KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang
terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa
beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20
trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada
pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya
membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar
‘trillionaire’.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum
(M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak
mentah di Kedah pada 2005.
Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia
terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah
RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua
dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang
dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak
berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan
syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di
Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada
sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah
projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan
Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek
penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan
diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam
Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.
Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala,
katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi
menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini
bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan
diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the
Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia
dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan
dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
1st
ReplyDeleteAku rase budak ni gile la.. Hehe.. Aku raselah..
Combined international colateral of the global debt facility tahun 1875. Mcm pelik je
ReplyDeletebanyak tengok dvd budak ni
ReplyDeletekita tnggu kebenaran nya nanti...
ReplyDeletevv
ReplyDeletemcm pelik jerrr hurmm
ReplyDeletehaha lawak lah...tapi kalau betul dia kaya sbb keturunan raja, mungkin dari simpanan emas, sbb raja2 dulu memang banyak emas...tak tau la kalau dia ni memang betul kaya.....
ReplyDeletehammpeh betul siapa yg promote blog ni...serius aku stresss giler...lagi baca citer mamat nie..
ReplyDeletesetakat kata yg terkaya tu = aku bangga gila dah
bila dia kata harta warisan diraja = mmmm, patutlah...tp, nak kata dia anak raja ke?
bila bab kata maharaja indonesia = aku mmg dah x boleh blah....sejak bila Indonesia ada maharaja kang? kalau india adalah...
agak2 lah woi....serius aku stress giler!!!...wakaka
mari baca....
ReplyDeletehttp://wiki.answers.com/Q/Is_the_owner_of_HSBC_Kamal_Ashnawi_a_dutch_citizenship
lagi satu....
ReplyDeletehttp://drilyasharunmalaysia.blogspot.com/2011/09/istana-sri-malai-mahawangsa.html
biasanya org kaya diam2 jer tanak gtau org lain yg dia kaya raya..pelik lak mamat ni. siap wat sidang media lg gtau yg dia org paling kaya d dunia, maharaja la apa la...haihh..pelik2 org zaman skrg ni..klo yer pn ko paling kaya d dunia, ada ku kisah??
ReplyDeleteforbes x istihar dia org paling kaya d dunia sbb hasil kekayaan dia tu bukan hasil usaha sendiri, tp hasil harta pusaka.. mcm bill gates kekayaan dia hasil dr usaha sendiri, bukan dr harta warisan org tua dia.
oh meleis. kalau camtu. aku pn keturunan raja sparta. belayar ke nusantara guna sampan je.
ReplyDeletebile bce psl dia kat sini, rs mcm x btol je dia ni...http://drilyasharunmalaysia.blogspot.com/2011/09/istana-sri-malai-mahawangsa.html ..mcm ade grandious delusion
ReplyDeletelawak sial
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekepala ko senget mdh paling kaya di muka bumi.
ReplyDeletesama jer cerita ngan kwn aku dewa siva batarabumi dr daerah terpencil serian tok.ngaku dirik keturunan maharaja Thailand,jame brooke dan mati pun boleh jd kumbang taik.
ape lagi. gi la buat amal kebajikan kat fakir miskin rumah anak2 yatim.. promote harta berlambak nk wat gapo
ReplyDeleteklu kaya sgt..bantu ler sume rakyat malaysia..:P
ReplyDeletedia ni species sama ngan si lebanon tempang tu..kaya giler..
ReplyDeleteKorang patut baca the star hari ni. Reincarnation maharaja china pulak dah dia jadi.. Kesian aku rasa mamat ni
ReplyDeletemcm pernah kes jutawan lubnan dulu...kata kaya....sampai 15 pengawal
ReplyDeletekalo kaye sgt,bli la man u,boleh lwn pak arab man city
ReplyDeleteCuba fikir..kalau apa yang di tunjuk tu tak betul, mesti HSBC London dah saman dia..haa amacam..fikir laa, jangan pandai nak mengutuk orang jee..hee.hhe
ReplyDeleteyang korang ni kutuk2 dia kenape?
ReplyDeletedia buat sidang media sbb bnyk project2 dia yg gagal sbb orang tak percayakan dia, sbb tu dia bagitahu media dgn siap penyata hsbc.
tu la orang melayu tak boleh tgk orang lebih skit korang da memekak. get a life mofo.
apa crita org ni yer? penipu ker?
ReplyDeleteYe mmg penipu... Dah berjuta collect duit org...
DeleteBila Melayu kutuk Melayu, orang bukan Melayu ketawa besar. Bila orang Islam kutuk orang Islam, orang bukan Islam bertambah gembira mendominasi umat Islam. Perangai yang destruktif ini tidak membantu kemajuan orang Melayu/Islam tetapi menguntungkan orang bukan Melayu/bukan Islam. Eloklah kalau ada orang Melayu yang kaya raya. Kenapa kita suka kutuk?
ReplyDeleteDr Ilyas, apa kesudahannya dgn Dato Anuar Hamzah?
ReplyDeletePenipu mamat ni.,...
ReplyDelete