Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 13 September 2011

OMG : SMS palsu punca Islam, Kristian bergaduh di Indonesia

Maklumlah sekarang orang ramai cepat terpengaruh dengan SMS dan juga status di Facebook. Bagi yang di luar sana TOLONG jangan sebar sesuatu yang kita tak tahu sumber atau kebenarannya kepada orang lain terutamanya Isu Berkaitan dengan Agama  dan Perkauman. Semalam admin terbaca satu status di Facebook. Memang tak patut benda ini disebarkan sekiranya tak ada bukti yang kukuh. Kalau benda ini betul, memang dah lama masuk dalam berita atau suratkhabar. Mana tahu yang menyebarkan benda ini kena serang pula kerana tak puas hati oleh pihak tertentu. Memang benar kita mempertahankan agama kita tetapi kalau kita menyebarkan info palsu, apa akan terjadi? Tak pasal-pasal berlaku rusuhan seperti di Anton, Indonesia. Yang tak bersalah pula menjadi mangsa. Sedangkan cerita sebenar adalah pemandu itu meninggal di dalam kemalangan bukan dibunuh.

Ini dari Facebook, benda sebegini patut dikurangkan sebab tak tahu kebenarannya. Selain itu, kuatkan iman daripada terjebak. Bukan perlu 'cautious' hanya bila disuruh. Jangan salahkan agama lain sebab bukan semua seperti yang kita sangkakan. KEnapa sekiranya kita lihat di IPTA semua bangsa boleh bergaul tetapi segalanya menjadi buruk apabila diPOLITIKkan. Semua orang boleh makan semeja, bergerak dalam satu kereta dan belajar bersama-sama tetapi apabila pihak yang tak bertanggungjawab membuat tuduhan, semuanya berubah kerana pihak ini yang sepatutnya memberi kebenaranya sebelum membuat tuduhan. Apa guna selepas semua orang dan berfikiran buruk pada pihak lain baru mereka menyatakan MINTA MAAF kami salah sebenarnya... Semua dah tak berguna. Yang penting perpaduan dan bukan mencari populariti. Baca cerita ini dari MyNewsHub : Melayu Berlindung di Gereja

JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu.

Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian.

Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan.

Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat.

“Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya.

Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi.

SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi 

1 comments:

ae said... Best Blogger Tips

cool first

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...