Kongsikan Entri Kami

Friday, 26 October 2012

Serius : Apabila Billionaire China Cuba Hasilkan Filem Seperti Avatar (4 Gambar)


Seorang billionaire dari China, Jon Jiang telah melaburkan sebanyak £130 juta untuk menghasilkan filem ala Avatar. Namun hasilnya sungguh mengecewakan apabila cinematography yang lemah dan efek 3D yang sangat ketinggalan zaman seolah-olah kartun. 

Cerita yang berkisarkan cinta diantara seorang manusia biasa dengan seekor ikan duyung. Filem ini memakan masa 3 tahun untuk disiapkan dan menggunakan gadis Bond, Olga Kurylenko sebagai watak utama. 





p/s : Seriously? bukan nak kutuk..tapi tak padan dengan bajet.. sampah.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Apabila Billionaire China Cuba Hasilkan Filem Seperti Avatar (4 Gambar)"

OMG : Remaja Mati Apabila Kereta Ferrari Hadiah Hari Jadi Kemalangan (4 Gambar)


Seorang remaja 18 tahun yang bernama  Akshay Panducherry mati di dalam kemalangan apabila kereta Ferrari hadiah hari jadi bapanya terbabas. Akshay baru sahaj menerima hadiah kereta itu pada minggu lepas sempena hari jadinya yang ke 18. Beliau memandu bersama sepupunya, Harshavardhan Patlolla, 21 yang ketika ini sedang dirawat di ICU.



p/s : Umur 18 tahun dapat hadiah Ferrari.. pergh... tapi nasib malang.. 

Sumber : here
Read More.. "OMG : Remaja Mati Apabila Kereta Ferrari Hadiah Hari Jadi Kemalangan (4 Gambar)"

OMG : Budak China Kaya Dengan DSLR Mereka (10 Gambar)

Baru-baru ni sebuah website di China telah mengupload gambar pelancong iaitu anak-anak orang kaya di China bersama DSLR milik mereka.  Majoriti mereka menggunakan kamera jenis Nikon dan Canon yang mahal. Bukan ke diorang ni protest barangan Jepun ker? Jom layan gambar kat bawah ni... 


p/s : Masa aku sebaya diorang ni aku main kamera lipat dengan kertas je.. 

Sumber : Here

Read More.. "OMG : Budak China Kaya Dengan DSLR Mereka (10 Gambar)"

WTF : Doktor Kantoi Cabul Pesakit Di Rome, Italy (3 Gambar)


Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor yang dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pesakitnya di Rome Itali.

Dalam insiden tersebut, doktor itu jelas kelihatan meraba seorang wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik lelaki berkenaan.

Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’.

Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu.

Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu terus meluru masuk ke bilik rawatan. Doktor tersebut yang marah dan malu terus menyerang Ghione.

Stesen televisyen tersebut merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali mencabul para pesakitnya. Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut ketika rakaman itu dilakukan juga merupakan krew yang menyamar.

Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.



p/s : Haramjadah punye doktor.. padan muka kantoi.. 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Doktor Kantoi Cabul Pesakit Di Rome, Italy (3 Gambar)"

Cool : Juruterbang Wanita Tentera Pertama Di Afghanistan (7 Gambar)


Seorang wanita Afghanistan telah berjaya untuk membuktikan kebolehannya dalam menjadi seorang juruterbang solo untuk pertama kalinya dalam rangka projek bersama antara NATO  dan Kementerian Pertahanan Afghanistan yang telah ditawarkan kepada perintis latihan program di Pangkalan Udara Shinhad, Afghanistan, lapor Air Force Times.

Lt Nilofor Rhmani yang kini merupakan seorang juruterbang wanita tentera pertama dalam pasukan udara tentera Afghanistan untuk terbang secara solo di bawah program latihan juruterbang tentera udara yang pertama diadakan di negara ini dalam tempoh 30 tahun.

Pengarah US Air Force di Afghanistan, Mejar Jeremy Ponn dipetik mengatakan bahawa Lt Rhmani telah "lulus latihan penerbangan pengenalan pada 19 Julai dan memulakan latihan juruterbang rasmi program prasiswazah pada 28 Julai".

Laporan itu menyifatkan pencapaian baru-baru ini sebagai "cuba dari segala kemungkinan" terhadap Taliban yang mengamalkan hukuman kejam dan layanan buruk terhadap kaum wanita.

Mejar Ponn berkata bahawa Lt Rhmani telah dilihat oleh orang awam di Afghanistan sebagai "model bagi wanita Afghanistan".

Lt Rhmani telah dilatih di bawah pengawasan mentor AS dan NATO sepanjang bulan-bulan yang lepas.

Beliau juga merupakan salah satu daripada lima juruterbang di dalam kelas mereka yang telah menerima anugerah bagi pencapaian beliau. Mejar Ponn berkata mereka masih lagi dalam proses untuk menjalani program latihan tambahan sebelum memperoleh pingat sayap mereka. Kelas latihan juga akan diadakan untuk para siswazah pada musim akan datang.




Sumber : Here

Read More.. "Cool : Juruterbang Wanita Tentera Pertama Di Afghanistan (7 Gambar)"

Kesian : Penarik Beca Mendukung Anak Berusia Sebulan Sambil Bekerja (2 Gambar)


Seorang penarik beca di India, Bablu Jatay terpaksa membawa bayinya yang baru lahir bersama-sama ketika beliau keluar mencari makan. Isterinya telah meninggal ketika melahirkan bayi tersebut. Beliau juga tidak mempunyai saudara mara dan tidak mampu untuk mengupah seseorang untuk menjaga bayinya. 


p/s : Kesian... kita? Hanya perlu mendukung iPhone @ Galaxy S3 di dalam poket ketika waktu kerja.. 

Sumber : Here
Read More.. "Kesian : Penarik Beca Mendukung Anak Berusia Sebulan Sambil Bekerja (2 Gambar)"

WTF : Kekejaman Guru Mendera Kanak-Kanak Tadika Di China (8 Gambar)


Gambar diatas telah tersebar di China yang menunjukkan seorang guru tadika menarik telinga seorang kanak-kanak yang sedang menjerit sehingga terangkat. Guru berusia 20 tahun yang bernama Yan Yanhong mendakwa dia dan muridnya hanyalah bergurau setelah gambar ini tersebar. 

Namun setelah disiasat, terdapat lebih 702 keping gambar lain yang menunjukkan Yanhong sedang mendera muridnya. Terdapat gambar kanak-kanak dengan baldi diatas kepala, mulut dilekatkkan dengan pita pelekat dan ada juga murid yang kepalanya dimasukkan ke dalam tong sampah. 

Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar yang menunjukkan botol-botol arak kosong yang ditemui di rak buku Yanhong di dalam kelas. 


Pada mulanya, Yanhong mempertahankan perbuatannya dan mengatakan bahawa beliau menganggap muridnya sebagai kawan baik dan hanya bergurau. 

Belaiu berkata, ‘Saya hanya mahu mengambil gambar. Selepas ambil gambar, saya terus meletakkan budak itu kebawah'.


Biro pendidikan tempatan telah mngeluarkan kenyataan yang Yanhong telah dipecat dan sekolah tersebut juga telah didenda.







p/s : Haramjadah punye cikgu.. 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Kekejaman Guru Mendera Kanak-Kanak Tadika Di China (8 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...