Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 8 February 2012

Cool : Tatu Titanic Siap Dalam Masa 5 Tahun


MARCHWOOD, Britain - Seorang suami berusia 51 tahun, Steve Hide mempunyai tatu yang menceritakan kisah pelanggaran kapal Titanic yang dicacah di belakang tubuhnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia membelanjakan 3,000 (RM14,441) bagi kos menghasilkan tatu itu yang memerlukan masa selama 40 jam untuk disiapkan dalam tempoh lima tahun.

Apabila saya mula membuat tatu itu lima tahun lalu, saya berhasrat tatu tersebut dapat disiapkan semasa ulang tahun Titanic ke-100, katanya kepada akhbar Southern Daily Echo.

Tatu itu mengisahkan kapal seberat 46,000 tan itu karam pada April 1912 semasa dalam pelayaran dari Southampton, Britain ke New York.

Isterinya, Vivienne, 51, berkata, semasa mereka pergi bercuti dan Hide tidak memakai baju, ramai orang yang mahu melihat tatu tersebut dan bergambar dengannya.

Tatu itu dihasilkan oleh Pix Marcin dari kedai Tattooz By Design di Shirley.

Saya merupakan seorang artis tatu yang profesional selama lima hingga enam tahun dan saya tidak pernah melihat tatu seperti itu. Ia amat mengagumkan, kata Marcin. Agensi

p/s: Sanggup tu tunggu 5 tahun..Giler...

Sumber : Here


8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

2nd...

Anonymous said... Best Blogger Tips

leh la tahan die punye cite..

Anonymous said... Best Blogger Tips

shit..melepas lagi den! huhuhuhuhuu

Anonymous said... Best Blogger Tips

DOK MELEPEH APE NYE YEOP?????? NK 1st KAN... AKU PON XPERNAH DAPAT LG... HHHAHHAAAA. =D

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku dah dapot merasai nikmat first!!!

ben xii said... Best Blogger Tips

next post -__-

Anonymous said... Best Blogger Tips

entah kome ni pun aje gampang peranga..kahkahkah

Anonymous said... Best Blogger Tips

apsal sejak blog serius dah kurang update (gara2 owner nyer kahwin) makin ramai lak org merapu kt sini lak.

aiyayaya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...