China – Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki
berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin
yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.
Akibat
perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk
mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika remaja berkenaan sedang membantu mekanik membaiki kereta di sebuah bengkel.
Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.
“Kami
terpaksa membelah perutnya untuk mengeluarkan gas tersebut dan selain
itu usus kecilnya juga mengalami pendarahan teruk,’’ kata doktor. Kecederaan parah itu juga menyebabkan Du koma selama seminggu .
Dua lelaki tersebut telah ditangkap dan mereka mendakwa perbuatan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada gurauan. Mereka mendakwa memasukkan pam itu ke dalam lubang dubur Du selepas dia ditolak ke tanah.
Sementara itu, Du kini dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shangdong ke Hospital Kanak-Kanak di Beijing. Biarpun
keadaan Du kini stabil namun usus kecilnya, paru-paru dan hidungnya
dijangkiti bakteria yang teruk manakala gegendang telinganya juga cedera
parah.
Du dihantar bekerja di bengkel tersebut selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu. Memandangkan
pemilik bengkel itu merupakan rakan keluarganya, maka dia diharapkan
dapat membimbing Du biarpun Du tidak dibayar gaji, hanya diberikan
pakaian dan makanan.
Bagaimanapun kemiskinan yang melanda keluarga
Du menyebabkan mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang setakat ini
berjumlah 100,000 yuan. Namun mujurlah ada kumpulan NGO yang
sedia membantu selain persetujuan daripada pemilik bengkel itu untuk
menanggung 60 peratus kos perubatan remaja malang tersebut.
p/s : Bergurau pun agak-agak la.. gila btol..
Sumber : Here
7 comments:
sian btol bdak 2....da la miskin,pas2 kne buli smpai mcm 2 skali...
sebab tu cina yang duduk malaysia kene besyukur duduk sini tak miskin
budak2...what do u expect? orang melayu y dduk malaysia pn kena bersyukur...smua orang kena bersyukur...apa la masalahnya cina bukit
penah jd kt sedare aku..kwn2 melawak masukkan paip yg isi angin tayar lori lam suar pakcik aku..niat melawak gak..nng teruk la..skang ni pakcik aku kurus kering tinggal rangka je
kesian kat budak tuh ....
ini serius!!!!!----kakcik----
=( kesian...
Post a Comment