Kongsikan Entri Kami

Saturday, 21 May 2011

12 Alarm Clock paling Unik dan Pelik

ALarm clock tu memang penting dalam hidup kami ni..memanglah penting, nak bangun pagi atau dari tidur petang tu bukannya senang pun nak bangun tu kalo tak da alarm clock ni. Korang pilih la mana alarm clock yang korang rasa boleh bangunkan korang :-))

1. Clocky Alarm Clock - Jam ini akan bergerak 3 kaki ke arah kita untuk bangunkan kita...

2. Shape up Alarm Clock - setiap kali kita bangun, kita mesti mengangkat dumbell clock ini 30 kali baru jam ni berhenti berbunyi. Ini untuk memastikan kita betul-betul dah bangun.
 3. Pillow Alarm Clock - Masa akan menonjol di atas bantal dan ianya akan bergegar dan lampu menyala waktu alarm berbunyi.

4. Smash Alarm Clock : untuk memberhentikan bunyi alarm, kita pelu pukul jam ni.
5. iSleep Alarm Clock - ianya bersambung dengan laptop, kita akan tidur atas bantas beralaskan laptop dan lagu akan dimainkan selama sepuluh minit. kemudian alarm akan berbunyi. bagus untuk yang nak NAP!!
6. Pull Handle Alarm Clock : Untuk menentukan berapa lama korang nak tidur, tarik untuk set masa, Alarm akan berbunyi selepas penarik itu sampai ke arah jam.
7. Directors Edition Alarm Clock - Setkan masa bila korang nak alarm tu berbunyi dan untuk hentikan bunyi tu buat macam seorang Director..ACTION!!!

8. Bacon Alarm Clock : Alarm ini akan bangunkan kita dengan bau BACON!!
9. Paper Alarm Clock : untuk memberhentikan alarm ini, kita ronyokkan kertas ini
10. Gun Operated Alarm Clock : Setiap kali alarm berbunyi, ambil pistol tu dan tembak alarm clock tu.
11. Silent Alarm Clock : Ni memang kreatif la, Alarm Clock ni tak berbunyi langsung tetapi korang akan digerakkan melalui cincin yang korang pakai, ianya akan vibrate sampai korang bangun!!
12. Carpet Alarm Clock : Kalo alarm ni dah berbunyi, bangun dan berdiri di atasnya supaya berhenti berbunyi.


credit : toxel
Read More.. "12 Alarm Clock paling Unik dan Pelik"

Friday, 20 May 2011

Pertandingan Janggut dan Misai Peringkat Dunia 2011

Haha mesti kita tak terfikiar ada pertandingan untuk Misai dan Janggut kita. Tetapi hakikatnya memang ada...
Dalam pertandingan ini, semua lelaki akan 'decorate' janggut atau misai untuk bertanding di dalam 17 kategori yang berbeza. Pertandingan ini dah bermula sejak 1990 dan tahun ini berlangsung di Norway pada 15 Mei yang lepas...Seramai 150 orang peserta dari 15 buah negara bertanding dalam pertandingan tahun ini.

credit : world amusing
Read More.. "Pertandingan Janggut dan Misai Peringkat Dunia 2011"

Tapak Kaki Gergasi sebasar 3000 kaki persegi dijumpai di Sawah Padi


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. - Agensi

sumber : kosmo
Read More.. "Tapak Kaki Gergasi sebasar 3000 kaki persegi dijumpai di Sawah Padi"

Kucing Mata satu di Tawau, Sabah


Kita pernah dengar kucing berkepala dua atau manusia berkepala dua. Tu berita dari China, tetapi hari ini ada berita gempak pula Kucing bermata satu dan kini di MALAYSIA..

sumber : mymetro

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Ni ada gambar kucing mata satu yang lain :
Read More.. "Kucing Mata satu di Tawau, Sabah"

Thursday, 19 May 2011

Hot!! Anak Buah Osama Bin LAden adalah Model dan Penyanyi

Bapa Saudaranya Osama seorang yang dijunjung kerana genius dalam perang. Tetapi siapa sangka anak buahnya pula seorang Model dan Penulis Lirik/Penyanyi. Namanya Wafah Dufour dilahirkan di Los Angeles, California. Dia adalah anak kepada abang Osama iaitu Yeslam bin Ladin dan maknya seorang Swiss Carmen Bin Ladin. Dia dibesarkan di Los Angeles sebekum pindah ke Jeddah Arab Saudi dan kini di Geneva Switzerland. Tetapi pada tahun 1988, kedua ibu bapanya tinggal berasingan dan akhirnya berpisah pada tahun 2006. Waraf Menukarkan nama  akhirnya kepada nama ibunya Dufour...
 
credit : thewondrous.com
Read More.. "Hot!! Anak Buah Osama Bin LAden adalah Model dan Penyanyi"

Panas!! : T-Shirt Sijil Kelahiran Barrack Obama kini Hangat dijual!!


Ingat tak kes di Amerika yang orang suruh Barrack Obama tunjukkan sijil kelahiran beliau bagi mengesahkan dia betul-betul lahir di USA. Kini Gambar sijil kelahiran itu dijadikan T-shirt dengan Muka Obama dan caption Made in the USA di hadapan. Di belakangnya adalah gambar Sijil Kelahiran beliau. Harga sepasang baju yang dikatakan LIMITED edition ini adalah US Dollar 25 lebih kurang RM 75 . :-))

sumber : dailytelegraph
Read More.. "Panas!! : T-Shirt Sijil Kelahiran Barrack Obama kini Hangat dijual!!"

100 Tembikai meletup : Hati-hati ketika membeli Tembikai

Di Jiangsu China, peladang tembikai menghadapi satu masalah letupan buah tembikai di ladang tembikai mereka. Dikatakan lebih dari 100 biji tembikai meletup dalam masa 2 jam. Melalui siasatan yang dilakukan, ini adalah disebabkam oleh semburan bahan kimia (GROWTH ACCELERATOR)yang berlebihan pada buah tembikai tersebut untuk mempercepatkan pertumbuhan buah tersebut. Bahan kimia itu adalah sah digunakan di China tetapi banyak negara telah ban penggunaanya. Kita ramai penduduk marah dengan pengusaha ladang kerana hanya inginkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan orang ramai. Dalam masa beberapa bulan, lebih 2 per tiga buah tembikai dah meletup di ladang ini. Kes terbaru pada 6 Mei selepas mereka menyembur bahan tersebut keesokkannya sebanyak 180 biji tembikai meletup. Jadi hati-hati kepada pembeli la ye sebab dikhabarkan ladang ini juga antara pengimport ke negara-negara Asia yang lain. Entah Malaysia termasuk ke tak :-)) STRESS

Video :

sumber : BBC and Youtube
Read More.. "100 Tembikai meletup : Hati-hati ketika membeli Tembikai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...