Kongsikan Entri Kami

Saturday, 5 May 2012

Kesian : Kucing Comel Terperangkap Dalam Mesin Basuh


Johannesburg – Seekor kucing masih hidup biarpun terperangkap di dalam mesin basuh yang sedang digunakan selama hampir dua jam.

Menurut pemiliknya, Karin Bennett, 63, dia mendengar bunyi bising kucing dari arah mesin basuh, namun tidak menyangka kucing itu yang dikenali sebagai Tabitha berada di dalamnya.

Karin kemudiannya mencari Tabitha di merata kawasan termasuk di rumah jirannya, iaitu rumah yang selalu dikunjungi kucing berkenaan.

“Saya mencari Tabitha merata tempat dan turut menggeledah almari dapur jiran dan ovennya, namun masih gagal,’’ katanya.

Hanya selepas cuciannya selesai, Karin terkejut kerana mendapati Tabitha memandangnya melalui cermin mesin basuh itu. Kucing itu berada di dalam mesin basuh selama sejam 45 minit.

Tabitha kemudiannya dibawa ke klinik haiwan dan dia dirawat kerana mengalami kejutan, namun tidak mendapat kecederaan serius.

“Tabitha mungkin tertidur di dalam mesin basuh itu. Doktor haiwan memaklumkan kepada saya bahawa kucing itu telah kehilangan tujuh daripada sembilan nyawanya,’’ katanya.

p/s : Hebat kucing nih.. 

Sumber : Here


5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Apa kah...!

Anu said... Best Blogger Tips

MINYAK PENGASIH POWER TOK KENCANA - CALIT PADA KASUT PUN BERKESAN!













KAHKAHKAHKAH!!!!!!!!!!!!!!!

jgn klik name sye.. plsss.. said... Best Blogger Tips

anekaragam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

nohorommmm
hahahahaaaa...
ta maw la kcing aku jd cm ny

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tau2 je doktor tu kucing tu dh hilang 7 nyawa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...