Kongsikan Entri Kami

Thursday, 6 December 2012

Info : Petua Untuk Elakkan Cicak Berak Merata-Rata Dalam Rumah (Gambar)


Memula amik telur sebijik dalam peti ais. Pecahkan dalam mangkuk, panaskan api, letak minyak dalam kuali pastu goreng telur tu. Dah siap goreng, makan la telur tuh dengan nasi. Letak kicap sikit, baru sedapp....

Dah kenyang makan nasi, amik kulit telur yang korang goreng tadi, mungkin dah ada dalam tong sampah kemudian basuh bersih2.

Dah siap basuh kulit telur tuh, jemur di bawah sinaran matahari selama 3 hari hingga kulit telur tu betul2 kering.

Bila dah kering, amik kulit tuh dan pecah2 kan dia. Agak2 dalam sebesar duit 1sen. Jangan kecik sangat dan janganlah besar sangat. Sedang2 gitu.

Dah pecah2kan kulit tuh, korang lekatkan rapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana tempat yang selalu encik cicak mengUhUhkan dirinya. Tepi tong sampah ke, bawah meja ke, tepi langsir ke, belakang almari ke, memana jela tempat stratejik yang korang fikirkan perlu.

Dan tunggulah hasilnya. Insyaallah encik cicak dah segan2 nak uh uh kat umah korang lagi. Kalau ter uh uh pun mungkin tak sekerap dan sebanyak macam dulu.

See... senang je kan? Actually tips ni saya dapat dari majalah. Dalam majalah tu cakap, cicak ni alergik dengan mineral kulit telur. Bila dia nampak banyak kulit telur dalam rumah korang, sure dia lari ke rumah jiran.

p/s : Tak tau jadi ke tak.. try je la.. hoho.. 

Sumber : Here

13 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

fisrtttttttttttttttttt

Anonymous said... Best Blogger Tips

cibai lu anon atas ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

oh cmtu ke..ni blh wat projek sains ni

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

ooo yeke... terima kasih atas perkongsian ilmu ini

Anonymous said... Best Blogger Tips

ala nak lekat kt kadbod ke. bubuh je trus telur kulit tu kt tmpat tu takleh ke. leceh la plak nak bergam gam niii

Anonymous said... Best Blogger Tips

eakee???... mau di try nee... cicak slaluu oo'oo atas atap kereta akuuuuuu -___-

Anonymous said... Best Blogger Tips

cicak berak uh uh ke? hehehe.. tq share ilmu

Farah Deeb said... Best Blogger Tips

Hahahaha.. memula baca ingatkan tipu. Orait nanti nak cube bile nampak cicak nak ber uh uh... ;P
My latest Entry :)
Resepi: Egg Moist Eggless Chocolate Cake

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi aku malas nak petua macam kat atas, aku main lastik je cicak. Walaupun aku kasihan, tapi terpaksa juga bunuh cicak tu.
Setakat ni dah 93 ekor cicak aku bunuh dgn getah yang aku buat lastik.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo cara berbayar, beli je spray botol hijau tu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

makan nasi an kicap xleh blaa

Unknown said... Best Blogger Tips

bela kucin je..gerenti cicak xde

Mat esang said... Best Blogger Tips

Esok aku nak try lah,bosan dah duduk cuci tahi cicak hari2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...