Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 6 March 2013

Info : Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh! (2 Gambar)


Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh! | Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram.

Siapakah Kiram?

Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.

Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?


p/s : Kesahihan tak dapat dipastikan. sekadar berkongsi. Yang jahat akan kalah... 

Sumber : Here

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pray for sabah... Sama2 kita doakan semoga keamanan utk org sabah

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

BANkami

SEMOGA CEPAT SETTLE ISU NI

Anonymous said... Best Blogger Tips

berjuang lah untuk keamanan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

doaku buat para pejuang yg meninggalkan anak isteri, agar mereka kembali dgn selamat. amin


-ameba

Unknown said... Best Blogger Tips

Kita sekarang sedang sibuk ambil tahu pasal isu pengganas di lahad datu!

tapi,

kita tak pernah tahu sedikit pun isu di Bumi Syria iaitu puak minoriti (sedikit) syiah nusairi yg memegang tampuk kerajaan pemerintahan secara diktator dengan menggunakan rejim tentera menindas rakyat yang majoritinya (sebahagian besar) dalam negara itu adalah puak ahlussunahwaljamaah iaitu saudara seislam dengan kita.

Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI". Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Kalau anda tidak keberatan, bolehlah singgah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan di Syria secara ringkasan (sebab kita semua malas nak baca):

1. Kronologi Mengenai Kezaliman Yang Berlaku Di Syria
2. Ketahui Komplot Rampasan Kuasa Jawatan Presiden Di Syria
3. Adakah Mesir Dan Syria Pernah Disatukan Pada Masa Dahulu?
4. Permulaan Titik Hitam Di Bumi Syria Yang Anda Belum Ketahui
5. Kenali Bumi Syria Maka Akan Mengenali Para Ulama' dan Para Sahabat Di Syria
6. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Moden
7. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Sebelum Masihi
8. Kenali Lokasi Muka Bumi Di Syria

Anonymous said... Best Blogger Tips

kita ambik tahu juga kan tentang kes di Syria, bukan tak ambik tahu...ada jugak kempen2 dan effort lain,

jangan cakap macamtu bro......yang kes di Sabah ni, bila bumi kita sendiri diceroboh, perlulaa kita ambik tahu dan cakne...jangan nanti dikata, kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan, or, bini orang di luar rumah kita duk sibukkan, bini sendiri di bilik sendiri dinodai org....

tentang isu Syria, kita melalui Kerajaan Malaysia, telah buat banyak perkara mengikut kemampuan kita...so jangan cakap kita tak ambik port....malah usaha berterusan juga

Anonymous said... Best Blogger Tips

pertahankan keamanan negara sendiri dulu jangan nanti kita pulak jadi pelarian di negara orang

Anonymous said... Best Blogger Tips

dsai terlibat kes sulu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...