Canberra – Seramai 29 orang telah ditangkap di hutan Papua New Guinea
selepas mereka didakwa membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai bomoh
ahli sihir sebelum anggota badan mangsa dimakan, minggu lalu.
Hanya mayat empat daripada tujuh mangsa berjaya ditemui, yang lain, kemungkinan besar telah dimakan. Menurut pesuruhjaya polis Madang, Anthony Wagambie, otak mangsa dimakan secara mentah manakala buah zakar mereka dimasak sup.
“Mereka tidak rasa perbuatan mereka itu salah malah mereka membuat pengakuan secara terbuka,’’ katanya.
Wagambie
berkata, suspek mendakwa mangsa mengamalkan `sanguma’ atau sihir dan
mangsa dikatakan mengugut penduduk miskin supaya menyerahkan wang atau
seks di atas khidmat yang mereka sediakan.
Justeru dengan makan organ bomoh terbabit, suspek percaya mereka akan menjadi kebal dan tidak tembus peluru. Kesemua suspek termasuk wanita itu telah didakwa melakukan pembunuhan dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.
Lebih banyak saksi akan dipanggil memberikan keterangan sebelum polis mengaitkan mereka dengan tuduhan kanibalism. Wagambie
percaya, terdapat antara 700 hingga 1,000 anggota kumpulan berkenaan di
beberapa kawasan pedalaman di Papua New Guinea dan kesemua mereka
berkemungkinan makan daging manusia.
Kanibalism pernah menjadi
amalan penduduk di kawasan pedalaman Papua New Guinea, di mana daging
manusia dikenali sebagai `babi panjang’. Wagambie, berkata, polis dijangka menahan 100 orang lagi berhubung jenayah berkenaan.
p/s : Gila... ade lagi orang kanibal ni yer..
Sumber : here
13 comments:
OH TIDAK!!!!
seram kot, ad lg geng2 ni rupanye,, ish3..
EEEE.... KIAMAT LAH DUNIA NI....
di melaysia pun ada
Malaysia..bukan Melaysia...
sejak bila m'sia ada kanibal ni biar tul? x pnh dengar pon tp lau belah papua sana biasa la..seram tgok sume ni..dh berada di alaf maju pon masih der lg org mkn org ni..mkn la ayam ker,ikan or lembu lg bagus..pepun lantak la asal bukan kt m'sia sudah laa...
Ada lagi pun kat sarawak kot, puak makan orang. kalau aku cakap karang ada yang marah.
anon 08:40.stakat nih tkde plak dokumentari ckp kat srwk ada canibal?jd isu bnda ni nnti.
kat papua new guinea kan memang ada :)
mun sik tau jgan purak2 bagik tau gilak. sik penah aku dgn org swak tok makan org. kecuali mulut org ya puaka gilak kali mok kena sumpit
Orang yang cakap orang Sarawak makan orang betul2 tak bertamadun, hidup di zaman batu agaknyer. Kesian betul dengan si lahabau tu, masih ketinggalan zaman. Otak macam babi hutan.....sial.
da syak da mzti semenanjung yg typical minded ckp swak mkn org..aku tgk je tjuk ne..tgk kmen..mzti ad je org da mule nk kaitkan swak dgn kes cmni..plik aku...
cian kt kpale otak ko yg pker swak cm2..adoyai...kampung giler ek prangai...
hahahaha...mmg sah perangai cm kampung...
wat a shame...
x expose ngn dunia luar..asyik tperuk kt kmpg je..tu yg mule nk tabur fitnah...
Post a Comment