Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 15 October 2013

OMG : Jambatan Pejalan Kaki Ke Feri Di China Runtuh Kerana Kedegilan Manusia (9 Gambar)

Jambatan Pejalan Kaki Ke Feri Di China Runtuh Kerana Kedegilan Manusia.
Manusia memang suka mengingkari arahan dan bila dah terjadi baru mereka sedar. Ini berlaku di China sebuah pelabuhan feri di Timur China di mana para pelancong yang ingin melihat keindahan Gunung Lushan dengan lebih jelas harus menyeberangi jambatan ini. Notis telah dinaikkan menyatakan hanya 40 orang sahaja boleh naik pada satu masa. Mereka tidak patuh pada notis itu dan akhirnya ianya tumbang. 

Read More.. "OMG : Jambatan Pejalan Kaki Ke Feri Di China Runtuh Kerana Kedegilan Manusia (9 Gambar)"

Sunday, 13 October 2013

Horror : [Wanita] Tulang Muka Hancur Ditolak Polis Ke Kerusi Konkrit


Satu rakaman video CCTV di dalam balai polis telah bocor dan menunjukkan seorang wanita telah ditolak dan terhantuk di kerusi konkrit yang mencederakan mukanya. Cassandra Feuerstein, 47 tahun telah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Setelah dibawa ke lokap, dia telah disoal siasat. Kemudian dia dibawa kembali ke lokap dan seorang pegawai polis lelaki telah menolaknya dengan kuat. Tolakan itu telah menyebabkan Cassandra tersembam ke kerusi konkrit dan telah menyebabkan tulang mukanya patah teruk. Menurut doktor, tulang mukanya tidak dapt diperbetulkan dan perlu diganti dengan plate titanium. 



 Sumber : Here

Read More.. "Horror : [Wanita] Tulang Muka Hancur Ditolak Polis Ke Kerusi Konkrit "

Horror : Potong Kaki Sendiri Menggunakan Gergaji Akibat Penyakit Aneh (Gambar)


BEIJING – Seorang lelaki di Hubei yang menghidap penyakit aneh bertindak menggergaji kaki kanannya menggunakan gergaji logam, pisau kecil dan penggaru yang dibungkus dengan tuala.

Menurut laporan terkini dalam Shijiazhuang News, Zheng Yanliang, 47, dari bandar Boading dikenali sebagai lelaki perkasa di bandar terbabit.

Bagaimanapun, tahun lalu dia menghidap penyakit teruk di perutnya sebelum ia beralih ke kakinya. Kesakitan dialami sangat menyakitkan hingga dia tidak mampu untuk berdiri sebelum disahkan menghidap trombosis arteri di kedua-dua belah kakinya.

Ujian angiogram menunjukkan semua arteri di kaki kanannya sudah tiada. Doktor memberitahu Zheng yang penyakit dihidapinya itu sangat jarang ditemui dan dia mungkin hanya dapat hidup tidak melebihi sebulan hingga menyebabkan isterinya menangis.
Sepanjang tiga bulan Zheng terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat hingga dia hampir pengsan.

Dia juga sering menjerit sehingga jiran tetangga tidak dapat tidur pada waktu malam. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya, beberapa hari berikutnya selepas isterinya masuk tidur, Zheng menggunakan pisau, gergaji logam serta penggaru yang dibalut dengan tuala dan mula memotong kakinya.

Kira-kira 20 minit kemudian isterinya yang terjaga dari tidur terkejut melihat kaki kanan suaminya sudah dipotong 15 sentimeter dari paha. Gergaji logam yang digunakan juga patah dua.

Bagaimanapun Zheng bernasib baik kerana tidak terdapat banyak darah ketika dia memotong kakinya itu ekoran penyakit trombosis dihidapi. Walaupun dia tidak lagi mengalami kesakitan di sebelah kaki yang sudah dipotong berkenaan, tetapi sakit di kaki kirinya pula kian buruk. Zheng kini meminta bantuan masyarakat sekeliling untuk mengumpul dana bagi membolehkan dia mendapatkan kaki palsu agar dia dapat meneruskan kehidupan dan menyara keluarganya.

Sumber : Here
Read More.. "Horror : Potong Kaki Sendiri Menggunakan Gergaji Akibat Penyakit Aneh (Gambar)"

Serius : Vatican Malu Besar Tersalah Eja "Jesus" Pada Pingat Edisi Terhad (3 Gambar)


PENTADBIRAN kerajaan teringgi Kristian Roman Katolik di Vatican City malu besar selepas pingat edisi terhad sempena sambutan ulangtahun setahun pemerintahan Paus Francis selepas nama Jesus dieja salah.

Pingat itu telah pun mula dijual dengan nama Jesus dieja sebagai ‘Lesus’ sebelum semuanya ditarik balik sebaik kesalahan ejaan itu disedari. Kira-kira, 6,000 keping pingat emas, perak dan gangsa dengan kata-kata hikmah Paus ditatahkan di sekeliling pingat itu dikeluarkan oleh syarikat Italian State Mint.

Menurut sumber Vatican, hanya empat buah pingat itu terjual sebaik jualan dibuka minggu ini. Pakar bahan sejarah menjangkakan empat pingat berkenaan akan berharga lebih tinggi pada masa akan datang ekoran kesalahan ejaan itu yang disifatkan sebagai jarang berlaku.

Semua pingat diberikan nombor siri dan sijil kesahihan oleh kerajaan Vatican City.



Sumber : Here
Read More.. "Serius : Vatican Malu Besar Tersalah Eja "Jesus" Pada Pingat Edisi Terhad (3 Gambar)"

Kesian : Wanita Tersangkut Atas Jambatan Setinggi 22 Kaki Dari Air (2 Gambar)


Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.

Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.

Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan. Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.

Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki. Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.

Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.



Sumber : here
Read More.. "Kesian : Wanita Tersangkut Atas Jambatan Setinggi 22 Kaki Dari Air (2 Gambar)"

Friday, 11 October 2013

Serius : Kelab Seks Untuk Warga Emas Di Jepun (2 Gambar)


TOKYO – Sekali pandang, ahli kelab ‘Three Loves’ akan berkumpul setiap petang untuk menghabiskan masa minum teh. Tetapi realitinya, kegiatan itu turut membabitkan seks antara ahli kelab yang separuh daripadanya berusia lebih 80 tahun.

Polis di Tokyo semalam menahan seorang lelaki berumur 70 tahun kerana melanggar undang-undang pelacuran dengan tuduhan mengatur seks antara kira-kira 1,000 lelaki dan 350 wanita sebagai balasan memperoleh komisyen. Kiyohide Kuroda dan kelab tehnya melanggar undang-undang pelacuran Jepun, kata pegawai.

Dia dituduh mengatur kegiatan seks di kalangan warga emas menerusi iklan di akhbar yang mencadangkan mereka mungkin dapat menghilangkan kebosanan dengan bertemu rakan minum teh yang lain di kelab miliknya, San Ai, atau Cinta Tiga.

Lelaki tertua yang menjadi anggota kelab itu berusia 88 tahun sementara wanitanya, 82 tahun dan majoriti ahlinya berusia pertengahan 60-an. Hanya mereka yang terpilih saja boleh menganggotai kelab itu. tetapi ia dihadkan kepada mereka yang lebih 40 tahun dan perniagaan yang dijalankan sejak 10 tahun lalu membolehkan Kuroda memperoleh komisyen lebih RM1 juta.


Sumber : Here
Read More.. "Serius : Kelab Seks Untuk Warga Emas Di Jepun (2 Gambar)"

OMG : Nenek Berusia 61 Tahun Menggunakan Paru-Paru Besi (4 Gambar)


 NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat menghabiskan 61 tahun hidup dalam tiub besi untuk terus bernafas selepas penyakit polio menyebabkan dia lumpuh.

Martha Mason terbaring dalam tiub yang digelar sebagai paru-paru besi yang berfungsi sebagai sejenis pengalih udara, menambah dan mengurangkan tekanan udara bagi mengembang dan mengecutkan paru-paru Martha kerana ototnya amat lemah. Martha terbaring dalam silinder besi berukuran 2 meter panjang dan seberat 362 kilogram itu, membaluti tubuhnya kecuali kepala.

Martha lumpuh ketika berusia 11 tahun selepas menghidap polio sejurus selepas wabak itu membunuh adik lelakinya, Gaston.

Selepas adik lelakinya dikebumi, Martha menyedari yang dia juga menghidap simptom sama, tetapi merahsiakan kebimbangannya untuk tidak membuat ibu bapanya sedih.
Dalam bukunya ‘Bernafas: Hidup Dalam Rentak Paru-Paru Besi,’ Martha menulis: “Saya tahu saya menghidap polio.

Saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya. “Sehari sebelum itu saya dengar ibu bercakap dengan rakannya mengenai paru-paru besi yang dipakai Gaston. “Saya tahu saya tidak akan berdepan kesukaran itu kerana saya ada paru-paru yang sihat.” Dalam video dirakam sebelum kematiannya pada 2009, Martha berkata: “Saya sering berfikir bagaimana perasaan ibu bapa saya apabila saya jatuh sakit – mereka turut mengebumikan satu-satunya anak lelaki mereka.

“Orang lain dan saya sendiri menyangka ibu bapa saya akan hidup lebih lama daripada saya. Doktor berkata, paling lama pun, saya hanya akan hidup setahun, tetapi sehingga hari ini saya masih hidup. Terima kasih kepada paru-paru besi itu.” Mereka yang menulis mengenai kisah hidupnya berkata, semangat dan keinginan Martha untuk menjalani kehidupan biasa adalah kunci kepada umur panjangnya.

Walaupun mengalami keadaan yang sukar, Martha yang dilahirkan pada 1937 dan tinggal di Lattimore, North Carolina berjaya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan terbaik, selain turut menganjurkan parti makan malam.

Dalam video itu Martha berkata: “Hidup seperti ini sudah menjadi perkara biasa buat saya saya tidak pernah memikirkan mengenainya.” “Mesin ini berfungsi daripada gegendang telinga saya seperti beg udara besar. Terdapat kaedah lain pengalihan udara, tetapi saya memilih untuk tidak melakukannya. 


Sumber : Here
Read More.. "OMG : Nenek Berusia 61 Tahun Menggunakan Paru-Paru Besi (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...