Kongsikan Entri Kami

Sunday, 22 January 2012

Serius : Kamal Ashnawi dari Perak Merupakan Manusia Paling Kaya Di Dunia? (Gambar)

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005. 

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

29 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Aku rase budak ni gile la.. Hehe.. Aku raselah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Combined international colateral of the global debt facility tahun 1875. Mcm pelik je

Anonymous said... Best Blogger Tips

banyak tengok dvd budak ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

kita tnggu kebenaran nya nanti...

Anonymous said... Best Blogger Tips

vv

Anonymous said... Best Blogger Tips

mcm pelik jerrr hurmm

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha lawak lah...tapi kalau betul dia kaya sbb keturunan raja, mungkin dari simpanan emas, sbb raja2 dulu memang banyak emas...tak tau la kalau dia ni memang betul kaya.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

hammpeh betul siapa yg promote blog ni...serius aku stresss giler...lagi baca citer mamat nie..

setakat kata yg terkaya tu = aku bangga gila dah

bila dia kata harta warisan diraja = mmmm, patutlah...tp, nak kata dia anak raja ke?

bila bab kata maharaja indonesia = aku mmg dah x boleh blah....sejak bila Indonesia ada maharaja kang? kalau india adalah...

agak2 lah woi....serius aku stress giler!!!...wakaka

Anonymous said... Best Blogger Tips

mari baca....
http://wiki.answers.com/Q/Is_the_owner_of_HSBC_Kamal_Ashnawi_a_dutch_citizenship

Anonymous said... Best Blogger Tips

lagi satu....
http://drilyasharunmalaysia.blogspot.com/2011/09/istana-sri-malai-mahawangsa.html

Anonymous said... Best Blogger Tips

biasanya org kaya diam2 jer tanak gtau org lain yg dia kaya raya..pelik lak mamat ni. siap wat sidang media lg gtau yg dia org paling kaya d dunia, maharaja la apa la...haihh..pelik2 org zaman skrg ni..klo yer pn ko paling kaya d dunia, ada ku kisah??

forbes x istihar dia org paling kaya d dunia sbb hasil kekayaan dia tu bukan hasil usaha sendiri, tp hasil harta pusaka.. mcm bill gates kekayaan dia hasil dr usaha sendiri, bukan dr harta warisan org tua dia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

oh meleis. kalau camtu. aku pn keturunan raja sparta. belayar ke nusantara guna sampan je.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bile bce psl dia kat sini, rs mcm x btol je dia ni...http://drilyasharunmalaysia.blogspot.com/2011/09/istana-sri-malai-mahawangsa.html ..mcm ade grandious delusion

Anonymous said... Best Blogger Tips

lawak sial

sadan said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

kepala ko senget mdh paling kaya di muka bumi.
sama jer cerita ngan kwn aku dewa siva batarabumi dr daerah terpencil serian tok.ngaku dirik keturunan maharaja Thailand,jame brooke dan mati pun boleh jd kumbang taik.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape lagi. gi la buat amal kebajikan kat fakir miskin rumah anak2 yatim.. promote harta berlambak nk wat gapo

Qistina Mj said... Best Blogger Tips

klu kaya sgt..bantu ler sume rakyat malaysia..:P

Anonymous said... Best Blogger Tips

dia ni species sama ngan si lebanon tempang tu..kaya giler..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Korang patut baca the star hari ni. Reincarnation maharaja china pulak dah dia jadi.. Kesian aku rasa mamat ni

Unknown said... Best Blogger Tips

mcm pernah kes jutawan lubnan dulu...kata kaya....sampai 15 pengawal

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo kaye sgt,bli la man u,boleh lwn pak arab man city

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cuba fikir..kalau apa yang di tunjuk tu tak betul, mesti HSBC London dah saman dia..haa amacam..fikir laa, jangan pandai nak mengutuk orang jee..hee.hhe

Anonymous said... Best Blogger Tips

yang korang ni kutuk2 dia kenape?
dia buat sidang media sbb bnyk project2 dia yg gagal sbb orang tak percayakan dia, sbb tu dia bagitahu media dgn siap penyata hsbc.
tu la orang melayu tak boleh tgk orang lebih skit korang da memekak. get a life mofo.

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa crita org ni yer? penipu ker?

drilyas said... Best Blogger Tips

Bila Melayu kutuk Melayu, orang bukan Melayu ketawa besar. Bila orang Islam kutuk orang Islam, orang bukan Islam bertambah gembira mendominasi umat Islam. Perangai yang destruktif ini tidak membantu kemajuan orang Melayu/Islam tetapi menguntungkan orang bukan Melayu/bukan Islam. Eloklah kalau ada orang Melayu yang kaya raya. Kenapa kita suka kutuk?

Unknown said... Best Blogger Tips

Dr Ilyas, apa kesudahannya dgn Dato Anuar Hamzah?

a said... Best Blogger Tips

Penipu mamat ni.,...

a said... Best Blogger Tips

Ye mmg penipu... Dah berjuta collect duit org...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...