Kongsikan Entri Kami

Sunday 11 March 2012

Berita : Wanita Maut, Kepala Hancur Ditembusi Penghadang Jalan


SEREMBAN – Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit.

“Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kemalangan.


p/s  : berhati-hatilah di jalan raya.. 




14 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Laju btol kalo tgk dr impak kemalangan

Anonymous said... Best Blogger Tips

ngeri wehh bawak laju2. tak payah lah kalo pikir bawak laju tu nampaj hebat dan macho dan cool.
aku sbg pmpuan, mmg respek org yg bawak hati2 di jln raya, lbh2 lg lelaki. Tp jgn hati2+slow sngt smpai kemalangan gak...

Anonymous said... Best Blogger Tips

baru smlm lalu LEKAS highway ptg tu... lebuhraya situ mmg agak lengang & kebanyakkan driver bawa kereta mmg laju...

Anonymous said... Best Blogger Tips

lebuhraya brhantu la nmpaknya..

Anonymous said... Best Blogger Tips

saman lekas... spatutnya guard rail x leh jd mcm tu.. supposed bnda tu absorb impact bkn jd spear...

Anonymous said... Best Blogger Tips

klo suma nk cepat, mati pn mesti cepat. hohoho

Anonymous said... Best Blogger Tips

baek x pyh pakai guard rail...biar trbabas truss..dripada xcident mngerikan cm tuh

Anonymous said... Best Blogger Tips

xabes2 nk slhkn pihak atau benda2 disekitar tmpt kejadian...matangla sikit...kalo kjaan ltak smua bnda tu utk mbantu kta yg korg kata bole kurangkn impak kemalangan but still useless kalo kta sbgai manusia xguna otak semasa memandu.BERHATI-HATI DI JALANRAYA..KAN KITA MAMPU MENGUBAHNYA..jgn slhkn takdir atau perkara len.kta memandu mesti sentiasa bhati2.ade phm?

Anonymous said... Best Blogger Tips

klu tak boleh nk ikut peraturan jln raye lebih baik xpyh nk memandu or menunggang sia2 jer ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

guard rail pun mesti ada limit absorption..confirm velocity kereta ni tinggi. So aku x salahkan guard rail. Salah sikap pemandu tu sendiri. Kalau ko bwk ikut had laju yg betul, x de jadi camtu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

80% kt sni pekomen kurang matanglah..
xpernah nk hargai usaha kerajaan...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni bkn slh pmandu ni,ni slh kerajaan ni..kahkah

ben xii said... Best Blogger Tips

ingat arwah achik spin accident kat highway ni gak

Anonymous said... Best Blogger Tips

pernah lalu highway nie... lepas tol masuk ke highway, drive dlm 80km/j tiba2 tayar pancit... siot... xsampai 5 minit ade sorang marsyal highway dtg... katenye memang dah perasan kereta pancit... tapi yang musykilnye... pada ms yang same ade 3 kete pancit at the same time... pelik... marsyal ni mcm tau2 je... something seriously wrong kat highway nie...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...