Hero & Peluang Menang TV Internet Sony 46 Inci Dari Senheng!! "

Kesian : Wajah Lelaki Rosak Akibat Tumor (11 Gambar)

Lelaki ini telah menjalani pembedahan membuang tumor di mukanya yang merupakan penyakit keturunan. Akan tetapi, proses tersebut amatlah rumit sehingga pihak doktor tidak dapat memulihkan wajahnya.




p/s : Jika dibandingkan wajahnya sebelum pembedahan, pihak doktor telah melakukan kerja yang baik dalam mencuba utk memulihkan wajahnya.

Sumber : Here
Read More.. "Kesian : Wajah Lelaki Rosak Akibat Tumor (11 Gambar)"

Kesian : Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh (3 Gambar)


Sekali imbas, budak lelaki ini kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak normal yang lain. Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaannya. Sedang kanak-kanak seusia dengannya seronok bermain di luar, Fred James hanya terperuk di rumah sahaja.

Bukan kerana emaknya terlalu garang atau tidak membenarkan dia bercampur gaul dengan kanak-kanak yang lain, tetapi disebabkan penyakit ganjil yang dihidapi oleh Fred James sejak dia lahir lagi. Fred James dilahirkan tanpa kelenjar peluh dan dia tidak boleh berpeluh. 

Dia tidak boleh hidup dalam cuaca panas kerana ini akan mengancam nyawanya. Oleh itu, Fred James hanya boleh tinggal ditempat berhawa dingin sahaja. Kalau dia mahu berjalan ke luar, ibunya kena membawa ais untuk memastikan Fred James sentiasa sejuk.



Sumber : Here
Read More.. "Kesian : Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh (3 Gambar)"

Lawak : Jangan Berkahwin Dengan Atlit Balapan Wanita (Komik)


Nak tau kenapa? Jom layan komik kat bawah nih.. hehe.. sekadar hiburan..


Sumber : Here
Read More.. "Lawak : Jangan Berkahwin Dengan Atlit Balapan Wanita (Komik)"

Info : Kesan Buruk Makan Kuning Telur Sama Seperti Merokok


Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.

Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.

Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.

“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.

Sumber : here
Read More.. "Info : Kesan Buruk Makan Kuning Telur Sama Seperti Merokok"

Cool : Bergambar Dengan Posing Yang Sama Setiap 5 Tahun (7 Gambar)

5 sahabat berkumpul di tasik yang sama setiap 5 tahun untuk mengambil gambar mereka bersama. Tradisi ini bermula dari tahun 1982 dan berterusan sehingga kini. Ini lah yang dikatakan sebagai Persahabatan Sejati :)








p/s : cool.. nak buat jugak lah dgn member2.. hoho..

Sumber : Here
Read More.. "Cool : Bergambar Dengan Posing Yang Sama Setiap 5 Tahun (7 Gambar)"

OMG : [Video] Wanita "Melekat" Di Wiper Kereta Selepas Kemalangan


Menurut description pada Youtube, kemalangan ini berlaku di Cheras pada 27 Julai lepas dimana seorang wanita telah melanggar kereta perakam video ini. Namun wanita itu tidak mahu membayar dan tidak mengaku kesalahan beliau. 

Oleh kerana wanita tersebut tidak mahu membayar, perakam video yang dilanggar ini memberitahu akan melaporkan kepada polis namun wanita tersebut tidak membenarkan dan terus memegang wiper depan kereta. Dia tidak mahu melepaskan wiper tersebut dah tidak mahu mengaku kesalahannya. Jom sama2 sama kita saksikan drama menarik ini.. 


p/s : Mangsa yang dilanggar dikatakan membawa wanita tersebut ke balai dengan keadaan dia melekatpada bonet depan sambil memegang wiper. haha..

Sumber : Here
Read More.. "OMG : [Video] Wanita "Melekat" Di Wiper Kereta Selepas Kemalangan"

Serius : Program Realiti Tawarkan Tiket Ke Marikh Pada 2023 (Gambar)

GAMBAR lakaran artis menunjukkan kapsul yang menjadi tempat penempatan angkasawan di Marikh pada April 2023.
THE HAGUE, Belanda - Sebuah program realiti televisyen akan menghantar empat angkasawan ke planet Marikh pada April 2023. Penghantaran itu tujuh tahun lebih awal daripada rancangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dikenali sebagai Mars One dan pencarian angkasawan tersebut akan bermula pada tahun depan. Menurut jurutera mekanikal, Bas Lansdrop, 35, kos untuk melaksanakan misi itu ialah AS$6 bilion (RM18.79 bilion) dua kali lebih tinggi daripada kos kenderaan robotik Curiosity milik NASA.

Kehidupan angkasawan itu akan dirakamkan dan mereka tinggal dalam kapsul yang berasingan. Kapsul, makanan dan kenderaan robotik akan dihantar antara 2016 dan 2022.

Berdasarkan rancangan Lansdrop, kumpulan pertama melibatkan empat angkasawan itu akan disertai oleh beberapa orang lagi sehingga terdapat satu koloni manusia seramai 20 orang sedekad kemudian di Marikh.

Eksperimen saintifik termasuk mencari petunjuk kehidupan akan turut dilakukan. Planet itu mempunyai suhu - 55 darjah Celcius manakala ruang udaranya dipenuhi dengan karbon dioksida.

Menurut Landsdrop, bekalan oksigen akan diperoleh daripada air yang ditemui di bawah permukaan Marikh. Ketika ini Curiosity berada di Marikh selepas mendarat pada 5 Ogos menerusi penerbangan sejauh 566 juta kilometer ke Marikh selepas dilancarkan dari Florida, AS pada 26 November tahun lalu. - Agensi

Sumber : here
Read More.. "Serius : Program Realiti Tawarkan Tiket Ke Marikh Pada 2023 (Gambar)"

Friday, 17 August 2012

Lawak : [Video] Drift Menggunakan Seekor Kuda


Filem Tamil memang terkenal dengan efek yang melampaui batas akal fikiran manusia. Jom tengok dua video kat bawah ni.. Pernah tengok kuda drift?? LOL..


Ni pulak efek kebal.. tak tembus peluru beb.. siap terpelanting balik peluru tuh.. haha


Sumber : Here
Read More.. "Lawak : [Video] Drift Menggunakan Seekor Kuda"

Cool : Sebuah Pekan Kecil Di Dalam Penjara Di Bolivia (12 Gambar)


Penjara San Pedro yang merupakan sebuah penjara yang terbesar di La Paz, Bolivia amat terkenal dengan keadaan penjaranya yang mempunyai unsur kemasyarakatan. Apa yang menjadikan penjara ini lain dari yang lain adalah kerana para banduan di penjara ini bekerja seperti di dalam komuniti yang berada di dunia luar contohnya seperti membayar sewa atau memberi sewa penginapan, dan mereka juga tinggal di penjara itu bersama keluarga seperti seperti kehidupan di dalam pekan. Pihak polis jarang memasuki penjara ini malah mereka hanya perlu mengawal di bahagian luar penjara sahaja.

Selain terdiri daripada 1,500 banduan, penjara ini juga terdiri daripada mereka yang bukan banduan. Isteri dan anak-anak para banduan ini juga dibenarkan masuk dan keluar dari penjara ini secara sesuka hati mereka.

Hal ini berlaku kerana, sekiranya suami mereka yang terdiri daripada banduan itu tidak bekerja, keluarga mereka akan mengalami kesulitan hidup di luar sana. Jadi, mereka sering membawa masuk barang-barang ke dalam penjara untuk dijual sama ada dengan cara mendirikan gerai atau pun menjual dari sel ke sel.

Selain itu, seramai 200 anak-anak banduan ini akan diasuh oleh 2 pusat jagaan (nurseri) yang disediakan oleh pihak penjara atau dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan penjara. Sesetengah dari mereka juga banyak menghabiskan masa bermain dengan pengawal penjara.

Purata kematian di penjara ini dianggarkan sebanyak 4 kali sebanyak sebulan akibat masalah semula jadi dan serangan ganas antara banduan.

Di dalam Penjara San Pedro ini jugak, mereka membuat undang-undang sendiri. Setiap sektor di penjara ini akan mempunyai seorang ketua dan seorang setiausaha kewangan yang dilantik setahun sekali. Terdapat sedikit toleransi daripada para banduan yang pernah melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, walaubagaimanapun mereka secara perlahan-lahan akan didisiplinkan oleh banduan lain.













Sumber : Here
Read More.. "Cool : Sebuah Pekan Kecil Di Dalam Penjara Di Bolivia (12 Gambar)"

Serius : Anjing Di Jepun Dengan Pelbagai Fesyen (12 Gambar)

Anjing Di Jepun Dengan Pelbagai Fesyen.
Bukan sahaja manusia yang berfesyen di sana tetapi juga anjing.

Read More.. "Serius : Anjing Di Jepun Dengan Pelbagai Fesyen (12 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...