PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam
Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam
perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat
roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki
yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh
Sentosa, di sini.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di
persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah
motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah
mangsa.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk
Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan
disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan
dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.
“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.
p/s : ish.. dah macam dkt negara barat.. al-fatihah buat arwah..
Read More.. "Berita : Timbalan KP Kastam Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim Ditembak Mati (Gambar)"