Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 31 January 2012

Berita : Akibat Panik, Wanita Rempuh 3 Buah Kereta Dan 4 Buah Superbike


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.
  
“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju. Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku. Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

p/s : Kesian dengan semua ya ng terlibat. Pemilik kedai tu la yang paling kesian.. 

Sumber: MyNewsHub


23 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st??haha..ksian dowh spe nk byr tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

maaf sp2 wanita2 yg terasa k..
kebanyakan kes mmang berpunca dr wanita, sbb kes2 mcm ni la.. terlampau panik sgt.. psikologi dh bwt kajian, cara pemikiran diantara lelaki dgn pmrempuan jauh beza.. cm ne nk ckp erk..korang blajar la nti erk..nk bg contoh pnjang sgt..huhuhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

maaf yer, sya x setuju dengan cara pemikiran anda.. manusia allah jdkan sma je x kira lelaki atau perempuan.. yg paling penting kena pndai kontrol diri masing2 x kira jantina..

Anonymous said... Best Blogger Tips

lelaki dan perempuan mmg sama dari segi categori makhluk tp berbeza dari segi zahir dan batin..cnth nye laki ade 9 akal n perempuan ade 1...laki ade 1 nafsu n perempuan ade 9..perempuan x segagah lelaki n sbb tu laki kene melindungi wanita..lelaki x seberani wanita n sbb tu wanita berani sanggup mengambil risiko utk melahirkan anak..hati lelaki x selembut wanita sbb tu wanita lebih sensetif..mentality lelaki lebih kuat dari wanita n sbb tu lelaki dilahirkan dgn tanggungjawab yg besar terutama kepada keluarga..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tp dr cara pemikiran..
perempuan terlalu sgt 'details'.. terlampau pkr2 benda yg xsepatutnye pkr.. n lambat nk bwt keputusan..sbb pkr ape yg nk jd nti..xdpt nk selesaikn masalah dgn cpt..dan lelaki bwt keputusan tanpa usul periksa, ape yg terjadi masa 2 trus dpt selesaikn..tp tidak pkr ape yg jd selepas 2.. sbb 2 lelaki dan perempuan dh tertulis utk idup bersama.. ade keburukan dan ade kebaikan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

xde video ker.mesti lawak

Anonymous said... Best Blogger Tips

gud info..

Fenomena said... Best Blogger Tips

habis superbike =,='

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku rs pompuan ni dia x tau bwk kereta,dia saje nk test2..sbb dia tulis husb dia bingung dgn isteri yg ditinggalkn sekejap

oden said... Best Blogger Tips

@Anonymous mmg btul pun perempuan cepat panic dan tahap kewarasan mereka tidak sama dengan lelaki apatah lagi seperti lelaki se-handsome kita ni hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

jahanamlah hensem engkau.....cakap merepek mcm pondan....

Anonymous said... Best Blogger Tips

pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an.... hmm bayangkan la kalau dia mak kau org.... tak ke kasihan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Dinsanek....angkat bakul nampak...hehehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

sebab tu Arab Saudi haramkan girl bawa keta..Salah satu puncanya confident girl tak sama mcm boy..problem?

Anonymous said... Best Blogger Tips

wahhh..dasyat nyer..xde lesen agaknya macik tu.

*apasal ni membeza2 kan laki dgn pmpuan?? x seme pmpuan mcm tu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

PEREMPUAN NI MMG BODOH.. DARI DULU LAGI TAK ADA OTAK.. PEGI MAMPOS LA

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pompuan,biasa lah

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon 18:56, pompuan bodoh n pegi mampos??ko bukan kua dr rahim pompuan ke??mak ko bukan pompuan??

bahasa tu biar la cantek sk8 ek..tak dinafikan pompuan cpt panik tp dh mmg lumrah n bukan semua pompuan mcm tu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

@ Anonymous 18:56...
Aku rasa die kuar kt lubang anjing sebab tu cara cakap macam anjing...ko lagi baghal nak mampos!!! Seumpama ko bodohkan mak ko bila ko cakap macam tu...kalau tahu mcm ni punyer perangai baik ko ni dibuang kt dalam lubang jamban..lagi bagus...

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku rasa blog ni dah start anon2 merapu mcm dari blog serious aku slalu bace. dah jgn cemarkan blog ni dgn komen ntah2 ape2. aku dah lah baru jumpa blog stress ni. ingat nak aman skit.

Anonymous said... Best Blogger Tips

yerr mmamng betul! mereka memang cepat panik dan gelabah. kadang2 aku nak tergelak tengok member2 perempuan aku bwk kete. enjin mati depan traffic light pun da gabra semacam aku lak ape lagi syokk arr duk pressure..kih3

Mojo said... Best Blogger Tips

Panik? Try tengok video ni elok2 dan pikir sendiri.

Video https://www.facebook.com/photo.php?v=313487935368809

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi tak sume pmpuan cmtu an? sebab aku slalu tgk yg suke cilok sane sini, masok jln owg tak bg signal, kaum lelaki. bwk moto cam haram, bwk lori cm org gile. langga traffic light pn aku slalu tgk driver laki. mungkin terlampau pro n tenang sgt smpai camtu style nye. at least, sebahagian pmpuan jd cmtu sbab lumrah, tp certain laki jd cmtu sbb ape? :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...