Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 27 April 2011

Lelaki melamar teman wanita menggunakan Silang Kata

sumber : kosmo!

WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.

Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.

Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.

Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.

Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. - Agensi

7 comments:

alia othman said... Best Blogger Tips

this is soooo romantik. tapi penatlah nak jawab. byk sgt silang kata. kalau aku, terus malas lah nak jawab. hihihi

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

tu la..kang2 x pandai jawab pula..:-))

Arif Dzulkifli said... Best Blogger Tips

ini sangat romantik kalau awek kau pun suka main crossword puzzle ni. btw, aku terfikir jgak. apa pembayang bagi jwpan "marlowe" tu. haha.

zhrhtoodem said... Best Blogger Tips

wah. haah ek. kalo minat crossword takpe lah. tapi baguih jugak lah untuk orang yg minat crossword nih. hehehehe

Amy Qifreema said... Best Blogger Tips

WOW!

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow...romantik giler...

Anonymous said... Best Blogger Tips

heeee , gler romantik klu buat kat awek aku ni confurm trus kne teranjang .. hahahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...