Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 4 December 2012

Serius : Budak Perempuan 8 Tahun Diserang Dolphin (4 Gambar)


Seekor ikan lumba-lumba yang kelaparan telah menyerang dan menggigit seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Sea World yang terletak di Orlando, Florida pada minggu lalu sewaktu kanak-kanak malang tersebut cuba memberi makan kepada haiwan berkenaan.

Kanak-kanak tersebut, Jillian Thomas, 8 tahun mengalami tiga kesan gigitan dan bengkak-bengkak pada tangan kirinya selepas diserang haiwan tersebut secara mengejut, ujar ibu bapanya kepada Orlando Sentinel.

Dengan rakaman video yang sempat diambil oleh si bapa, ia memberi pengajaran kepada ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati.

"Pada mulanya saya menyangka yang saya perlu terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anak saya," katanya pada Sentinel. "Ini kerana saya menyangka yang dia akan diseret ke dalam air"

Kejadian ini bukanlah kejadian pertama yang pernah berlaku di Sea World ini.

Pada tahun 2006, dua tenaga orang dewasa terpaksa diperlukan bagi membuka mulut seekor ikan lumba-lumba yang telah menggigit lengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di mana telah memberi kecederaan yang teruk, mengikut salah satu artikel Sentinel.

Ibu Jullian, Amy Thomas berkata yang dia akan lebih berhati-hati sekiranya mengetahui yang anaknya akan digigit oleh ikan lumba-lumba berkenaan.

"Saya rasa selamat. Ini kerana kebanyakkan orang menyangka yang ikan lumba-lumba adalah haiwan yang jinak, sentiasa tersenyum, haiwan yang tidak menggigit dengan gigi yang tumpul. Namun, kita semua terlupa yang ia adalah haiwan liar."

Pihak keluarga Thomas tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap taman tema tersebut, tetapi mereka mahu pihak pengurusan Sea World meningkat tahap keselamatan dengan membuat kadar had umur kanak-kanak yang dibenarkan untuk memberi makanan kepada ikan lumba-lumba tersebut sambil memberi ingatan yang ikan lumba-lumba tidak lah sejinak yang kita sangka kan.




p/s : Bahaya jugak dolphin ni kalau tgh lapar.. 

Sumber : Here

5 comments:

mujagirl92 said... Best Blogger Tips

macam mana pulak dorang boleh lapa???? tak bagi makan ke??? pelik! http://mujadafewa.blogspot.com/2012/11/family.html

Anonymous said... Best Blogger Tips

admin kalau lapar kote dah dapat kote mesti gigit kote sampai putus, kan?

Anonymous said... Best Blogger Tips

2org ats ni bodo nk mampus....ntah pape komen.
yg 1st tu sangap batang duk bgi link....yg 2nd tu bodo nk mampus komen ntah pape.
BLAH LA WEI BLAH LA BODOH

Anonymous said... Best Blogger Tips

Haha..kelakar komen ko

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

kesiannya dolphin tu mesti gigi dia sakit

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...