Seekor anjing cacat telah ditanam hidup-hidup di Cape Town, Afrika Selatan oleh tuannya. Anjing ini dikatakan menyalak terlalu lama menyebabkan tuannya begitu marah dan kemudian menanamnya hidup-hidup agar tidak dapat menyalak lagi. Tuannya adalah seorang pengurus di sebuah sekolah telah menanam anjing tersebut di tepi padang sekolah. Seorang pemanggil misteri (besar kemungkinan seorang pelajar) yang hairan kerana tidak mendengar nyalakkan anjing tersebut terus menefefon pihak tertentu untuk mencarinya kerana ada orang nampak pengurus dengan bantuan seorang janitor ini mengorek lubang di tepi padang. Selepas beberapa jam, mereka terjumpa lubang tersebut dan kelihatan anjing tersebut di dalamnya Akhirnya anjing ini telah diselamatkan dan terus dirawat di klinik veteriner. Dua orang yang terbabit ini telah disaman oleh pihak berkuasa.
8 comments:
kesiannye
bila syaitan menguasai manusia cm tu la jadinye..
pic last nmpk mcm anjing tu menangis.. :'(
sedey :(
bongok..menangis kot anjing tu..kesian gile
kesian dia...mesti dia sedih tuan dia wat cam 2...
manusia kejam.
slmt ade manusia yg berhati manusia lagi kalau tak tamatlah ajal anjing tu kat c2 ..
Post a Comment