Kongsikan Entri Kami

Monday, 13 May 2013

Sejarah : Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya (Gambar)


Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.


Sumber : Here

22 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

dpt hadiah ke frst.bengong

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

rayyan sunan said... Best Blogger Tips

arghh..Nampak benor nipu nyer..housemate aku org Sarawak..gila sgt makan ikan patin..idup lg smpai skrg..badan bulat ada ler lg..ni sume citer ngarut..kita bakor kite bakor jer...ikan patin nyer cicah air asam...terbaik

Anonymous said... Best Blogger Tips

heii chorr! ikan patin kalo dibuat tempoyak pehhh terangkat weiii

Vee said... Best Blogger Tips

@rayyan sunan Saya org swak, saya makan ikan patin :))

Anonymous said... Best Blogger Tips

keturunn seblh ayah sy xblh mkn ikn.patin . .sy asl srwk jugk.

Anonymous said... Best Blogger Tips

mitos je lebih!!! sape yg percaya mmg bodoh sgt... nak plak kalau yg muslim percaya,bole jatuh syirik

Anonymous said... Best Blogger Tips

kejadahnya nya kata org bodoh syirik bagai.. dan nama pun mitos. memang lah.
belajar bahasa melayu dulu baru komen.

Unknown said... Best Blogger Tips

sy org melayu swk..boleh makan ikan patin..tetapi mmg ada sesetengah keturunan melayu sarawak tak boleh makan. yg boleh makan tuh..mungkin bkn keturunan tersebut...mmg pernah terjadi gak dapat penyakit pelik lepas makan ikan patin..disiasat rupanya..mmg dia dr keturunan yg tak leh makan patin.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sy sarawakian jugk. Iban ada jugak mitos ikan patin ne. Versi lain ckit dri yg admin share. Bpa sy ckp ikan patin sungai yg tak boleh mkn. Kalu ikan patin akuarium tak tau la. Terpulang la nk percaya ke tak nama pun mitos.

Unknown said... Best Blogger Tips

hanyirrrr

Anonymous said... Best Blogger Tips

patin x makan,babi makan.dasar org sarawak makan babi

Anonymous said... Best Blogger Tips

patin x makan, babi makan.dasar org semenanjung makan babi

Anonymous said... Best Blogger Tips

klakar ayat atas...SYABAS!!!
die ingt sume swak leh mkn babi INCLUDE yg muslim...
ni la pikiran ORANG SEMENANJUNG....

THINK WISELY...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pia cta nya duhal,,baruk lh aku tahu sbb nya. Tq admin utk info yg menarik tk. Plh artikel juak ttg knk da sstgh melayu sarawak xleh mkn buah kundur.

Anonymous said... Best Blogger Tips

msalahny kbnyakan melayu sarawak adalah muslim...jd kalo pcya ni syirik......syirik lh melayu sawarak ni kn...hahaha bodoh nye melayu.... sal melayu jer bodoh..bodoh jer melayu.....

Aliff Azman @ MJ said... Best Blogger Tips

Aku penah mkn ikan patin,
tp ikan patin semenanjung la, ikan patin sarawak x penah.. 1 lg, aku MELAYU SARAWAK MUSLIM mengaku mempercayai kisah lagenda "alas siratol mustaqim" sesungguhnya Allah itu maha penyantun.

pak muliadi said... Best Blogger Tips

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

Anonymous said... Best Blogger Tips

pukimak ko lobos

Unknown said... Best Blogger Tips

sy tak dpt makan ikan patin, boleh jdi rabun teruk. walaupun dh guna cermin mata, rabun dan silau tetap degree tinggi.

Unknown said... Best Blogger Tips

Kau ingt semua urang sarawak makan babi ke....mana yg muslim tidk mkai...paloi ni urg

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...