Kongsikan Entri Kami

Friday, 23 November 2012

Info : Israel Akan Kalah Apabila.... (Gambar)


Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil selesai Menunaikan Solat Subuh di salah satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid

Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu terus pergi.

Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya ;

"Apa yang kamu lakukan tadi?"

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat Subuh di Masjid..” kata tentera Israel Itu.

Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya, 


"Kenapa?"

Tentera Israel pun menjawab, :


Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat)  ada tertulis,
“Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk Solat Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur"

“oTetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”-

Wallahua'lam bissowab.


p/s : Renung-renungkan.. 

Sumbeer : Here

Read More.. "Info : Israel Akan Kalah Apabila.... (Gambar)"

Serius : Butik Paris Hilton Dibuka Di Mekah Cetuskan Kemarahan Orang Ramai (4 Gambar)


Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu. Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.





p/s : Ish3... 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Butik Paris Hilton Dibuka Di Mekah Cetuskan Kemarahan Orang Ramai (4 Gambar)"

Kesian : [Video] Gadis 16 Tahun Dipukul Tanpa Sebab Hingga Pengsan


Kamera CCTV telah merakam seorang lelaki memukul gadis 16 tahun sehingga pengsan di luar Black Lion Pub, East London. Gadis itu mengalami bengkak di kepala dan luka di muka akibat serangan itu dan telah dikeluarkan dari hospital. Polis sedang mencari lelaki yang dipercayai bertubuh sasa, kepala dicukur dan setinggi 6 kaki. 

Aku tak paham apa motif laki tu. Polis cakap, hanya suka2..tapi entahlah.. kuat kot kne hentak kat kepala tu..


p/s : Single knockout beb.. 

Sumber : Here
Read More.. "Kesian : [Video] Gadis 16 Tahun Dipukul Tanpa Sebab Hingga Pengsan "

Serius : Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat (2 Gambar)


KULIM – Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.

Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.

“Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),” katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.

Majlis akad nikah akad pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.

Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama. Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas dia anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.

“Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi,” katanya.

Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.

“Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.

“Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin,” katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.

Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.


“Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda,” katanya.

Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.

Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu.

p/s : apa komen anda? 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat (2 Gambar)"

OMG : Keretapi Lalu Di Tengah-Tengah Pasar Mae Klong, Thailand (4 Gambar)


Mae Klong Railway Market ni memang popular di Thailand kerana keunikkannya yang tersendiri. Pasar ini bertempat di laluan keretapi dan sangat membahayakan bagi pelancong yang tidak pernah pergi ke sana. Apa-apapun, pasar ini tetap unik dan menjadi tumpuan para penduduk di sana.





p/s : Giler ah..bahaya siot... 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : Keretapi Lalu Di Tengah-Tengah Pasar Mae Klong, Thailand (4 Gambar)"

Info : Apa Sebenarnya Yang Pihak Zionis Cuba Lakukan?


1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari p
eta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?


5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.


6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.


7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?


8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.


9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.


10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?


11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.


12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.
 
p/s : Bersama kita fikirkan.. 
 
Sumber : Here 
Read More.. "Info : Apa Sebenarnya Yang Pihak Zionis Cuba Lakukan? "

Thursday, 22 November 2012

Cool : [Video] Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza


Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu lepas, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam,alamat emel dan kata laluan yang turut disebarkan ke internet.



      "Greetings World.

    For far too long, Anonymous has stood by with the rest of the world and watched in despair the barbaric, brutal and despicable treatment of the Palestinian people in the so called "Occupied Territories" by the Israel Defense Force. Like so many around the globe, we have felt helpless in the face of such implacable evil. And today's insane attack and threatened invasion of Gaza was more of the same.

    But when the government of Israel publicly threatened to sever all Internet and other telecommunications into and out of Gaza they crossed a line in the sand. As the former dictator of Egypt Mubarack learned the hard way - we are ANONYMOUS and NO ONE shuts down the Internet on our watch. To the IDF and government of Israel we issue you this warning only once. Do NOT shut down the Internet into the "Occupied Territories", and cease and desist from your terror upon the innocent people of Palestine or you will know the full and unbridled wrath of Anonymous. And like all the other evil governments that have faced our rage, you will NOT survive it unscathed.

    To the people of Gaza and the "Occupied Territories", know that Anonymous stands with you in this fight. We will do everything in our power to hinder the evil forces of the IDF arrayed against you. We will use all our resources to make certain you stay connected to the Internet and remain able to transmit your experiences to the world. As a start, we have put together the Anonymous Gaza Care Package - http://bit.ly/XH87C5 - which contains instructions in Arabic and English that can aid you in the event the Israel government makes good on it's threat to attempt to sever your Internet connection. It also contains useful information on evading IDF surveillance, and some basic first aid and other useful information. We will continue to expand and improve this document in the coming days, and we will transmit it to you by every means at our disposal. We encourage you to download this package, and to share it with your fellow Palestinians to the best of your ability.

    We will be with you. No matter how dark it may seem, no matter how alone and abandoned you may feel - know that tens of thousands of us in Anonymous are with you and working tirelessly around the clock to bring you every aid and assistance that we can.

    We Are Anonymous
    We Are Everywhere
    We Are Legion
    We Do Not Forgive
    We Do Not Forget
    To the oppressors of the innocent Palestinian people, it is too late to EXPECT US"

Daripada akaun Twitter @YourAnonNews, antara perkembangan semasa yang dikongsikan, adalah termasuk berkenaan pangkalan data Bank of Jerusalem yang dipadam, selain laman web kementerian Israel.

Nak tahu senarai laman web Israel yang telah digodam tu, boleh tengok kat sini - #OpIsrael

p/s : Respek!! 

Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...